Pengerusi The State Reform Party (STAR) Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan telah menyatakan hasratnya bertanding di kerusi Parlimen Keningau dalam pilihan raya umum akan datang.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan untuk bertanding sekali lagi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor.
"Saya akan bertanding di Keningau. Saya berharap beliau (abangnya Tan Sri Joseph Pairin Kitingan) tidak akan merebut kerusi itu lagi. Beliau sudah berkhidmat bagi kawasan itu selama 30 tahun. Saya fikir sudah sampai masanya bagi saya membawa isu Sabah ke Parlimen," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual di sini baru-baru ini.
Pairin adalah Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Timbalan Ketua Menteri Sabah, Anggota Parlimen bagi Keningau dan Anggota Dewan Undangan negeri Tambunan.
Pada pilihan raya umum 2008, Jeffrey bertanding menentang Pairin di kerusi Parlimen Keningau dan DUN Tambunan tetapi dikalahkan oleh abangnya.
Beliau juga bertanding di DUN Bingkor tetapi dikalahkan oleh calon Barisan Nasional, Justine Guka dengan 171 undi dalam pertandingan empat penjuru melibatkan dua calon Bebas lain - Victor Leornadus dan Uling "Sedapat mungkin saya berharap ini tidak terjadi, namun merasakan kawasan di sana sangat-sangat mengharapkan perubahan."
"Dengan lain perkataan, mereka inginkan sesuatu yang baru. Ia tidak ada kena mengena dengan keluarga, lebih kepada politik," katanya.
Jeffrey, seorang lulusan Harvard, telah bertukar parti politik beberapa kali sejak dua dekad lalu pernah menganggotai Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Parti Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR Bersatu) dan Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO).
Beliau juga pernah menyertai PKR dan kemudian dilantik sebagai naib presiden parti itu sehinggalah beliau meletakkan jawatannya pada 28 Oktober 2009.
-mstar
Thursday, June 14, 2012
Jeffrey Bertanding Di Parlimen Keningau?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Two stoges ( Datuk Lajim & Datuk Pairin ) or maybe there is three stoges. datuk Lajim brought UMNO to Sabah and Datuk Pairin bang down his own party ..
ReplyDeletePairin brothers..hahahah. clown!!
ReplyDeleteLepas STAR entah ke mana lagi Jeffrey lompat
ReplyDelete'Saya fikir sudah sampai masanya bagi saya membawa isu Sabah ke Parlimen'-Waktu kau dilantik menjadi TIMBALAN MENTERI PERSEKUTUAN DULU apa kau buat,jadi katak????? Rehatlah,bagi ruang kpd Golongan muda jadi MP pula.
ReplyDeleteBalik2 muka dia saja.Jeffry 20P,Jeffry 20P.Org Bingkor kata "POLIZANNNN" Awas org Bingkor,datang lagi ni orang yg minta POLIZAN dari Kolam.Kepada kawan2 yg masih diHUTANGI Jeffry,mari kita tuntut balik.Ini Kalilahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
ReplyDeletemcmana mau ckp d parlimen klu suara tu mcm pond.....
ReplyDeletePBS president Tan Sri Joseph Pairin Kitingan announced that he wished to re-contest the Keningau parliamentary. he also expressed confidence that the people’s support for the Barisan Nasional in Keningau has remained strong. He said the people must continue to back the ruling coalition because it has an unblemished record.
ReplyDeleteTengok saja berapa kerusi star boleh menang.
ReplyDeletekedua beradik ini akan bersaing lagi pada PRU nnti, kita tgk sapa yang menang.
ReplyDeletemereka sebagai adik beradik seharusnya bekerjasama.
ReplyDeleteAfter STAR DJK will be jump to MOON...MOON??- PAS? Mustahil
ReplyDeleteDJK tidak boleh di percayai...kaki lompat parti.Untuk kepentingan beliau sendiri.
ReplyDeleteTidak perlu la berlawan adik berabik.Pasal politik adik beradik bergaduh.
ReplyDeleteterserah kepada Jeffrey untuk bertanding di mana yang beliau mahu..
ReplyDeletestar masih baru, rasanya berbanding parti lain, parti ini sukar untuk dapat sokongan.
ReplyDeleteterlalu banyak parti yang ada di Sabah ni, mungkin terjadi persaingan 3 penjuru nanti.
ReplyDeleterakyat pasti dapat menilai sendiri siapa yang patut mereka pilih dan parti mana yang dapat membawa pembangunan.
ReplyDeletesemua parti pasti berusaha untuk menang, namun BN dilihat masih dapat sokongan daripada rakyat.
ReplyDeleteapa pelaung kemenangan JK di parlimen keningau dan DUN bingkor?
ReplyDeletetu SAPP tidak mahu cabar JK di keningau kah?
ReplyDeleterasanya Pairin tetap akan menang di parlimen keningau dan DUN tambunan...masih boleh menang lagi..
ReplyDeletekalau JK 1 lawan 1 dengan abangnya pun, pairin akan menang..
ReplyDeletemungkin akan ada pertandingan lebih dari 2 penjuru...dan ini adalah kelebihan kepada BN..undi pembangkang akan pecah..
ReplyDeleteapa2 pun kita tunggu dan lihat keputusan pru13 nanti.
ReplyDeleteBersaing lah kamu adik beradik.yang penting cara profesional.
ReplyDeleteKalau Star tiada pencapaian juga di Sabah ni, saya tidak hairan JK lompat parti lagi.
ReplyDeletePairin pasti akan menang lagi.Beliau pemimpin yang di hormati dan di segani.
ReplyDeleteKeningau telah semakin membangun di bawah pemerintahan BN.Buat apa mau tukar kepada pembangkang lagi.
