Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekreteriat Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya pada sidang media di Kompleks Karangkraf semalam menolak budaya fitnah yang dilakukan oleh blogger pro Umno, Papagomo.
Beliau yang menjelaskan pendirian tersebut ketika menjawab pertanyaan pemberita berhubung budaya fitnah yang dilakukan oleh blogger pro Umno itu yang sentiasa menjadi topik utama kepada media pro kerajaan dalam usaha meraih sokongan undi.
"Saya katakan secara prinsip tidak setuju dengan bentuk fitnah dan provokasi yang dilakukan.
"Sewajarnya kita perlu perbetulkan dan memperbaiki keadaan, perlu bekerjasama dalam mengurangkan budaya melontar persepsi tanpa fakta dan bukti," jelasnya selepas program debat anjuran Sinar Harian.
Tambahnya lagi, didikan perlu dilakukan dalam membuat analisa sebelum menjatuhkan hukum.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan memberitahu mewujudkan budaya debat seperti ini adalah satu budaya yang sihat.
"Untuk buat budaya baru seperti debat ia perlu ada keberanian kerana politik tanah air bermula pertembungan yang sangat sengit.
"Walaupun kami berbeza pandangan dalam dunia politik kami tetap saling hormati menghormati," katanya.
Katanya lagi, budaya debat walaupun hujah itu kadang kala hangat serta tajam namun ia tetap menunjukkan satu kebaikan dalam mencari penyelesaian dalam setiap pandangan.
"Dengan debat secara terbuka kita dapat mengurangkan budaya lempar batu sembunyi tangan.
"Menuduh seseorang dengan pelbagai fitnah tanpa fakta tetapi tidak mahu bertanggungjawab terhadap tuduhan yang dilakukan itu," sambung beliau lagi.
Dalam pada itu, Fathul Bari memberitahu beliau telah menasihati blogger pro Umno yang telah menyebarkan fitnah tanpa asas terutamanya penyebaran video yang mengaibkan seseorang individu.
"Perkara yang melangkaui persepsi fitnah seperti penyebaran video yang mengaibkan memang kami tidak bersetuju.
"Yang salah tetap salah dan kami sentiasa membuat teguran," jelas beliau lagi.
Sebelum itu kedua-dua mereka telah bersama-sama dalam program debat yang bertajuk 'PRU13: Orang Muda Pilih Siapa' anjuran Sinar Harian yang dimoderatorkan oleh Prof Datuk Mohamad Abu Bakar dari Universiti Malaya. -HD
Saturday, July 21, 2012
Ulama Muda Umno tolak fitnah blogger Umno
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
faham ustaz..insyaalah kami diam & ikut. assalamualaikum
ReplyDelete***umno boy
nampak elok pula bantahan mcm ini. kwn2 kata ustad adalah ulama upahan. ulama terompah kayu. ustad tak malu kah?
ReplyDeleteustad, mb nik aziz kata umno tak islam sbab tak buat hudud.. tak tau perintah negeri & tak maju takpa asalkan sokong hudud. pd saya, BN tetap bawa pembangunan termasuklah ke kelantan. duit mahupun gaji ambik sebab itu tanggungjawab BN jg.. tapi pangkah & sokong bulan!! napa ustad sokong umno? ustad nak masuk neraka? orang2 pas kata ustad dibayar 20 ribu sebulan untuk sokong umno.
saya dan isteri takut jika tak pangkah pas. nanti kami dituduh macam-macam sbab aqidah tak betul! lagipun hanya parlimen dan DUN. nak tanya pemimpin pas, tak dapat. bersolat hajat menjatuhkan kerajaan kafir laknatullah..lepas ceramah berapi2, mereka makan & pulang. tiada sesi dialog macam umno.
