Saturday, July 28, 2012

Lagu Propaganda 1Malaysia Jadi Lagu Tema Hari Merdeka

Selepas kontroversi slogan Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 ‘Janji Ditepati’ yang didakwa hanya untuk meraih sokongan kepada Barisan Nasional (BN), kini lagu temanya turut menimbulkan persoalan yang sama.

Lagu ‘Janji Ditepati’ yang dimuat naik dalam laman video sosial YouTube mengandungi lirik ‘Janji sudah ditepati, Kini masa balas budi’.

Lirik lagu 3:35 minit itu turut memuatkan baris ayat ‘Ini janji kita BR1M 1Malaysia’, ‘Kata kita dikota ‘, dan ‘Kedai 1Malaysia’.

Macam malam ikut siang
macam bulan ikut matahari
1Malaysia terus berjuang
Janji Kita ditepati
Kata Kita dikota
Janji Kita ditepati
Hidup Rakyat Dibela
Masa Depan Diberkati
Janji sudah ditepati
Kini masa balas budi
(Chorus)
Janji siapa? Janji kita
Janji APa? Janji 1Malaysia
Janji Siapa? Janji kita
Janji Apa? Janji 1Malaysia
Ini janji kita BR1M 1Malaysia
Ini janji 1Malaysia
BR1M 1Malaysia
Kata kita dikota
Kini 1Malaysia Janji kita ditepati
Kedai 1Malaysia


Manakala klip video tersebut memaparkan beberapa keping gambar slaid program 1Malaysia termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Baucar Buku 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik Bergerak 1Malaysia, serta Skim Amanah Rakyat (Sara) 1Malaysia.

Slogan ‘Janji Ditepati’ sebelum ini mendapat reaksi negatif terutamanya Pakatan Rakyat yang mendakwa ia tidak menggambarkan kepentingan seluruh rakyat Malaysia dan hanya untuk meraih undi untuk pilihan raya.

Pakatan Rakyat sehubungan itu memberi tempoh masa seminggu kepada kerajaan menukar slogan itu sebelum mencadangkan satu tema lain yang lebih inklusif untuk semua.

Namun Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dalam reaksinya berkata bukan satu kesalahan menggunakan slogan “Janji Ditepati” sebagai tema kerana ia sememangnya mencerminkan komitmen kerajaan BN menunaikan janji-janjinya. -FMT


23 comments:
Write comments
  1. Harus ada garis panduan penggunaan 1Malaysia. Kalau tidak 1Malaysia ini menjadi bahan ketawa saja. Misalnya dalam laporan akhbar tempatan hari ini pihak Jabatan Kastam Sabah merampas mercun yang ada lambang 1Malaysia. Ertinya 1Malaysia itu menjadi bahan ketawa orang. Mungkinkah lepas ini ada pengilang arak keluarkan arak 1Malaysia, Dadah 1Malaysia, rumah urut 1Malaysia dan sebagainya?

    ReplyDelete
  2. last sekali undi BN,jahanam 1 Malaysia

    ReplyDelete
  3. ada lagi tayang video lucah 1Malaysia

    ReplyDelete
  4. semua lagu2 ciptaan umno malu mbah nak dengar. Ndak mau dangar pasang jer radio terus ada lagu2 itu mbah. Bila aku dangar liriknya..adooii mengampu banyak. Hakikatnya KOSONGG KOSONGGG.
    Satu lagu ayatnya..TERIMA KASIH MALAYSIA. Kenapa kita kena terima kasih pd Malaysia. Patut Malaysia kena tarima kasih mbah sebab dia maju kerna kita maju kannya. Yang sabanarnya, terima kasih UMNO. Ohh No No.

    **Raja Suluk.

    ReplyDelete
  5. Mkn di Semananjung Malaysia diorg blh katakan janji ditepati, tapi cuba dorg pi sabah n sarawak. Slogan tu langsung tak blh pakai... apa lagi rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan,,, cuba geng datang ke sabah n tanya org sabah.. apa janji BN /Umno yg telah ditepati... semuanya cakap kosong.. bohonggggggg..........

    ReplyDelete
  6. betul2.. aku sokong.. Umno mana pernah terapkan psl agama pd anak2 muda.. x abis2 maksiat mcm AF, konsert dll.. maka janji Umno mmg ditepati utk melahirkan pemuda Umno yg kurg ajar mcm diorg ni..

