SEMAKIN lama Janang Gayuh, Datuk Seri Panglima Lajim Haji Okin menunggu untuk melompat, maka semakin dalam jurang politik yang terpaksa beliau hadapi kerana besar kemungkinan tidak ada tempat yang selamat untuk Lajim, sekalipun di DUN Klias atau Parlimen Beaufort.
UMNO sudah pastinya tidak lagi memerlukan khidmat Lajim sebagaimana pada era 1994 ketika beliau melakukan lompatan katak bernilai RM5 juta mengikut Skim Tajaan Sukan Lompat Katak yang dibiayai Kerajaan Persekutuan.
Populariti Lajim yang semakin menurun menyebabkan beliau telah dipinggirkan kerana tidak lagi berfungsi sebagai Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri; malah tidak lagi mempunyai potfolio sebagai Ketua UMNO Bahagian Beaufort setelah tidak lagi menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Sabah.
Dalam keadaan lopak (parti) yang menjadi rumahnya selama ini semakin kering kontang dan tidak mempunyai sebarang harapan lagi untuk dipilih semula sebagai Calon UMNO bagi mana-mana kerusi yang bakal diwakili BN; terutama setelah mencetuskan pelbagai kontroversi termasuk ura-ura melompat parti SPF dan PKR.
Jika Lajim menafikan isu ini, kenapa beliau mengadakan beberapa perjumpaan tertutup dengan Anwar termasuk mengadakan misi rahsia membawa kami makan angin ke Jakarta, sebaliknya beliau pula ke Cambodia?
Sebagai ahli UMNO Beaufort, saya berharap agar Lajim segera tinggalkan UMNO kerana beliau kini menjadi liabiliti kepada parti dan dalam masa yang menyebabkan wujud beberapa puak di dalam UMNO, termasuk menaja puak tertentu melakukan usaha untuk mengganggu kepimpinan Ketua Umno Bahagian Kimanis.
Sikap menyimpan lebih 5,000 bendera SPF di sebuah rumah telah menimbulkan perasaan curiga dan ura-ura beliau menyertai PKR tidak boleh dipandang ringan.
Salam Hormat,
AJK BAHAGIAN KECEWA
-Sabahkini
Tuesday, June 12, 2012
Lajim Harus Segera Tinggalkan UMNO?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
saudara aq rasa Dtk Lajim ada cara t'sndiri untk menyelesaikn masalh nie..tdk smestinya Dtk Lajim keluar dr pada UMNO..pasal dlm politik nie perkara biasa bagi beliau..kerana dlm UMNO pun seiring kita dengar masalah begini, tapi lama-kelamaan masalah nie akan hilang begitu sahaja...cerita begini hanya melariskan akhbar2 tempatan saja biasalah mahu dekat PRU 13.apa2 pun kita tunggu dan lihat sahaja selepas nie.
ReplyDeletenie kali la...
ReplyDeleteKalau saya tahu kapal yang saya tumpangi itu akan tenggelam saya pun akan tinggalkan kapal itu untuk menyelamatkan diri. Hanya orang bodoh yang tunggu sehingga kapal tenggelam ke dasar lautan baru menyelamatkan diri.
ReplyDeleteTidak semestinya Dtk Lajim keluar Umno kerana biasa berlaku dalam politik,sekurang kurangnya satu pesanan ringkas buat Umano,Sabah bukan lagi simpanan tetap,justeru itu banyak kelemahan berlaku dalam kepimpinan Umano selaku tunjang kerjaan terhadap Negari Sabah.
ReplyDeleteLajim akan tetap bersama BN
ReplyDeletelajim takkan tinggalkan UMNO, dia dah perjelaskan dia akan terus bersama UMNO.
ReplyDeleteAnwar bersungguh nak dptkan Lajim, dah terdesak ke?
ReplyDeleteLajim tetap akan setia bersama UMNO.
ReplyDeleteSelagi Lajim belum umumkan apa2 perkara ini hanya khabar angin sahaja.
ReplyDeleteKenapa Anwar begitu terdesak untuk mendapat kan Lajim??
ReplyDeleteIni hanya cerita kedai kopi sahaja.Tau la mau dekat PRU ini.
ReplyDeleteKenapa mesti mau lompat Parti kalau Parti yang ada sekarang sudah cukup bagus. Cakap kosong sahaja Anwar ni.