setakat ni dah 2 kali saya dan isteri pangkah pas sebab ditakut2kan hudud. isteri nak jadi muslimah, tapi tak jadi bila rukun keahlian pas yang baru meminta ahli2 yakin bahawa semua perjuangan islam adalah hanya melalui pas. org pas - jangan baca langsung akhbar2 perdana kerana ia dakyah kerajaan. baca harakah, roket, malaysiakini, sabahdaily dll yg sokong PR. bukankah media yg dibenar BN itu rata2 lagi teruk fitnahnya?
umno/BN banyak jasa terutama menjaga kebajikan, mendengar keluhan org miskin, mengiktiraf org pandai/ cerdik, menepati janji, mendaulatkan islam dan melahirkan generasi idealisme termasuk pemimpin muda pas! banyak U dibina dlm memandaikan rakyat. malah, gaji saya dan guru2 yg membangkang di sekolah saya ni pun, kerajaan BN yang usahakan & bayar menepati masa dan jumlahnya tepat! kami cucuk ATM je tiap2 bulan.
nik aziz kata ia halal lagipun kerajaan BN soh jg kami berkerja & tetap bayar gaji kami. kawan2 yg PR mmg negatif, marah2, memaki hamun, tak suka mengajar sebab mereka cenderung memandang buruk dan berkempen memburukkan lagi BN setelah ucpn nik aziz tu.bila ada ceramah PR, kami pergi ramai2. ajak ibu bapa jg. balik lewat mlm.
tapi saya gerun bila nik aziz bertegas kata umno kafir sebab tak mau hudud. bukankah UMNO (rujuk kenyataan muhyiddin) dah beri kebenaran buat hudud dan BN akan beri autonomi? nik aziz kata malaysia negara sekular. saya rasa PR lagi sekular apabila baca dokumentasi buku jingganya.
kenapa hudud masih tak berjalan di negeri2 PR. rupanya nik aziz BERDENDAM nak menjatuhkan BN dan melaksana hudud seluruh malaysia dgn PR. dlm hati saya tertanya jg, kenapa tak minta baik2 dgn UMNO? najib amat menghormati pendapat org dan sentiasa mahu menolong!! bantuan yg dihulurnya sentiasa tidak terhad.
tapi kenapa negara2 lain mendakwa islam pada allah tak buat hudud? contohnya brunei, nigeria,turki, mahupun mesir tak ada hudud dlm peraturan/perlembagaannya
kadang2 saya tertanya negara2 mcm ni dapat msuk syurga ke atau tak? tapi saya masih tak dapat tanya atau berbincang.. so, ustad jwb ye? jawab secara berceramah pun takpa sebab saya sentiasa melayari laman web.
saya yakin dgn umno yg sederhana, buat kerja tapi saya + isteri gerun dgn dakwaan2 baru pas.. malaysia sekular, UMNO tolak hudud, kronisme, zalim, firaun. ahli2nya amat tertutup minda & beremosi. ya allah berilah petunjukMu di bulan ramadhan ini.
**atas pagar yg islam
Fedlot dan lupus hutang tajudin bukan kronisme?
ReplyDeleteSelain Abdullah, turut menyerahkan borang keahlian lagenda bola sepak Kelantan yang juga pemain Olimpik 1972, Salleh Ibrahim dan Kamarudin Abdullah yang juga pemain kebangsaan.
ReplyDeleteAbdullah yang juga bekas Pewngurus Petronas (Dagangan), berkata dengan rasuah, ketidakdilan yang berlaku dan kerajaan yang dipimpin Umno dan BN tidak ada sebab untuknya menyertai parti itu.
“Saya yakin dengan perjuangan PAS yang memperjuangkan Islam, dengan dasar perjuangannya, dengan model yang ditonjolkan oleh pemimpinnya membuatkan saya yakin inilah parti yang wajar diberi sokongan,” ujarnya.
Abdullah juga turut berhasrat untuk turun berkempen pada pilihanraya umum nanti di seluruh negara sekiranya beliau diperlukan oleh parti.
“Insyaallah saya bersedia turun membantu untuk berkempen,” ujarnya.
