Tuesday, June 12, 2012

Pakatan yakin menang di 105 kerusi Parlimen

Pakatan Rakyat yakin semakin dekat ke Putrajaya apabila mendakwa sudah selamat di 105 daripada 222 kerusi Parlimen untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Jumlah yang dianggap selamat itu hanya kurang enam kerusi untuk menewaskan BN dengan majoriti mudah.

NONE"Saya rasa kalau dengan momentum ini, lepas soal PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) ... kesilapan Datuk Seri Khaled (Nordin) tarik balik pinjaman, kita boleh lepas majoriti mudah.

"(Jumlah) 105 itu adalah perkiraan dan bacaan kita buat beberapa bulan lepas dan dalam masa sebulan ini lebih banyak sebenarnya isu yang berpihak kepada Pakatan," kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dalam temubual saluran atas talian Radio Bangsar Utama malam tadi.

Beliau juga berkata, untuk 105 kerusi Parlimen tidak menjadi masalah dan PKR sememangnya membuat perkiraan dengan teliti mengenai perkara ini.

Pakatan sekarang mempunyai penguasaan 75 kerusi dalam parlimen berbanding BN sebanyak 137 dan bebas 10 kerusi.

"Katakanlah ada lima hingga enam kerusi yang boleh bertukar tangan sebab menang tipis dahulu... tolak kerusi yang mungkin akan bertukar tangan, campur kerusi yang mungkin akan dapat balik. Jadi tak sukar untuk pertahankan 80 hingga 85 kerusi di Semananjung kecuali Johor," jelasnya.

NONEMenurut Rafizi lagi, tiga negeri utama yang menjadi tunggak kemenangan BN iaitu Johor, Sabah dan Sarawak juga mempunyai peluang untuk Pakatan peroleh separuh daripada kerusi yang ada.

"Katakanlah kita menang sembilan (kerusi Parlimen) daripada Johor... sembilan Sarawak... dan Sabah lima. Ini semua bahaya dan akan jatuh ke tangan Pakatan.

"Ada ura-ura di Sabah ada gelombang tokoh politik tempatan mahu berpisah daripada BN. Kalau itu berlaku, paling kurang (Pakatan dapat) 110 (kerusi).

"Ini semua jumlah paling konservatif. Paling minima untuk Pakatan. Kita tak boleh lari daripada angka ini semua. Untuk dapat 100 hingga 105 kerusi Parlimen tidak mustahil. Soalnya sekarang, macam mana nak dapat 10 lagi kerusi untuk majoriti mudah.

"Kalau mereka panggil minggu depan (pilihan raya) kita lebih daripada bersedia," katanya lagi.

Sebelah kaki di S'gor, sebelah di T'ganu

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli mengesahkan akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang tetapi belum menetapkan lagi kawasannya.

"Kalau ikut saya, saya berminat untuk tidak bertanding dan teruskan dengan kehidupan saya. Itu kebenarannya. Saya tidak pernah ada rancangan untuk jadi ahli politik begini.

azlan"Harapan untuk bertanding ada disampaikan dan saya tak boleh lari," kata Rafizi ketika ditemubual di saluran atas atas Radio Bangsar Utama malam tadi.

Beliau bagaimanapun berkata, perlu menunggu keputusan parti.

"(Sama ada) Terengganu, saya tak boleh kata. Itu keputusan parti. Tapi kalau saudara tengok dekat mana saya dok buat ceramah, saya rasa anda boleh tahu.

"Ia boleh jadi di Selangor atau Terengganu. Sebelah kaki di Selangor sebelah lagi di Terengganu.

"Itu saya perlu tunggu arahan dan keputusan parti. Tapi saya akan bertanding untuk pilihan raya akan datang," katanya lagi.

-MK

29 comments:
Write comments
  1. hahahaha biarkan si luncai terjun dgn labu2nya.cerita begini selalu diwar2kan sblom pilihanraya.syok sendiri la lu

    ReplyDelete
  2. saya amat berharap saudara Rafizi akan masuk bertanding PRU13 nanti dan insallah saudara pasti akan menang.

    ReplyDelete
  3. pencacai umngok / BN memang telahlama diulit mimpi indah BN. Tak boleh terima hakikat perubahan. Tiada istilah HIJRAH dlm jatidiri mereka. Tau tak apa dia RM250 juta ? Tau ke apa dia RM589 juta ? Apa jadi dgn saham krjaan dlm felda yg dijual hingga 60 % pegangan kpd 'org lain' Kenapa ? Kes lampau, PERWAJA, bagaimana kesudahannya. Sudah la pencacai umngok, kalu nak hurai 7 hari 7 malam tak habis tapi yg 'best'nya.. ANWAR IBRAHIM juga dicerca bg kes yg telah dibuang oleh Mahkmah sendiri. Itulah menunjukkan dangkalnya melayu dlm brpolitik dibandingkan dgn rakyat negara2 jiran kita yg kita kata dtinggal ke blkang dlm arus pembangunan negara.