ReplyDeletebiar Lajim sendiri tentukan halatuju beliau sendiri.
ReplyDeletetapi rasanya Lajim tetap dalam BN, kerana dulu pun beliau sudah jelaskan isu ini.
ReplyDeletemakin banyak khabar angin yang dimainkan sekarang ini..
ReplyDeleteLajim tidak pernah pun nyatakan bahawa beliau akan keluar BN, jadi ini hanya spekulasi saja.
ReplyDeletelebih baik jika semua fokus untuk memberikan khidmat kepada rakyat.
ReplyDeleteini hanya khabar angin saja..
ReplyDeletekhabar angin ini sengaja disebarkan untuk merapuhkan perpaduan di kalangan ahli UMNO..dan AJK bahagian kecewa ini telah termakan umpanan mainan politik pembangkang..
ReplyDeletepembangkang makin terdesak..pelbagai cara digunakan untuk mengucar-kacirkan UMNO..
ReplyDeletelajim juga sudah memberikan penjelasan dan pendirian beliau..maka ini hanyalah spekulasi sahaja..
ReplyDeleteyang menjadi liabiliti ialah ahli UMNO yang cepat terpengaruh dengan mainan politik pembangkang..mereka inilah yang akan menyebabkan perpaduan dalam kalangan ahli UMNO goyah...semua ahli UMNO haruslah terus kukuh untuk menangkis spekulasi2 dari pembangkang..jangan terpedaya..
ReplyDeleteteruskan berusaha untuk menghadapi pru13 nanti...
ReplyDeleteKenapakah muka si Lajim itu hijau. hehe
ReplyDeleteKhabar angin bertiup kencang sekarang ni sampai ada sudah yang goyah dan hampir rebah.huhu
ReplyDeleteBerapa kali sudah Lajim menafikan khabar angin buatan pihak yang terdesak ni. masih lagi ada yang belum berpuas hati.
ReplyDeleteInilah permainan politik.siapa yang tidak teguh pasti akan jatuh tersungkur.
ReplyDeleteJanganlah kita terlalu mudah percaya dengan hal sebegini. Pedulikan saja perkara ni.
ReplyDeleteBiasalah kalau menjelang PRU ni, mestilah terpaksa guna apa cara sekalipun utk jatuhkan pihak lain kan:P hehe
ReplyDeleteLet him decide what he thinks is the best. Stop spreading rumours.
ReplyDeleteBanyak betul khabar angin sejak kenelakangan ini. Bila bah PRU ni??
ReplyDeleteHarap calon yang terbaik menang. Sama2 kita tunaikan t/jawab kita sebagai rakyat.
ReplyDeleteHe already denied that he is about to leave BN. Why dont just trust him?
ReplyDeleteHentikanlah cemuhan terhadapnya.
ReplyDeleteLeave him alone. As what he has said in the media, he wants to fight for the people. 22 years of serving, I think the people are still in need of him.
ReplyDeleteSetuju dengan pernyataan di atas.
ReplyDeleteLajim sudah berkata beliau tetap bersama BN sebelum ini bila khabar angin yang sama disebarkan.
ReplyDeleteLajim juga menyatakan bahawa Pakatan Rakyat yang menyebarkan khabar angin yang tidak berasas seperti ini untuk menjatuhkan kerajaan BN.
ReplyDeleteKenapa mahu berselindung di sebalik nama 'AJK Bahagaian Kecewa'? Jangan2 ada hati mahu gantikan tempat Lajim, kan?
ReplyDeleteLajim pun fed up mahu bagi kenyataan bila isu yang sama saja diulang-ulang.
ReplyDeleteApa yng ada pada Lazim? sekolah pun, entah2 tak lepas SPM!!
ReplyDeleteKalau bukan PBS, sy rasa masih duduk d kedai snoker. Sekarang rasa belasan kerana duhaka pada rakyat!!! tak kana pakai kan!!!.
Padan muka!!!
Terpulanglah kepada Lajim sama ada beliau mahu keluar parti ataupun tidak.
ReplyDeleteSaya rasa beliau tidak akan membuat demikian, sebelum ini Lajim sudah menjelaskan bahawa beliau masih bersama dengan UMNO.
ReplyDeleteJikalau mereka keluar parti pun tidak akan menyebabkan apapa impak kepada parti BN.
