Program hasil cetusan idea Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Sejuta Impian bakal kembali dengan musim kedua dengan insentif lumayan berjumlah RM1 juta.
Stesen TV3 dalam satu kenyataan berkata, program tersebut bakal mendapat dana daripada Dana 1Malaysia bagi merialisasikan impian rakyat Malaysia.
"Idea untuk membangunkan masyarakat sekeliling, memberi manfaat kepada komuniti anda, melindungi alam sekitar mahupun impian untuk mengubah kehidupan anda, semuanya mungkin bakal tercapai menerusi program realiti Sejuta Impian musim terbaru," menurut kenyataan itu di sini.
Mereka yang mempunyai hasrat dan impian yang terpendam, boleh mendaftar penyertaan secara online dengan melayari www.tv3.com.my/sejutaimpian dari 18 Mei hingga 24 Jun atau hadir ke sesi ujibakat yang akan berlangsung pada 23 dan 24 Jun di Sri Pentas TV3, Bandar Utama, bermula jam 10 pagi hingga 5 petang.
Bagi penyertaan secara online, mereka yang berjaya sahaja akan dihubungi oleh pihak produksi pada 25 Jun.
Untuk mengetahui secara lanjut mengenai Sejuta Impian, anda boleh menghantarkan emel anda ke sejutaimpian@tv3.com.my.
Ujibakat adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan mestilah berumur tidak melebihi 40 tahun.
Bagi mereka yang masih di bawah umur 18 tahun harus ditemani oleh ibu bapa atau penjaga ketika menghadiri sesi ujibakat.
-Mstar
Saturday, June 16, 2012
Sejuta Impian Tawar Insentif RM1 Juta
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sama lah dgn WWW 1 tu kes nih. Membazir amalan Syaithan..tpi ramai org akan kata apa membazirnya, sebab ni kan hadiah.? Tapi kalu setakat teka siapa nama PM Australia yg asal kaum wanita dan jawapan betul..takkan samapai RM 1 juta hadiahnya. patut bg RM50.00 jer. Malah banyak soalan yg akan ditanya dlm rancangan tu nilai [hadiah] selayak RM100.00 ja. Memang akan ramai umat Islam tak tau dimana wujudnya pembaziran jika ulama yg ada sekadar ulama' usu'(jahat).
ReplyDelete