    ReplyDelete
  4. PR jangan terlalu yakin, bertanding la dulu baru cakap besar.

    ReplyDelete
  5. Anonymous said...
    June 13, 2012 11:41 AM, aper pun U menyalak kat sini. I reply "whatever"

    ReplyDelete
  6. jgn terlalu yakin, kita tgk pakatan berjaya atau tidak.

    ReplyDelete
  7. Ramalan dan andaian hanya untuk menyenangkan hati tapi realitinya nanti mengecewakan.apapun, usaha selagi ada masa:)

    ReplyDelete
  8. Dakwaan ada pemimpin BN keluar parti tu hanya khabar angin.

    ReplyDelete
  9. Jangan over confident sangat.

    ReplyDelete
  10. SPR kena pastikan pilihan raya kali ini bebas daripada pengundi hantu dan manipulasi.

    ReplyDelete
  11. Biasa kalu pemimpin BN nak keluar parti dn masuk pembangkang memang susah sebab banyak fail rasuah menanti anda..keluar la kalu ada berani..yg masuk pembangkang ni hanya mereka yg otak cerdik jer..itu kata bekas PM kita bukan kata saya.

    ReplyDelete
  12. Baik kita tunggulah dan lihat sama ada Pakatan Rakyat mampu mendapat mandat daripada mahoriti pengundi pada PRU-13.

    ReplyDelete
  13. Rasanya BN juga yakin mereka akan terus mendapat sokongan daripada rakyat Malaysia pada PRU-13 nanti, kita tengoklah siapa yang mendapat lebih banyak undian.

    ReplyDelete
  14. Menang atau kalah nanti itu memang adat satu pertandingan nanti.

    ReplyDelete
  15. Keyakinan sahaja tidak mencukupi, harus ada usaha untuk memenangi kerusi itu.

    ReplyDelete
  16. Rakyat yang akan menentukan menang dan kalah sesebauh parti itu.

    ReplyDelete
  17. Pastikan tidak ada penyelewengan yang berlaku sepanjang pilihanraya diadakan.

    ReplyDelete
  18. begitulah halnya pembangkang di negara ini.. suka sangat mengiktiraf kemenangan sebelum bertanding.. tapi bila mereka kalah, liat pula mengaku kesilapan..

    ReplyDelete
  19. kalau tanya dengan saya, saya akan cakap BN akan terus memerintah selepas PRU13 termasuk berjaya merampas negeri2 yang ditadbir oleh Pakatan hari ini..

    ReplyDelete
  20. The Umno President said the crisis signified that the conflict among party leaders was becoming increasingly serious.

    ReplyDelete
  21. "It looks like there's a serious split in the Selangor PKR leadership. Otherwise we won't hear of people resigning suddenly. I believe people can weigh the situation for themselves.

    ReplyDelete
  22. "A party which is capable of providing a solid and stable administration would inspire confidence within the country and abroad," he told reporters after chairing the Umno Supreme Council meeting at the Putra World Trade Centre.

    ReplyDelete
  23. Asked if the crisis was due to problems faced by certain individuals within PKR's leadership, Najib responded that," It’s up to each person to reach their own conclusion but it looks like the conflict is becoming serious."

    ReplyDelete
  24. On whether the situation would give Barisan Nasional (BN) the advantage to regain Selangor, he said BN was constantly working to succeed nationwide.

    ReplyDelete
  25. "As a party, we need to display our advantages as to why the people should select us. We need to display them until they are confident BN is the best choice.

    ReplyDelete
  26. "What's important is that we will continue to work, to ensure a strong and solid government, able to achieve the transformation which is proceeding well," he concluded.

    ReplyDelete
  27. Gua Musang member of parliament Tengku Razaleigh Hamzah has called on the people to give a big victory to the Barisan Nasional (BN) in the upcoming 13th general election and enable it to continue its development agenda for the country.

    ReplyDelete
  28. "The decision is in the hands of the people and I believe they will favour the present government," he said while opening Sekolah Kebangsaan (SK) Paloh 3 Parent-Teachers Association's annual general meeting here on Friday.

    ReplyDelete
  29. Tengku Razaleigh, who is also Gua Musang Umno chairman, said the Gua Musang constituency had enjoyed much development including new schools through the government's commitment to bring progress to the people.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.