Wednesday, June 13, 2012

Rayuan ke IPTA/Politeknik boleh disemak 14 Jun

Status keputusan rayuan permohonan ke Institusi Pengajian Tinggi awam (IPTA)/Politeknik Premier) bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara boleh disemak mulai 12 tengah hari Khamis ini

Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan hari ini berkata semakan boleh dibuat melalui hotline 03-88706767, helpline 03-88706777, talian am 03-88706755/6766, laman web rasmi IPTA berkenaan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (No kad pengenalan) dan SMS ke 16888.

"Keputusan rayuan adalah muktamad. Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA/Politeknik Premier sehingga 30 Jun ini, maka rayuan dianggap gagal," kata kenyataan itu.

Kementerian itu juga memaklumkan ia tidak pernah melantik sebarang ejen atau wakil dalam pengurusan pemilihan kes rayuan calon yang gagal mendapat tempat ke IPTA/Politeknik Premier.

Semua pengurusan pengambilan pelajar adalah diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi dengan mengguna pakai dasar, prosedur serta kriteria pemilihan yang ditetapkan kementerian.

Calon-calon yang ingin membuat semakan tawaran dan mencetak surat tawaran rasmi boleh berbuat demikian melalui laman web rasmi IPTA berkaitan atau Jabatan Pengajian Politeknik mulai 15 Jun.

- Bernama

13 comments:
Write comments
  1. Pasti pelajar2 risau result masing2.

    ReplyDelete
  2. Bagus juga ni, memudahkan para pelajar menyemak keputusan exam

    ReplyDelete
  3. siapa yang ada buat permohonan tu, semaklah segera.

    ReplyDelete
  4. Kalau rayuan pun tidak dapat masih ada peluang lain.jangan putus asa.

    ReplyDelete
  5. Setiap tahun ada pengambilan. kalau tahun ni tidak berjaya, tahun depan boleh mencuba lagi.

    ReplyDelete
  6. Semoga mereka yang membuat pemohonan akan berjaya diterima ke IPTA dan Politeknik. Kalau satu kali tidak berjaya, cuba lagi sehingga dapat. Selamat maju jaya kepada semua.

    ReplyDelete
  7. Tapi kenalah berhati-hati dengan individu yang memperkenalkan diri sebagai agen kerajaan untuk memproses pemohonan rayuan, kerana kerajaan tidak pernah melantik agen seperti ini.

    ReplyDelete
  8. Gunakan peluang yang ada untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.

    ReplyDelete
  9. Kementerian itu juga memaklumkan ia tidak pernah melantik sebarang ejen atau wakil dalam pengurusan pemilihan kes rayuan calon yang gagal mendapat tempat ke IPTA/Politeknik Premier.

    Ada juga yang taktik penipuan seperti ini? Memang teruk. Kena waspada dengan penyamaran seperti ini.

    ReplyDelete
  10. Sesiapa yang berjaya mendapat tempat itu tahniah dikatakan.

    ReplyDelete
  11. Sesiapa yang berkelayakkan silalah membuat rayuan secepat yang mungkin.

    ReplyDelete
  12. Rayuan itu seharusnya menjadi semangat untuk meneruskan pembelajaran mereka.

    ReplyDelete
  13. Jika rayuan itu sudah diluluskan pastikan anda belajar dengan bersugguh2.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.