Wednesday, June 13, 2012

Seorang lagi bekas pegawai kanan sertai PAS

Seorang lagi bekas pegawai kanan kerajaan menyertai PAS hari yang menampakkan kebanjiran mereka ke dalam parti itu tidak boleh disekat lagi.

Hari ini, Hj Abdul Rahman Taib, mantan Pengarah Kanan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menerima sijil PAS beliau.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Abdul Wahid Endut berkata fenomena bekas Pegawai kanan kerajaan menyertai PAS tidak dapat disekat lagi.

Seorang demi seorang mula tertarik dengan perjuangan PAS yang memartabatkan Islam dengan Melayu menjadi terasnya.

Beliau ditemui ketika menyerahkan Sijil Keahlian PAS kepada Hj Abdul Rahman dalam satu majlis ringkas meraikan beliau di Pejabat Agung PAS sebentar tadi.

Sebelum menyertai PAS, Hj Abdul Rahman pernah menyertai UMNO di kampongnya, Bukit Petiti, Manir, Terengganu.

Beliau mula tertarik untuk menyertai PAS setelah pertama kali hadir program Dailog Anak Terengganu di Perantauan (Perantau) dengan PAS pada bulan Mac, 2012 dan kemudiannya menyertai PAS pada bulan Mei, 2012.

Turut hadir dalam majlis penyerahan Sijil Keahlian Seumur Hidup PAS adalah kakitangan Unit Keahlian Pas Pusat diketuai oleh Pegawai Keahlian, Puan Noriah Mohd Yunus dan Setiuasaha Perantau, Suhaimi Embong.

Ketika menceritakan mengapa pula beliau menyertai PAS, Abdul Rahman Taib berkata, kerana jawatan kanannya dalam LPP, beliau kerap diundang untuk bersama pemimpin Umno dalam siri-siri ceramah.

Beliau yang berasal dari Kampung Manir berkata, dalam ceramah-ceramah tersebut, apa yang dikatakan oleh pemimpin Umno tidak sama dengan apa yang dilakukan
mereka.


Rawatan Secara ‘Panadol’

Sebagai contohnya, kata Abdul Rahman, pemimpin Umno sebenarnya bukanlah mahu menyelesaikan masalah rakyat tetapi hanya memberi rakyat kesenangan sementara.

“Sebagai contoh, mereka ini(pemimpin Umno) mengatakan kalau kita nak selesaikan satu-satu masalah, buat macam ‘panadol’ tak payah selesai secara serius satu-satu isu itu,

“Contoh kalau ada banjir, kalau ada bantuan beri supaya rakyat seronok sahaja, seronok seminggu dua minggu pun cukup, tak payah bagi mereka (rakyat) kekal senang selama-lamanya,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Selamat Tinggal Umno di Chukai pada 26 Mei lalu.

Justeru, beliau menyedari perkara tersebut dan ‘berubah’ dari menjadi ahli Umno kepada menjadi ahli PAS dan bersedia memberikan khidmatnya supaya PAS dapat menggantikan Umno di negeri Terengganu pada pilihanraya umum ke-13 akan datang.

“Sebagai makhluk Allah semuanya tidak kekal semua berubah, saya dan rakan-rakan semua berubah, dulu daripada Umno telah masuk PAS,

“Makhluk mesti berubah, cuma Umno sahaja dengan slogannya dulu, kini dan selamanya, seolah-olah tidak berubah, menentang fitrah Allah SWT,”tambahnya.

-HD

15 comments:
Write comments
  1. Just see how many seat PAS can win

    ReplyDelete
  2. Masing2 ada pendapatan tersendiri.

    ReplyDelete
  3. Mesti dalam PAS pun dia diberi jawatan ni.untuk penghormatan.

    ReplyDelete
  4. Tidak hairan dengan kenyataan Abdul Rahman Taib. Setiap individu yang keluar parti mesti akan memberi ulasan negatif tentang parti lamanya.

    ReplyDelete
  5. PAS tidak sesuai untuk Sabah kerana fahaman politik mereka tidak sama dengan keperluan rakyat Sabah. Mereka lebih fokus pada politik Islam tapi di Sabah kita mempunyai keharmonian antara pelbagai agama. Tidak wajar kita hanya menumpukan pada satu agama sahaja di Sabah.

    ReplyDelete
  6. Terpulanglah kepada individu jika mereka mahu mengikuti PAS, tetapi saya rasa kebanyakan rakyat Sabah akan menolak parti ini.

    ReplyDelete
  7. sama dgn di Semenanjung tahun2 90an dulu..semua org kata PAs tak sesuai dan hanya utk org pakai ketayap,kopiah atau pak aji jer. Tapi sekarang org professional yg ramai masuk PAS. Maknanya di Sabah otak mereka mcm 20 tahon ka balakang leh gamaknyer yerr.

    ReplyDelete
  8. Beginilah komen2 yang selalu didengari bila masuk ke parti baru.

    ReplyDelete
  9. Tunggu dan lihat saja keputusan PRu13.

    ReplyDelete
  10. Tidak ada larangan untuk seseorang itu menyertai mana-mana parti pun. Itu adalah pilihan sendiri.

    ReplyDelete
  11. Wah semakin ramai yang menyertai PAS. Adakah pas benar2 sudah berkembang maju?

    ReplyDelete
  12. Pasti ada hasrat yang terselindung mengapa beliau bertukar arah.

    ReplyDelete
  13. Semuanya pasti ada alasan yang munasabah.

    ReplyDelete
  14. malangnya, hanya selepas bergelar bekas barulah dia sertai pembangkang.. kenapa bukan ketika masih berjawatan dalam kerajaan?? takut hilang jawatan??

    ReplyDelete
  15. lagi bagus PAS tukar slogan kepada "Parti untuk orang pencen"..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.