Sunday, July 29, 2012

Ada Usaha singkirkan Mat Sabu?

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, tidak tahu apa-apa mengenai desas-desus pemimpin tertentu tidak menyenangi Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu untuk bertanding kerusi Parlimen Pendang dalam pilihan raya umum akan datang.

NONEMahfuz ketika ditemui selepas sidang media di ibu pejabat parti berkata, setiap calon yang bertanding bagi mana-mana kawasan ditentukan oleh PAS Pusat.

Selain itu, ketika ditanya mengenai usaha-usaha pihak tertentu yang tidak mahu Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu bertanding di kawasan itu, Mahfuz berkata beliau tidak tahu.

"Mana ada. Saya pun tak tahu (mengenai isu ini). Kenapa ada usaha nak singkir pula sedangkan yang menentukan soal siapa calon yang nak bertanding semua ialah PAS Pusat.

"Krisis? tak ada krisis PAS Kedah. Tak ada. Saya pun tak tahu benda ini. Saya belum baca," katanya ketika ditanya Malaysiakini.

Jumaat lalu, Malaysiakini melaporkan, mesyuarat jawatankuasa PAS kawasan Pendang yang memutuskan untuk menawarkan Mat Sabu bertanding kerusi Parlimen berkenaan tidak disenangi pemimpin tertentu negeri itu.

NONEBagaimanapun menurut sumber yang rapat dengan PAS Pendang, mereka gagal memujuk PAS kawasan itu suapaya menukarkan keputusan tersebut dengan mengekalkan penyandangnya Dr Hayati Othman.

Dalam pada itu lagi, ketika ditanya siapakah calon yang sesuai untuk bertanding di kawasan Parlimen itu, Mahfuz dengan nada berseloroh berkata, sesiapa calon pun boleh bertanding di kawasan itu.

Beliau juga berkata, tidak ada mana-mana pihak yang boleh membuat keputusan siapa akan bertanding di sesuatu kawasan melainkan PAS Pusat.

"Bagi saya calon semua (ditentukan) Pusat. Tak ada orang boleh menolak orang itu ini. Semua orang pun sesuai bertanding di Pendang. Sumber itu tak betul," kata Mahfuz lagi.

-MK

16 comments:
Write comments
  1. Jgn jadi cam Nasharuddin Mat Isa dah ler. Bila kalah ke jawatan Timb President PAS spt sebelumnya,terus joint umno brsama dgn Ketua Ngok JATI tu. Malu wehh..Selayaknya ialah kalau tak trpilih duk la dbawah dan sokong dr blkang. Klah tu bukan apa sebab dlm PAS pun ada 'SB' yg memantau dan Nasharuddin tu dah brsuara mcm 'umno' dan jika kekal djawatan tsb,nama PAS boleh merudum yoepp.

    ReplyDelete
  2. Mana bapak kpd kerajaang perpaduang dr ganu tu?

    ReplyDelete
  3. Mat Sabu pun semakin hilang sokongan ye?

    ReplyDelete
  4. Singkirkan saja la kalau menjadi liabiliti kepada parti.

    ReplyDelete
  5. PAS tidak memerlukan mat sabu. kickout je.

    ReplyDelete
  6. semua keputusan biar peringkat pusat yang tentukan.

    ReplyDelete
  7. Mana2 parti pun pastinya ada krisis atau ketidaksefahaman, yang bezanya cuma cara penyelesaian yang diambil.

    ReplyDelete
  8. mat sabu suka keluarkan kenyataan mengarut.. dia yang jejaskan imej PAS.

    ReplyDelete
  9. Singkirkan saja jika sudah tidak relavan.

    ReplyDelete
  10. Tidak ada gunanya lagi jika tidak berfungsi dengan baik.

    ReplyDelete
  11. Mat Sabu keluarkan kenyataan mengarut? Tang mana yg mangarut tuh yer? adoh..pencacai umno nih. Tak tau tapi barlagak reti.

    ReplyDelete
  12. PAS pusat yang menentukan siapa yang bakal mewakili parti sebagai calon.

    ReplyDelete
  13. Tiada mana-mana pihak yang boleh menentukan calon untuk PRU-13 kecuali PAS pusat. Diharapkan rakyat tidak keliru dengan pencubaan mempengaruh orang ramai.

    ReplyDelete
  14. Betulah..PAS Pusatlah yang akan menentukan semua ini.

    ReplyDelete
  15. Kalau kita lihat pun bukannya banyak sangat ahli PAS ini.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.