Monday, March 5, 2012

PRU-13 :Ramalan Tun Daim Zainuddin

Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan ada membuat beberapa ramalan melalui wawancara khas dengan akhbar China Press.Ramalan beliau akan wujud keadaan “Parlimen Tergantung” atau dikenali sebagai “Parlimen Seimbang”.

Ia wujud dalam negara demokrasi yang mengamalkan sistem dua parti di mana keputusan sesuatu pilihan raya memperlihatkan tidak ada mana-mana parti yang berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mutlak. Antara beberapa ramalan lain beliau ialah:

  • Orang ramai sudah bosan dengan pertelingkahan politik yang tidak putus-putus antara Barisan Nasional-BN dan Pakatan Rakyat-PR, dan ini mungkin menyebabkan mereka tidak akan turun mengundi dalam PRU yang akan datang dan keadaan tersebut mewujudkan ‘Parlimen Tergantung’ atau Hung Parliament.
  • Pentadbiran BN di Pahang tidak akan terjejas akibat isu Lynas.
  • Rakyat juga bosan dengan pertelingkahan dalaman di kalangan para pemimpin PR di Kedah dan Selangor. Dapatkan anda bayangkan pertelingkahan yang akan wujud jika PR memerintah Kerajaan Pusat? (Soal Daim)
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin menunggu sehingga tahun hadapan sebelum mengadakan PRU ke-13.
  • Mana-mana kerajaan akan melakukan kesilapan apabila memerintah sesebuah negara untuk tempoh yang lama.
  • PR akan mengekalkan kuasa di Pulau Pinang dan Kelantan tetapi berkemungkinan besar kehilangan negeri Kedah.
  • BN dan PR akan bertarung sengit di Selangor dan Perak.
  • Hampir 20 peratus undi masyarakat Cina terutama dari kawasan luar bandar akan berpihak kepada BN.
  • BN masih mampu mengekalkan kuasanya di Johor.
  • Sukar untuk meramalkan berapakah jumlah kerusi yang BN akan menang atau tewas. Perhatian khusus harus diberikan kepada kelompok pengundi muda.

Sebelum ini Daim Zainuddin juga pernah secara terbuka membuat ramalan dalam PRU-12 yang BN akan kehilangan beberapa negeri @ menerima kekalahan terburuk dalam sejarah. Adakah ramalannya kali ini menepati seperti 2008!!

-EkELEH.COM

13 comments:
Write comments
  1. *RAKYAT MALAYSIA*sudah siap membuat ramalan tepat iaitu iaitu semua UMNO/BN akan di tumbangkan dan di kuburkan di PRU 13 nanti......

    ReplyDelete
  2. RAKYAT MENANTI DGN PENUH HARAPAN AGAR UMNO/BN TUMBANG DAN UMNO/BN ADALAH SESUAI DIJADIKAN BAHAN SEJARAH SELEPAS PRU13 NANTI... DI HARAP KERAJAAN BARU NANTI AKAN LEBIH BERTANGGUNGJAWAB UTK MEMIMPIN NEGARA MALAYSIA INI....

    ReplyDelete
  3. Transformasi temberang!...siapa yang dapat projek lembu rm250 juta ?. siapa yang menguasai subsidi berbilion ringgit dari kerajaan dalam IPP? Siapa yang menjahanamkan dasar DEB? Siapa yang sekarang ini sedang berusaha untuk menjahanamkan felda dengan menyenaraikan felda di dalam senarai bursa saham?.INI SEMUA KERJA PENIPU DAN PEMBELIT RAKYAT!

