Wednesday, June 13, 2012

Kemelut Neelofa dan Anzalna



Pelakon Neelofa, 23, melalui peguamnya telah mengeluarkan notis tuntutan meminta bukti dan penjelasan daripada Anzalna terhadap kenyataannya yang berbaur fitnah dalam artikel bertajuk "Anzalna Bidas Neelofa" yang tersiar menerusi akhbar Berita Minggu pada 10 Jun 2012.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor berkata, terdapat sembilan perkara fitnah yang telah dilemparkan dalam artikel itu dan Anzalna diberi tempoh selama tujuh hari untuk memberikan surat tuntutan balas daripada pihaknya.

"Segala tuduhan yang dilemparkan dalam akhbar berkenaan adalah seratus peratus tidak benar.

"Sekiranya Anzalna gagal memberikan surat tuntutan balas serta mengemukakan bukti dan penjelasan terhadap kenyataannya itu, dia akan dikenakan tindakan seterusnya.

Saya harap dia memberikan kerjasama, " tegas Neelofa pada sidang akhbar khas yang diadakan di Hotel One World, di sini, Rabu.

Neelofa telah melantik dua peguam iaitu Ahmad Hidayat Md Nor dan Mohd Irwan Mohd Mubarak daripada firma guaman Ahmad Hidayat Md Nor & Co untuk mengeluarkan notis tuntutan tersebut yang telah pun dihantar kepada Anzalna pada Rabu.

Pelakon tersebut diberi tempoh seminggu untuk menjawab notis berkenaan.

Tambah Neelofa, tuntutan meminta bukti dan penjelasan itu dilakukan agar dia dapat membersihkan namanya yang mungkin akan terjejas pada masa akan datang.

"Selepas kenyataannya keluar, saya terus menemui peguam untuk mendapatkan nasihat.

"Dan sebagai permulaan, saya mengambil tindakan ringan dengan cara formal terhadapnya agar masalah dapat diselesaikan dengan mudah.

"Andai kata dia enggan bekerjasama, saya akan memberi dia dua pilihan lagi untuk tindakan yang seterusnya," tegas Neelofa.

Pergaduhan kedua-dua artis tersebut dikatakan tercetus ketika Neelofa dan Anzalna masih lagi dalam pertandingan pencarian Dewi Remaja pada tahun 2010.

Dalam isi kandungan artikel yang disiarkan Berita Minggu itu, Anzalna turut mendakwa Neelofa pernah menghina keluarganya selain seorang yang busuk hati.

Malah, Anzalna dilaporkan turut menuduh pelakon filem Azura 2012 itu mewujudkan satu akaun “Kami Benci Anzalna” selain dikatakan diugut oleh Neelofa jika dia memenangi pertandingan Dewi Remaja itu.

-Mstar

4 comments:
Write comments
  1. nama lagi artis..bukan buleh pakai.

    ReplyDelete
  2. tiada gunanya kita nak tahu kisah artis malaysia....menghabiskan karen sahaja...lebih baik kita buat kerja kita daripada mengikuti perkembangan artis kita di malaysia ni.

    ReplyDelete
  3. bukan takat buang masa amik tau hal artis..nengok citer melayu pun sebenarnya tiada prkembangan minda yg bole diperkasakan. Slot citer brkisar pd perihal kasih dan kekasih, nak kahwin, mertua tak setuju kahwin dgn si polan dan syer syarikat utk diserah. Tapi yg selalunya hal2 nak kahwin lah. TV 1 sampai TV 9...itu lah sinopsisnya. Cer try selami citer omputih, yg tak masuk diakal kita itulah jln citernya, naik seronok nengok dan boleh gilap akal kita utk barpikir , baik citer kartun atau biasa. Malah jika kita amati trdapat banyak sekkali unsur2 kemanusiaan yg tarkandung dlm caritanya.

    ReplyDelete
  4. ntah pape..buang masa layan diorg..nilah dunia artis..perasan lawa je blaka nie..publisiti murahan...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.