SUDAH 9 hari, sure heboh satu Sabah dan 1Malaysia dengan 'Skandal Seks' seorang Pembantu Menteri dalam 'Kabinet April Fool Datuk Musa Aman' dengan seorang Ketua Puteri UMNO di Bahagian Utara Sabah sehingga sampai ke pengetahuan Perdana Menteri Malaysia yang telah dipaparkan oleh Sabahdaily, sehingga sekarang tiada apa-apa berita lagi.
ReplyDelete"Entah badi apa yang menimpa Pergerakan Puteri UMNO yang sebelum ini digelar sebagai ‘Geisha’ oleh beberapa Veteran UMNO kerana malang yang menimpa berulang-ulang. Dimulai dengan Skandal Ketua Puteri yang ‘Lesbo’, ditambah dengan Ketua Puteri yang merampas suami orang dan bersekedudukan sebelum bernikah; diperlecehkan dengan yang mati kerana menggugurkan kandungan anak luar nikah di Indonesia dan terkini menjalinkan hubungan sulit dengan Pembantu Menteri yang sebelum ini adalah orang penting dalam UMNO." Tulis Perisik Sabahkini.net dalam media tersebut.
"Mungkin kerana kemaruk cinta, Pembantu Menteri UMNO ini telah menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada kekasihnya tanpa mempedulikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Lembaga Hasil Dalam Negeri sedang memerhatikan gerak gerinya kerana beliau masih mempunyai kes yang belum selesai dengan kedua agensi penting berkenaan.
adalah lagi barua umporno nak cetus isu kafir mengkafir, Masalah nya PAs tak kata tapi barua umngok kata PAS yg kata. kah kah kah.
ReplyDelete***dlm pagar islam
walfitnatu ashaddu minal khotr. elok2lah berkelakuan dlm ramadhan al mubarak ini..rukun puasa apa dia? yg bukan muslim pun kena hormati bulan ramadhan yg mulia ini. sama2 kita jaga hati, percakapan, minda, deria & amal. wsslm
ReplyDelete*bersatu, bersetia, berkhidmat
1- Tiga (3) Salinan Bertajuk (Aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) (SPRM)
ReplyDelete2- Enam (6) Salainan Surat Akuan Bersumpah
Bagi barang rampasan pertama, polis tandakan sebagai 'N1 - N3'.
Bagi barang rampasan kedua, polis tandakan sebagai 'N4 - N9'.
Nota: Nantikan ulasan Uncleseekers di SINI, bagaimana tidak kurang daripada 7 buah kereta polis "serang handap"nya di Plaza Tol Senawang. Perjanjian Uncleseekers untuk bertemu pegawai SPRM di Plaza Tol tersebut, tetapi yang hadir adalah anggota polis berpakaian preman!!! Hebat SPRM!!!
Suruhanjaya Perancang Rasuah Malaysia (SPRM)
'Umum berpendapat perubahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menghasilkan keputusan diharapkan, sebaliknya lebih banyak kepincangan agensi itu ...
Suruhanjaya Pembutuhan Rasuah Malaysia
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka sebanyak 20 kertas siasatan dan penyiasatan serta lima kertas pemeriksaan dan perundingan, hasil daripada Laporan Ketua Audit Negara 2008 yang ...
Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan diselar atas tindakannya berbohong ketika berdebat dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahya Khamis lalu.
ReplyDeleteKetua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, Mohd. Razlan Mohd. Rafii berkata, tindakan Nasrudin memutarbelit fakta, terutama berhubung kompromi Pengerusi DAP, Karpal Singh terhadap hukum hudud adalah serius dan menuntut penjelasan sewajarnya.
"Nasrudin membuat penipuan terbuka, kononnya pakatan pembangkang menerima hukum hudud padahal pendirian Karpal diketahui umum sebagai pembantah utama hukum tersebut, dia sememangnya tidak akan berganjak.
"Kata Nasrudin, itu pendirian Karpal dua puluh tahun lalu, sekarang sudah berubah. Ini merupakan pembohongan sangat besar kepada rakyat negara ini," ujarnya
Insaf dengan nasib dan masa depan orang Melayu di Pulau Pinang, seramai 42 ahli Pas dari Kampung Bakau Tua dekat Penaga di sini mengambil keputusan keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO hari ini.