    ReplyDelete
  4. Walaupun Pakatan rakyat mempunyai peluang besar untuk membentuk kerajaan baru selepas PRU13 tetapi pada pendapat saya ianya tidak dapat memerintah Malaysia dengan lancar. Justeru adalah baik untuk BN kembali berkuasa untuk penggal yg terakhir sehingga PRU14 supaya lebih kecoh dan lebih lemah lagi jadinya UMNO dan BN selepas menang tipis pada PRU13. Supaya jugak PR dapat memanjangkan pengalaman dan kemahiran pemerintahan. Sudah tentu UMNO akan hura hara jika BN menang tanpa mejaroti 2/3 nanti. Musti Najib akan di halau keluar seperti Pak Lah dulu. Hidup UMNO-BN

    ReplyDelete
  5. Jangan ikut emosi wahai manusia2 yg singkat akal, kalau BN tewas kuasa besar asing akan campur tangan. Siapa yg rugi?. Doakan BN kekal dan kita sama2 perbaiki keadaan.

    ReplyDelete
  6. menyokong pakatan maka kita menghalalkn plurilisme agama.sebagai muslim saya tidak akn mrngundi pr.ini jihad kecil saya

    ReplyDelete
  7. Pakatan Rakyat adalah komunis, sebelum menang pilihanraya baik punya janji, lepas menang pilihanraya raya janji semua lempar dalam longkang, menifesto PRU 12, banyak yang tak dibuat, di Selangor kononnya nak kurangkan sewa rumah kerajaan, tapi akhirnya naik sampai 100% sewa, sudahlah itu, penyelenggaraan macam jahanam saja, sudah jelas lagi bersuluh, Pakatan Rakyat memang komunis yang suka berjanji itu dan ini, tapi yang dibuat adalah bertentangan dengan janji mereka itu, lihat sajalah mangsa-mangsa Pakatan Rakyat di negeri tadbiran mereka, bukan saja penduduk kampung, malahan kanak-kanak tadika, kanak-kanak nak berlatih bola pun diainaya oleh Pakatan Rakyat komunis ini, apa tidaknya balairaya yang digunakan oleh KEMAS untuk buat kelas tadika telah dirampas dan dikunci oleh Pakatan Rakyat, akhirnya pelajar tadika berkenaan teraianya. Tak cukup dengan itu, hanya kerana Pakatan Rakyat termasuk pimpinan dan exco Pakatan Rakyat di Selangor nak adakan demontrasi liar, kesannya padang bola yang sedang digunakan oleh kanak-kanak untuk berlatih boleh telah gunakan sesuka hati oleh gerombolan pendemontrasi liar berkenaan, malahan kanak-kanak dan guru mereka yang sedang berlatih telah dihalau keluar tanpa belas kasihan kerana semata-mata Pakatan Rakyat komunis ini hendak buat demontrasi liar di situ, kononnya hak asasi mereka nak buat demontrasi liar di situ, tapi hak asasi kanak-kanak dan guru mereka nak berlatih bola telah dicabuli dengan begitu kejam oleh Pakatan Rakyat komunis ini.

    Pakatan Rakyat memang komunis, penipu dan perosak masyarakat. PRU 13 akan menyaksikan Pakatan Rakyat komunis ini akan hanyut terguling ke longkang dan dihanyutkan ke tempat pembuangan sampah sajalah.

    ReplyDelete
  8. Jangan percaya dengan Pakatan Rakyat komunis ini, mereka memang suka buat cerita mengarut untuk membohongi rakyat, macam-macam penyelewengan fakta dibuat oleh puak komunis ini untuk mengelirukan rakyat supaya rakyat membenci kerajaan. Kalau sudah dasar komunis, maka Pakatan Rakyat akan buat apa saja untuk kepentingan mereka, jangan terpedaya dengan komunis ini kerana negara ini berkemungkinan besar akan porak peranda dan akan dikuasai oleh anasir asing terutama Amerika dan Israel yang banya membantu secara rahsia Pakatan Rakyat terutama PKR.

