Pertemuan khas misi damai yang disertai barisan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dan Badan Perhubungan Negeri bagi menyelesaikan kemelut kepimpinan parti peringkat negeri Kedah sedang berlangsung di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon di sini.
Setakat ini, pertemuan itu sudah lebih dua jam berlangsung.
Bagaimanapun pertemuan bersejarah ini, menurut pemerhati dan penganalisis tidak mungkin akan membawa kepada penyelesaian muktamad malam ini.
Antara pemimpin Pas Pusat yang dilihat hadir awal ialah Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan dua Naib Presiden iaitu Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.
Pertemuan malam ini dipengerusikan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang hanya tiba di kediaman Menteri Besar sekitar jam 9.45 malam.
Sinar Harian difahamkan perbincangan hanya bermula sekitar jam 10 malam, lewat sejam berbanding maklumat sebelum ini.
Keperluan mengadakan pertemuan malam ini diputuskan pada mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang diadakan di ibu negara, malam kelmarin susulan kunjungan misi khas oleh Salahuddin ke Kedah awal minggu ini.
Sementara pemimpin negeri yang kelihatan di kediaman rasmi Menteri Besar ialah Exco Abang Ghani Ahmad dan Datuk Ir Amiruddin Hamzah.
Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi yang menjadi fokus kontroversi semasa apabila menolak tawaran untuk dilantik semula sebagai Exco juga kelihatan di kediaman rasmi Menteri Besar.
Bagaimanapun seorang lagi Exco yang turut menolak tawaran pelantikan semula, Dr Ismail Salleh tidak kelihatan setakat 9 malam tadi.
Phahrolrazi dan Dr Ismail masing-masing merupakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri I dan II. Azizan adalah Pesuruhjaya Pas Negeri.
Pihak media tidak dibenarkan masuk ke premis kediaman rasmi Menteri Besar, sebaliknya hanya dibenarkan berkumpul di depan pintu masuk utama. Maklumat awal mengatakan tidak akan ada sidang media apabila pertemuan khas malam ini selesai, dijangka akan berlarutan sehingga tengah malam.
Tinjauan Sinar Harian mendapati setiap kenderaan yang masuk ke premis kediaman rasmi Menteri Besar diperiksa rapi dengan hanya mereka yang berkaitan sahaja dibenarkan masuk.
Sinar Harian juga difahamkan dua pemeriksaan perlu dilalui setiap kenderaan yang masuk ke pekarangan kediaman rasmi Menteri Besar.
Mereka sekali lagi diperiksa sebelum masuk ke dalam dewan mesyuarat.
Malah ada sumber memberitahu bahawa kesemua pemimpin tidak dibenarkan membawa masuk alat perakam termasuk telefon bimbit ke dalam bilik mesyuarat bagi mengelak perbincangan disebarkan kepada umum. -SH
Sunday, March 4, 2012
PAS Kedah : Berjayakah Misi Damai
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Abdul Hadi meminta seluruh ahli parti itu supaya bertenang dan menyerahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan parti menyelesaikan isu yang melanda. ...mai... " Farudduhuu ilallaahi wa rasuulih.... wa soron jameel ya akhi Phahrolrazi....
ReplyDeleteapa yg penting....kerja sama....
ReplyDeletemuafakat membawa berkat.
bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
buang yg keruh, ambil yg jerneh.
ingat, siapakah dalang dlm semua ini...??
tak lain tak bukan tentulah Umngok....!
ke terkena pujukan Hasan Ali...Hasan Ali kan kuat menghasut org..
ReplyDeleteNak jadi KETUA nie bukan senang. Walaupun MAJORITI AHLI memilih KETUA, tetapi MAJORITI juga kadang2 terlepas pandang bab TIMBALAN.
ReplyDeleteTu sebab kadang2 bila PENOLONG tak ngam dengan KETUA, mcm2 hal boleh terjadi.
Sebagai contoh, DSAI ialah Timb PM pada suatu masa dulu, terus digulingkan oleh PM akibat perselisihan pendapat. Padahal bukan ada apa pun.
Manusia itu tidak sempurna. Setiap orang ada kekurangan & kelebihan. Kekurangan & kelebihan itulah yang menyebabkan kadang2 kita DENGKI & KURANG SABAR dengan sikap manusia. Itulah LUMRAH HIDUP yang memerlukan kita BERTOLERANSI dan BERTOLAK ANSUR sesama kita.
TUMBANGKAN BN pada PRU ke13!
Mende kecik jer tu... cuma d besar2kn olh utusan meloya dan TV3Suku... Seghuper kes Dato' Hasan Ali... Bkn main TV3Suku bg pluang tuk dia bercakap setiap x brita jam 8 ke udara... Smpai tersembur2 air liur Hasan Ali bila berucap menghentam PAS... Sm jgak dgn Utusan Meloya..xputus2 stiap hari ada sj ruangan tuk Hasan Ali mmbedal PAS dan DSAI... Smpaikan akhlak Hasan Ali dh berpusing 360 degree dh.. jd takabbur semacam jer... Dah xde akhlak Islam lg dah... Ibarat kata, seghuper orang yg mabuk air sejuk..
ReplyDeleteTgok la nnti,..Hasan Ali akn jd seghuper Senator Ezam, bl dh habis madu...UMNO akn tendang dia jd mcm smpah yg terbuang... Dpt senator pun bknnya ada 'kuasa' pun...
Kebelakangan ini nampaknya BN menyerang PR melalui kelemahan mereka.
ReplyDeleteApa yg sebenarnya mereka lakukan , mereka menuduh Pakatan lakukan...
Nazri Azizi menuduh Dsai Seperti Iblis, sebenarnya mereka yg Iblis, Najib menuduh Pkakatan Serabut, mereka yg serabut sebenarnya..
Itulah sifat semulajadi manusia, akan cuba menutup kejahatan/ kesalahan yg dilakukan sambil menuduh org lain melakukan.