    ReplyDelete
  7. "janji sudah ditepati, kini masa balas budi"
    Dia yg buat janji supaya nak jadi pemerintah..dah jadi pemerintah kena la tunai janji..apahal nak suruh balas budi?Gaji dibayar suma free..siap makan tepi lagi..anak kaya..bini kaya 7 keturunan dia kaya dengan harta negara..
    Jangan cakap pasal BALAS BUDI ..jangan ingat kami ni HAMBA..dan korang tu TUAN...
    Puihhhhh!!!!
    RAsa Terhina sungguh aku!!!!! Dia buat aku macam org bodoh!

    ReplyDelete
  8. Saudara Pengarang,

    SEBAGAI rakyat Malaysia di alaf Transformasi, saya amat kesal dengan sikap Jawatankuasa Sambutan Perayaan ke 55 tahun Kemerdekaan Malaysia kerana memilih logo setaraf 'Pembantu Rumah' atau 'Pra-Sekolah'.

    Tidak tahu di mana silapnya, seolah-olah semua ahli jawatankuasa termasuk Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Mohd Rais Yatim tidak pernah melihat laman web http://pmr.penerangan.gov.my/ yang memaparkan logo sambutan sambutan hari kemerdekaan sejak 1976 sehingga 2011.

    Saya lebih terkejut apabila melihat video di ( Youtube ) yang mendakwa logo Kemerdekaan 55 boleh disiapkan tidak sampai 5 minit, malah hanya 3 minit sahaja menggunakan Adobe Photoshop atau Microsoft Word.

    Persoalannya, apakah yang ingin disampaikan Menteri dan Jawatankuasa Sambutan Hari Perayaan Kemerdekaan Ke 55 Malaysia ketika Perdana Menteri mendapat keyakinan rakyat melalui pelbagai transformasi?

    Sewajarnya, logo Kemerdekaan Ke 55 dicipta selari dengan hasrat Perdana Menteri yang digelar 'Bapa Transformasi' dan bukannya melakukan transform logo yang sudah basi di minda rakyat.

    Semoga di tahun yang akan datang, sewajarnya logo hari kebangsaan dilukis atau dicipta oleh 'Kanak-Kanak Tadika' dan 'Orang Buta' kerana mereka mungkin lebih kreatif dan artistik daripada pencipta logo Sambutan Hari Kebangsaan Ke 55.

    ReplyDelete
  9. Maklumlah pak menteri ini mentaliti budak tadika. Kan orang bijak pandai tak mahu lagi menyertai UMNO.

    ReplyDelete
  10. RUMAH PERSUNDALAN 1MALAYSIA!!!

    ReplyDelete
  11. Rupa2nya lagu yg Pak Rais ciptakan ni ilham rasa dr lagu rap Yesus Is King. Antara bait2 ayat adalah Tuhanku Maha Besar, Tidak Trgoyah, Berkuasa..bla bla bla tapi akhirnya..Yesus Is King.

    ReplyDelete
  12. Biarlah kemerdekaan disambut dengan rasa muhibah.

    ReplyDelete
  13. Seeloknya, janganlah mempolitikkan hari kemerdekaan.

    ReplyDelete
  14. Memang tema pun sudah berbaur politik.

    ReplyDelete
  15. Semangat kemerdekaan perlu ada

    ReplyDelete
  16. Janji ditepati kini masa untuk balas budi..

    ReplyDelete
  17. yng pentng ada semangat kebangsaan dalam diri kita.

    ReplyDelete
  18. Jika boleh lirik lagu itu biarlah lebih kepada perpaduan antara kaum.

    ReplyDelete
  19. Harap hari merdeka kita pada tahun ini akan lebih meriah.

    ReplyDelete
  20. Ada dakwaan bahawa lagu Kemerdekaan Janji Ditepati ini diciplak dariapda lagi gereja Indonesia, diharapkan dakwaan ini akan disiasat.

    ReplyDelete
  21. Semoga isu sambuatan kemerdekaan ini tidak akan dipolitikkan oleh pihak pembangkang, kita hanya mahu mengingati hari Merdeka Malaysia dengan gembira.

    ReplyDelete
  22. Semoga janji yang diberikan seharusnya ditepati.

    ReplyDelete
  23. Sebelum ini logo jadi isu Pembangkang. Sekarang ini pula Lagu tema kemerdekaan lagi.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.