    Untuk membandingkan Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional, macam langit dengan bumi di mana Barisan Nasional sentiasa konsisten dalam pendirian dan pentadbiran serta pembangunan, tapi Pakatan Rakyat kerap memutar belit semua benda yang sekejap halal, sekejap haram, kemudian haram balik, lepas tu halal pula, dan begitulah seterusnya hingga negara ini boleh terjerumus ke kancah kemusnahan, marilah tumbangkan kezaliman dan kezaliman Pakatan Rakyat komunis yang telah banyak menghuru harakan negara dan menyebabkan pembangunan negara terjejas adalah kerana sikap gila babi Pakatan Rakyat komunis inilah, kerana lihatlah di kala negara aman sebagai mana di zaman Tun Mahathir, pembangunan negara adalah pesat dan rakyat dapat banyak faedahnya, tapi kerana kerajaan kekurangan majoriti 2/3, Pakatan Rakyat komunis telah jadi besar kepala dan kepala batu merosakkan dan menghuru harakan negara ini untuk memburukkan kerajaan. Oleh itu sama-samalah membantu Barisan Nasional menguasai semula lebih dari 2/3 kerusi parlimen dan menguasai semua negeri dalam Malaysia pada PRU 13 akan datang demi kepentingan negara Malaysia yang tercinta ini.

    ReplyDelete
  9. Penduduk Kampung Buah Pala di Pulau Pinang antara mangsa Pakatan Rakyat, masa sebelum menang PRU 12 di Pulau Pinang, Anwar janji 2 minggu lepas menguasai Pulau Pinang, maka penduduk akan dapat tanah mereka semula, tapi lepas menang di Pulau Pinang, bukan setakat dua minggu, tapi sudah lebih dari 2 tahun janji Anwar tak dibuat pun, malahan rumah penduduk dirampas dan dirobohkan, janji Anwar telah dibuang ke longkang sajalah. Inilah kalau dasar komunis, pandai janji saja, tapi lain yang dibuatnya, memang Pakatan Rakyat komunis sebab sebelum menang janji bukan main manis punya, tapi lepas menang tindas rakyat dan buat sesuka hati terhadap rakyat pula, akhirnya banyak penindasan ini dibantu oleh Barisan Nasional sekadar kemampuan Barisan Nasional untuk mengelakkan lebih banyak penindasan oleh Pakatan Rakyat komunis ini terhadap penduduk. Lihatlah Pakatan Rakyat memang komunis yang zalim dan tak berhati perut.

    ReplyDelete
  10. PR ni indah khabar dari rupa.... jangan mudah tertipu dengan janji manis. Jangan jadi semut, mati dalam gula.... siapa yg rugi? Jangan jadi Singapura kedua. Nanti menyesal tak sudah. PASTIKAN PR berkubur...

    ReplyDelete
  11. Projek Kampung Buah Pala diluluskan semasa pemerintahan BN lagi. Kenapa Pakatan Rakyat dipersalahkan pula.

    ReplyDelete
  12. Sebelum April 2008 Balairaya di Selangor berada di bawah pengurusan kerajaan BN kerana kerajaan yang memerintah Selangor adalah BN. Maka pada masa itu KEMAS dibenarkan menggunakan balairaya berkenaan kerana ia adalah di bawah BN. Tetapi setelah kerajaan PR membentuk kerajaan Negeri Selangor maka secara automatiknya balairakyat berkenaan terletak di bawah pengurusan kerajaan PR. Maka KEMAS di bawah kerajaan BN perlulah mengosongkan balairaya berkenaan kerana balairaya berkenaan bukan lagi milik BN. Maka KEMAS di bawah kerajaan BN perlulah mencari bangunan lain untuk menjalankan aktivitinya. Ini adalah berdasarkan perlembagaan kerajaan yang memerintah pada masa2 tertentu dan negeri2 tertentu.

    ReplyDelete
  13. Bn memang jahat, kita jangan ikut cara mereka. Tentera Allah itu dilangit dan dibumi, dan kezaliman wajib dihapuskan. Janji Allah itu benar. Kami tunggu 5 haribulan 5. Buat para pejuang, jangan tinggal solat sunat 2 rakaat pada malam hari dan berdoalah kerana ia senjata orang mukmin. Bermunajat dan berzikirlah, masanya semakin hampir. Allahu Akhbar

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.