ReplyDeleteWe should be careful with what we are been fed by the media.
ReplyDeleteHe has to be very much convincing in what he says and does to avoid been mistrusted by the people.
ReplyDeleteStop spreading rumors that are falsified.
ReplyDeleteRumors will persist as long as the election is around the corner.
ReplyDeleteDoes he have to leave the party?
ReplyDeleteKalau Lajim Keluar UMNO confirm BN kehilangan 1 kerusi kecuali atas bantuan pengundi hantu PRU13
ReplyDeleteLajim masih kekal dengan BN. Tunggulah pengesahan sah dari beliau.
ReplyDeleteBiarlah Lajim sendiri tentukan masa depannya.
ReplyDeleteWhat if Lajim really out from BN and join PKR? Any differences? Impact?
ReplyDeleteStop manipulate or play around with the topic, the show must go on with or without Lajim.
ReplyDeleteMay be some hidden agenda that the people still don't know?
ReplyDeleteKita tidak ada hak untuk menyuruh dan menghalang keputusan Datuk Lajim. Tapi sebaiknya fikirkan yang terbaik untuk penduduk Sabah.
ReplyDeleteSemoga Datuk Lajim Ukin akan terus berjuang dibawah parti BN untuk memastikan kepentingan dan hak penduduk Sabah akan dapat diberikan sebaiknya.
ReplyDeleteLajim kena segera membuat keputusan kerana ini melibatkan banyak pihak.
ReplyDeleteSemua pilihan ada ditangan Lajim dan semuanya bergantung kepada keputusan yang akan beliau lakukan.
ReplyDeleteLajim tidak ada pilihan lain selain dari keluar dari UMNO kerana kebanyakkan yang dilaporkan memperlihatkan beliau sudah tidak ada harapan untuk terus berada dalam UMNO.
ReplyDeleteThe rumour that Sabah leaders will leave Umno to join the opposition is an opposition tactic, said Parti Bersatu Sabah (PBS) deputy president Datuk Seri Maximus Ongkili.
ReplyDeleteOngkili, who is also Minister of Science, Technology and Innovation, said the rumour was aimed at undermining the people’s confidence in Sabah BN leaders.
ReplyDelete“Sabah BN is a united team led by Umno and will continue to be solid…I don’t think there is a basis for the rumour.
ReplyDelete“We tell the people to ignore the rumour. Sabah BN will stick together and will not be enticed by the opposition,” he told reporters after the Kaamatan and Dayak Gawai festival at Limkokwing University, here, yesterday.
ReplyDeleteOn Monday, Malaysiakini reported a rumour that Umno Supreme Council member Datuk Seri Lajim Ukin and United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO) deputy president Datuk Wilfred Bumburing would join the opposition.
ReplyDeleteOngkili said Sabah BN was not disturbed by the rumour. “What is important for Sabah BN is to meet the aspirations of the people. We are trying. Our machinery is already up and is being oiled for implementation,” he said.
ReplyDeleteOngkili was confident that Sabah BN would continue its excellent run in the last general election.
ReplyDelete“Unity continues to be the essence and strength of Sabah BN. We will deliver the two-thirds majority.
ReplyDelete“BN keeps its promise. Based on its track record, BN has delivered in the past and we will continue to be sincere to the people. We will deliver the best to the people,” he said.
ReplyDeleteGd luck lajim! setiap manusia ada pendapat & prinsip diri masing2.semoga anda sentiasa berjaya dalam apa jua lapangan! be u r self!
ReplyDeletejangan mengata parti yg berjasa pada bangsa peribumi, agama islam & tanah air ni, sudahlah.
all the best. may allah alwiz bless u
*org umno akar umbi
Selepas mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Ketua Umno Bahagian baru-baru ini, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Datuk Seri Lajim Haji Ukin, mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu.
ReplyDeletekenapa perlu segera tinggalkan umno? ada pihak yang tidak sabar2 menerima ahli lompat ka?? biarlah Lajim buat keputusan tanpa dipengaruhi oleh orang luar..
ReplyDeleteentah apa la nasib si Lajim ini kalau pada waktu ini dia berjuang dalam Pakatan.. dengan kenyataan yang memburuk2kan parti sendiri, pasti awal2 lagi dia sudah kena pecat..
ReplyDelete