ReplyDeleteTindakan itu diketuai Mohd. Subhie Yaakob, 50, yang turut digelar Mat Sabu Bakau Tua yang mengakui Pas kini terperangkap dengan permainan politik DAP yang ingin menguasai negara ini.
Menurut Subhie, dia telah lama memikirkan mengenai nasib orang Melayu yang sering ditindas oleh pentadbiran DAP namun hanya kini dia memiliki kekuatan untuk keluar daripada Pas dan berjuang bersama-sama UMNO.
"Tindakan saya ini tidak dipengaruhi oleh sesiapa malah tidak dijanjikan apa-apa oleh UMNO namun menyedari hanya parti keramat orang Melayu ini yang mampu menjaga masa depan orang Melayu.
"Oleh itu saya mengambil keputusan untuk keluar daripada Pas dan menyertai UMNO serta menyokong Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang untuk merampas kembali Pulau Pinang," katanya yang menjadi ahli Pas sejak 40 tahun lalu.
Subhie menyerahkan borang kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Penaga, Datuk Azhar Ibrahim pada majlis yang turut dihadiri Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO.
Subhie menambah, tindakan itu juga tidak dipengaruhi dengan kemelut yang melanda Pas melibatkan Datuk Dr. Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa dengan pimpinan dalam Pas.
Sementara itu, Reezal Merican berkata, penghijrahan 42 ahli Pas tersebut adalah susulan daripada penyertaan 37 pemuda Pas ke dalam UMNO dua bulan lalu.
"Penghijrahan ahli Pas ke dalam UMNO hari ini bukannya modal untuk kita mendabik dada dan berbangga namun memberi kesedaran bahawa ada sesuatu yang tak kena di dalam parti yang kononnya memperjuangkan Islam dan Melayu itu.
"Senario ini adalah 'kesan bebola ais' yang akan menarik lebih ramai ahli Pas untuk menyertai UMNO pada masa depan dan mengukuhkan kedudukan kita menjelang pilihan raya nanti," ujarnya.
Tambah beliau, senario itu juga membuka ruang kepada UMNO Kepala Batas dan Pulau Pinang untuk kembali menjadi kubu kuat parti itu pada pilihan raya umum akan datang.
MUTAKHIR :-Pengerusi DAP, Karpal Singh menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang / sesiapa sahaja berhenti mengeluarkan kenyataan bagi pihak Pakatan Rakyat.
ReplyDeleteKarpal berkata, Abdul Hadi tidak berhak berbuat demikian terutama ketika menyatakan pakatan itu akan melaksanakan hudud jika berkuasa.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu juga berkata kenyataan Abdul Hadi adalah retorik semata-mata dan tanpa sebarang justifikasi. Tiada PAS diumumkan kami sebagai dominan dalam PR.
"Amat dikesali akhir-akhir ini Hadi atau pemimpin-pemimpin PAS yang lain kerap mengeluarkan kenyataan dan kemudian terpaksa menariknya kembali. Saya telah katakan sebelum ini, dan saya katakan sekali lagi bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana ia jelas bercanggah dengan Perlembagaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Agak-agaknya kenapa ahli-ahli Pemuda Pas yang hanya berdiam diri apabila Ketua Pemuda mereka, Nasharuddin Tantawi ditempelak serta dinafikan kebenaran kata-katanya oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh berkenaan hudud ketika debat beliau menghadapi Sekretariat ILMU, Ustaz Fathul Bari baru-baru ini.
ReplyDeleteKetua Pemuda Pas, Nasharuddin Tantawi baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa Karpal setelah bergabung dengan Pas dalam Pakatan Pembangkang sudah mula bersikap lembut terhadap pendirian Pas untuk melaksanakan hukum hudud, ketika debat beliau bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU) Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya baru-baru ini.
