PORT DICKSON: Suasana meriah sebuah keluarga yang membuat persiapan majlis perkahwinan di Kampung Kuala Lukut, di sini, kelmarin, bertukar huru-hara apabila diserang dua penjenayah bersenjatakan parang yang menyamun barang kemas serta menetak tiga individu termasuk pengantin lelaki.
Kejadian ngeri kira-kira jam 6 pagi itu mengakibatkan pengantin lelaki, M Ruben, 29, bersama abang dan adik perempuannya berusia 20 dan 30-an cedera parah manakala rantai leher ibu mereka berharga kira-kira RM40,000 dilarikan.
Sumber berkata, ketika kejadian, mangsa dan keluarganya sedang membuat persiapan upacara perkahwinan sebelum rumah mereka diceroboh dua lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang.
Menurutnya, kedua-dua suspek bertindak mengacukan parang ke arah pengantin lelaki sebelum cuba dihalang abang serta adik perempuannya yang turut berada di lokasi kejadian.
“Penjenayah itu seterusnya nekad menetak pengantin lelaki hingga cedera di kedua-dua tangan, kaki dan perut manakala abang serta adik perempuannya cedera di bahu kanan juga akibat ditetak,” katanya di sini, kelmarin. -hm
Monday, March 19, 2012
Pengantin Parah Ditetak Penjenayah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tak sangka hari yang gembira ini menjadi hari yang malang pula, diharapkan pihak polis akan berusaha menjejaki penyamun dalam kes ini.
ReplyDeleteHarap2 penjenyah itu ditangkap.
ReplyDeleteDiharap polis dapat dijejak dan ditangkap.
ReplyDeletepenjanayah tersebut harus ditangkat dan dikenakan hukuman berat.
ReplyDeletePenjenayah yang tidak boleh dimaafkan. Perlukah hukuman berat diberikan kepada mereka ini.
ReplyDeletememang ganas la penyamun ni.. nanti kalau sudah kena tangkap, minta mangsa pula tetak mereka guna parang yang sama.. baru la adil..
ReplyDelete