Thursday, June 14, 2012

Najib Guna Wang Rakyat Tabur RM1.5 juta Untuk Setiap MP BN

Dakwaan bahawa BN akan menggunakan 'taktik bom' menabur wang kepada rakyat agar mengundi parti itu mungkin benar apabila semalam perdana menteri meluluskan pemberian RM1.5 juta kepada setiap parlimen BN.

Difahamkan dalam pertemuan pre-coucil dengan ahli-ahli parlimen BN semalam, Datuk Seri Najib Razak juga membenarkan mereka membelanjakan RM1,000 hingga RM5,000 secara tunai kepada pengundi.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengulas perkara itu berkata, tindakan tersebut menunjukkan sikap terdesak dan cemas BN.

"Menampakkan sikap yang agak terdesak yang membenarkan ahli parlimen boleh belanja wang tunai RM1,000 hingga RM5,000 kepada pengundi.

"Ini mengikut kefahaman saya dalam peraturan kewangan, sangat tidak wajar," katanya pada sidang media Pakatan Rakyat hari ini.

Turut serta pada sidang media itu Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Difahamkan juga, sejumlah RM300,000 awal akan diberikan kepada setiap parlimen BN pada Khamis ini.

"Dia (Najib) beritahu minta disegerakan dan tumpu kepada pemuda dan wanita, kalau perlu RM1,000 bagi RM5,000 bagi, kerajaan akan pertahankan tindakan itu.

"Langkah paling baik adalah bantahan rakyat dan pilihan raya," katanya.

Sebelum ini, bekas menteri kabinet yang isytihar keluar Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mendedahkan, BN sedang menggunakan 'taktik bom' iaitu menabur wang untuk membeli undi di kampung-kampung. -HD

23 comments:
Write comments
  1. Dulu kerajaan di Sabah menabur wang Amanah rakyat sabah kepada rakyat menjelang pilihanraya tetapi kecundang juga!

    ReplyDelete
  2. klu bagitu pihak SPRM harus menysesat perkara nie jangan biarkan perkara nie b'laku...sungguh memalukan.nie kali la...

    ReplyDelete
  3. tidak payah bagi wang pun kami tatap undi bn sbb pemimpinnya baiik2 dan bermoral serta selalu tolong rakyat.

    ReplyDelete
  4. saya penyokong tegar BN-Umno. tapi pengundi setia star dan pakatan

    ReplyDelete
  5. SPRM cuba siasat akaun Anwar dan Azmin.

    ReplyDelete
  6. Skandal pasir di Selangor apa cerita???? Anwar bagi duit tutup kes ke...

    ReplyDelete
  7. Skandal tanah NCR di Sabah berpindah milik pada kapitalis pula tak payah ceritakah?

    ReplyDelete
  8. isu pasir mungkin ramai yg baca akhbar jer pun..bukan pi sana tengok sndiri. Hakikat sebenar brlaku ialah..gerombolan UMNO dah tak dpt projek pasir tu sebab kalah pilihanraya lantas semua konsesi dikawal semula oleh YAB MB. Saya selalu tngok keadaan di Dengkil , selangor (sekadar satu contoh ) bukan kata pasir dlm sg, pasir di ladang kelapa sawit pun separuh bukit kena 'hayun'. Lpas tu,pangil tv atau wartawan umno buat liputan dan siap kata ada rasuah pulak dlm pej tanah & galian neg selangor. Yg kata Anwar bg duit ke tutop kes, pun jelas nampak mcm baca paper jer. Tak lebih dr itu, hakikat sebenar.. YIL LEK ( bah.India). Kantung negeri dpt brjuta dri hasil pasir brbanding dgn hasil pasir masa MB Khir Toyo dulu.

    ReplyDelete
  9. parkara biasa mba umno nih, habis sudah peluang nya nak bantai apa2 dikatanya pambangkang rasuah. Mungkin betol mba pasir tu dia tibai cukkop cukkop masa mamarintah dulu sampai kering, bila kalah cakkap pambangkang tarak betol.

    ReplyDelete
  10. Jangan ada niat tersembunyi dengan pemberian wang kepada rakyat terutama dekat2 PRU.

    ReplyDelete
  11. Mungkin PR sendiri ada guna taktik kotor untuk mendapatkan undi rakyat.

    ReplyDelete
  12. RM1.5 juta ini diberikan kepada setiap MP untuk membawa pembagunan kepada kawasan masing-masing. Diharapkan mereka akan menggunakan peruntukan tersebut untuk tujuan yang memanfaatkan rakyat setempat.

    ReplyDelete
  13. Harap rakyat boleh mendapat manfaat daripada peruntukan baru ini.

    ReplyDelete
  14. Wang rakyat untuk rakyat. Salahkah?

    ReplyDelete
  15. Sheikh Kadir hipokrit. Sudah kaya, baru mahu bising2.

    ReplyDelete
  16. knp MP drpd BN shj? rakyat yg diwakili MP pembangkang bukan ORANG? @ warganegara MONGOLIA mangkali??? RM rakyat digunakan utk melaksanakan doktrin divide n rule yg menjurus kpd proses PEMBODOHAN BERTERUSAN oleh rejim yg mengakui NEGARA DEMOKRASI TERBAIK DI DUNIA!!!

    ReplyDelete
  17. Tidak perlulah PR mahu menafikan. PR sendiri pun guna duit rakyat itu untuk memberikan wang untuk PRU.

    ReplyDelete
  18. Penggunaan wang rakyat haruslah digunakan sebaiknya. Jangan disalah gunakan.

    ReplyDelete
  19. BR1M, kerajaan menabur wang untuk rakyat.

    ReplyDelete
  20. Kerajaan harus mencari sumber ekonomi baru agar ekonomi negara akan sentiasa berkembang maju.

    ReplyDelete
  21. Ekonomi akan berkembang dengan sebaik mungkin jika keadaan negara sentiasa aman dan damai.

    ReplyDelete
  22. kalau pembangkang yang bagi ulasan, jadi la macam artikel di atas.. kesimpulannya, bantuan yang disalurkan oleh kerajaan BN akan dikatanya sebagai rasuah pengundi..

    ReplyDelete
  23. yang kerajaan selangor guna dana awam samata2 untuk membiayai kos guaman adun seri muda tu apa hal plak?? bukan salahguna dana ka tu?? Nik Aziz pula terang2 buat pengakuan bahawa beliau sanggup menggunakan dana awam negeri untuk membayar peserta2 perhimpunan asalkan tujuan perhimpunan itu adalah untuk menumbangkan kerajaan.. macam tu??

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.