Tuesday, July 31, 2012

Persenda Umno, Lajim diberi surat tunjuk sebab

Ibupejabat Umno telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Datuk Seri Lajim Ukin mengapa beliau tidak boleh dipecat berikutan pengumuman peletakan semua jawatan dalam Umno dan BN pada 28 Julai lalu.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Lajim perlu menjawab surat tunjuk sebab tersebut dalam tempoh 14 hari untuk dipertimbangkan tindakan seterusnya sebagaimana tertakluk dalam Perlembagaan Umno, lapor Umno Online.

“Umno memandang serius apa yang dilakukan Datuk Seri Panglima Lajim Ukin khususnya dalam pengisytiharan gerakan ‘Pakatan Perubahan Sabah’ (PPS) selain hubungan akrab dengan pakatan pembangkang yang seolah-olah mempersenda kepimpinan dalam Umno,” katanya.

Jelasnya, Fasa; 20.8 Perlembagaan Umno telah menetapkan bahawa semua ahlinya hendaklah cintakan parti serta patuh kepada perlembagaan dan tataetika ahli, selain sentiasa memelihara nama baik dan maruah parti.

“Apa yang berlaku ini adalah isu dalaman yang bersifat peribadi membabitkan Lajim dan orang-orang tertentu dalam kancah politik negeri.

"Maka ia tidak sewajarnya dikaitkan dengan parti yang telah banyak berjasa kepada negara dan rakyat keseluruhannya,” tegas Tengku Adnan.

Lajim telah mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno, ketua Umno bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort berkuatkuasa serta merta Sabtu lalu.

Bagaimanapun, beliau masih kekal sebagai timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan dan ahli Umno.-MK

36 comments:
Write comments
  1. Datuk Tg Adnan ygdidapati brsalah oleh Lembaga Disiplin UMNO kerana trlibat rasuah/politik wang tu ker?

    ReplyDelete
  2. Lepaskan saja liabiliti dalam parti.

    ReplyDelete
  3. Lajim belum lepaskan semua jawatan ka? Cakap sanggup kehilangan gaji 20K..

    ReplyDelete
  4. baik Lajim keluar saja, tak perlu tunggu dipecat.

    ReplyDelete
  5. UMNO tak perlukan ahli yang tidak setia, jadi baik lajim keluar saja.

    ReplyDelete
  6. Biro disiplin akan menuntut kenyataan Lajim.

    ReplyDelete
  7. Lajim hanya mahu meraih simpati rakyat Sabah saja.

    ReplyDelete
  8. Memang niat untuk keluar parti.buat apa tunggu lagi??

    ReplyDelete
  9. Jika mau keluar parti, keluar saja Lajim, jangan banyak cerita.

    ReplyDelete
  10. Lajim tiada pendirian, lebih baik beliau buat keputusan dengan segera.

    ReplyDelete
  11. Banyak alasan saja di beri oleh Datuk Lajim ini.

    ReplyDelete
  12. Bagus Datuk..kerana yangbodoh shj akan kekal brsama BN/UMngok dan yg cerdik barsama PR

    ReplyDelete
  13. Umno menggalahkah! itu perlembagaan umno perlemgagaan negerakah? kita demokrasi, kalau org keluar parti yg sudah rosak, tiam2 ja lah. Dulu 2 org adun Perak keluar tuboh krjaan BN negeri bilang demokarasi. dont to be champion man.

    ReplyDelete
  14. KJ n isa samad [ex N9 MB] pun masih lugai2, disiplin parti haprak???

    ReplyDelete
  15. kali ini rakyat sabah mesti pintar biarlah jangan undi calon2 macam robot apa yg di cakap mau saja yg penting kantung berisi. orang bilang 'sudah terang lagi bersuluh'suda nampak yg tidak betul berlaku di sabah buat inda tau saja...bikin sakit hati ! apa yg kamu nampak keindahan sabah itu hanya' SKRIN SABER ' saja...

    ReplyDelete
  16. Kalau sudah tidak sama haluan, keluar sahaja dari BN.

    ReplyDelete
  17. Lajim harus belajar dari Bumbering untuk membuat keputusan dengan cepat.

    ReplyDelete
  18. Kes rasuah lajim masih dalam siasatan.

    ReplyDelete
  19. Lajim harus keluar dan teruskan perjuangan. Keadaan kini seolah mempromosikan dirinya.

    ReplyDelete
  20. jelas Lajim nak keluar dari BN, cuma belum membuat pengumuman sah sahaja.

    ReplyDelete
  21. kenapa pula Lajim nak tunggu sehingga dipecat?

    ReplyDelete
  22. Lajim minta dipecat. macam harap simpati pula.

    ReplyDelete
  23. BN Sabah harus terus fokus untuk menunaikan tanggungjawab kepada rakyat.

    ReplyDelete
  24. biarlah Lajim tu..jangan pula nanti dia menyesal.

    ReplyDelete
  25. Lajim memang patut keluar kerana BN perlukan ahli yang benar-benar setia saja.

    ReplyDelete
  26. mana-mana parti pun akan ada ahli yang keluar dan ada yang masuk. itu lumrah.

    ReplyDelete
  27. Harap Lajim berpuas hati dengan tindakakn yang diambil oleh beliau.

    ReplyDelete
  28. Selamat Maju jaya untuk Lajim.

    ReplyDelete
  29. Lajim perlu menjawab surat tunjuk sebab tersebut dalam tempoh 14 hari untuk dipertimbangkan tindakan seterusnya sebagaimana tertakluk dalam Perlembagaan Umno. Diharapkan beliau akan mengikuti prosidur perlembangan parti.

    ReplyDelete
  30. Kalau mahu keluar, keluarlah segera, jangan main wayang kulit lagi.

    ReplyDelete
  31. Tidak boleh memandang ringan tindakan Lajim Ukin mempersenda kepimpinan dalam Umno.

    ReplyDelete
  32. baguslah juga Lajim keluar sekurangnya mengurangkan beban BN Sabah.

    ReplyDelete
  33. Jika boleh teruskan usaha yang baik. Tidak perlu membuang masa memikirkan masalah Lajim ini.

    ReplyDelete
  34. Sebab kenapa Lajim meninggalkan UMNO kerana inginkan kerusi yang lebih tinggi daripada sekarang ini. Itulah janji Anwar kepada beliau.

    ReplyDelete
  35. Anwar sedar mengatur startegi untuk menarik lebih ramai penyokong daripada atasan BN.

    ReplyDelete
  36. Jangan tunggu lagi Lajim. Terus saja keluar dan tidak perlu lagi tunggu kena tendang. Kenapa malu digelar sebagai raja Katak mengantikan Jeffrey.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.