ReplyDeleteWaaahh, cuba kita tengok apa kejadiannya nanti. hehe
ReplyDeleteSaya yakin kemenangan hanya akan berpihak pada calon yang boleh dipercayai rakyat.
ReplyDeleteJK tidak akan di terima di Keningau, lebih baik beliau jangan buang masa.
ReplyDeleteKita hanya akan tahu apa yang akan berlaku kalau PRU dah tiba nanti. Sekarang ni susah nak cakap.
ReplyDeleteJadi semuanya terpulang pada orang keningau utk buat keputusan:)
ReplyDeleteRekod Jeffry akan menyebabkannya sukar menambat hati rakyat. Tambahan pula rakyat kini bukannya mudah dipujuk rayu:P
ReplyDeleteHarapan Dato Jeffrey untuk memenangi parlimen Keningau adalah terlalu sukar tapi beliau mempunyai harapan cerah memenangi DUN Bingkor sekiranya diberi peluang satu lawan satu...
ReplyDeleteSelama ini Keningau merupakan kawasan kuat Pairin Kitingan, adakah Jeffrey mampu merampas Keningau daripadan Pairin?
ReplyDeletePairin Kitingan tetap Huguan Siou rakyat KDM, diharapkan beliau masih mempu mendapatkan sokongan daripada orang ramai.
ReplyDeletePunya bagus kalau Jeffrey vs Pairin. Ini kalilah kita tengok siapa yang menang. Itu pun kalau Jeffrey berani.
ReplyDeleteKemungkinan JK tidak akan lawan abangnya.
ReplyDeletewalaupun adik beradik demi membela nasib rakyat tak jadi masalah..
ReplyDeletelawan tatap lawan keningau milik siapa?
ReplyDeletekalau mau bersuara di parlimen..kenapa tidak betanding di tempat lain..biar pairin dan PBS mengatur keningau...benar, keningau telah maju dibawah BN-PBS..p la betanding di parlimen tiket umno..tengok apa macam
ReplyDeletePairin sdh terlalu lama Pegang Keningau dan Tambunan.Kemajuan di Keningau ni secara kebetulan,bukan kerana Pairin.Tengok saja Tambunan,apa yg boleh dibangga dng Tim. Ketua Menteri.Cari orang mudalah utk bertanding.
ReplyDeleteDengar cerita PKR akan pertaruhkan seorang calon muda.Siapapun dia,saya akan undi.Mana pick-up laju.
ReplyDeleteJeffry sdh pernah di Bingkor 3 Panggal -0
Pairin 3 Panggal MP -boleh juga tapi kali ni mau tukar
Calon mudakah..,yg penting boleh becakap dan berani.siapun mau juga perubahan.ba bila lagi.
ReplyDeleteAiii,betulkah ni.Bukan dari Tambunankah
ReplyDeleteKami mau dari Keningau.Mana boleh Tambunan saja.
ReplyDeletePairin will not give up Keningau seat without a fight, not even for his brother.
ReplyDeleteIt is up to the Keningau people whether they will chose to vote Pairin or Jeffrey during the next GE. My support is with Pairin.
ReplyDeleteWill the people give up their Huguan Siou for a party hopping frog?
ReplyDeleteCooperation matters suggest they work together.
ReplyDeletePolitics can be a dangerous game to play with.
ReplyDeleteSo many parties out there, thus rivals are facing the competitive drive.
ReplyDeleteIt is up to the people to decide on who they want and make decisions for them…
ReplyDeleteI can’t wait to see the results after the GE13.
ReplyDeleteIt lies in your hands to decide and vote wisely.
ReplyDeleteIt all depends on the Keningau for a decision making.
ReplyDeleteJika nak saing pun, sainglah dengan cara yang lebih amanah dan sihat.
ReplyDeleteLet see the people in Keningau will support Jeffrey & STAR?
ReplyDeleteHarapkan Jeffrey dapat memperjuangkan yang terbaik untuk rakyat di Keningau.
ReplyDeleteMungkin Jeffrey akan mengalami cabaran sebab rekod beliau amat kurang yang kian melompat parti.
ReplyDeletePeluang adalah adil untuk semua pihak. Moga-moga PRU yang bersih dan adil dapat dijalankan, walaupun kalah pun dapat kalah dengan hati yang terbuka.
ReplyDeleteJeffrey juga menghadapi cabaran besar. Bn masih kuat di Sabah dan tetap sokongan rakyat adalah banyak.
ReplyDeleteTerpulang denga JK untuk bertanding dikerusi mana yang beliau inginkan. Kita tunggu saja sekuat mana sokongan kepada JK nanti.
ReplyDeletePertandingan yang dinanti-nanti oleh penduduk keningau.
ReplyDeleteBertanding dengan bersih. Jangan ada penyelewengan yang berlaku.
ReplyDeleteRakyat kena memikirkan masa hadapan dan bukannya masa yang yang singkat. Undian anda akan menentukan corak politik di Sabah.
ReplyDeleteSemoga apa yang sahaja keputusan rakyat pasti akan membuahkan sesuatu yang positif.
ReplyDeletebolehkah dia kalahkan abang dia? selama 30 tahun Pairin mempertahankan kerusi ini, tentu telah banyak sumbangan2 beliau di kawasan itu.. berbanding dengan Jeffrey yang tidak ada sumbangan langsung melainkan sekadar menjual air liur basi ke segenap kampung..
ReplyDeleteapa2pun kalau benar itulah hasrat si Jeffrey, saya harap beliau berjaya la.. tapi jangan kerana politik, hubungan kekeluargaan menjadi renggang..
ReplyDelete