Bagaimanapun, selang beberapa ketika selepas itu, Karpal secara terbuka membidas Ketua Pemuda Pas kerana memandai-mandai mengatakan bahawa pendiriannya terhadap perlaksanaan hukum hudud dan Islam sudah berubah dan Karpal tetap menegaskan bahawa pendirian beliau terhadap hudud tidak berubah sejak 20 tahun lalu.
Jadi tidak hairanlah mengapa Karpal begitu berani dan dengan selamba mahu mengkritik secara terbuka mana-mana pemimpin Pas baik dari peringkat tertinggi sekalipun, kerana Karpal tahu Pas tidak akan berani untuk menyanggah kenyataannya itu.
Pas sedar atau tidak, bahawa Karpal sebenarnya sudah menghidu kelemahan Pas iaitu MATLAMAT PERJUANGAN PAS YANG KINI LEBIH KEPADA KUASA POLITIK, DAN BUKAN LAGI PERJUANGAN IKHLAS YANG MAHU MENEGAKKAN ISLAM SEMATA-MATA.
Bagi Pas hari ini, HUDUD DAN NEGARA ISLAM KINI HANYA TINGGAL RETORIK YANG PERLU DIULANG-ULANG UNTUK MENYAKINKAN RAKYAT BAHAWA PAS TETAP MEMPERJUANGKAN ISLAM, sedangkan hakikatnya perjuangan negara Islam sudah lama Pas tinggalkan.
Sebab itu ramai ahli dan pemimpin Pas di peringkat tertinggi meninggalkan Pas kerana sudah merasa kecewa dengan perjuangan Pas hari ini. Ada di antara ahli-ahli dan pemimpin Pas yang ditemuinya, mengambil keputusan untuk keluar dari Pas dan ada juga yang masih ahli Pas, namun mereka sendiri tidak yakin dengan kesungguhan kepimpinan Pas hari ini untuk menegakkan negara Islam.
Pas hari ini di dalam Pakatan Pembangkang dilihat sebagai jemaah yang tidak berani bersuara dan lebih kepada sanggup buat apa saja kerana kuasa. Pas dibuli sesuka hati oleh DAP. Semua ini berlaku apabila Pas membuat keputusan untuk bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Pembangkang menyebabkan Pas menjadi parti bacul dan penakut untuk bersuara.
Pas sanggup korbankan prinsip perjuangan negara Islam yang sejak sekian lama menjadi matlamat mereka sebelum ini, untuk menjaga hati dan mendengar nasihat dua rakan politik berfahaman liberal mereka itu.
Jadi, bagaimana kita mahu memberikan amanah kepada Pas dan juga Pakatan Pembangkang untuk menjaga dan memelihara maruah Islam, Bangsa Melayu dan Tanahair ini, apabila mahu bersuara dan mempertahankan parti sendiri daripada dihina dan dicerca pun tidak mampu mereka lakukan.
Marilah kita beramai2 berada atas kapal islam ( PAS). Takut nanti badai kuat dtg yg tak mampu diharung oleh bahtera umno lalu karam kita semua dlm kegelapan umno. Ikuti contoh Nabi Nuh yg mana seluruh keluarga beliau mati lemas dlm ribut taufan dan badai Allah kerana kedegilan peringatan Nabi. Kepincangan UMNO melalui BN yg menolak mentah2 hukum Allah WAJIB dijauhi.
ReplyDeleteMereka sanggup memfitnah liwat kpd seseorg demi mengekalkan kuasa mereka utk menipu rakyat kebanyakan. Mereka brjaya mengelabui mata rakyat utk mencaci ulama dan agama islam malah golongan ulama' mula didekati oleh non-muslim. Itu lah tanda kemuliaan islam dan ulama' .
Biarkan suara2 syaithan bergema mencaci islam kerana mereka kelak akan dihumban ke neraka jahanam dgn tangan disita kbelakang. Hidup mesti dteruskan utk mendaulatkan agama yg selama ini dcerca oleh 'agamawan' umno.
Yg penting lagi..perjuangan utk menumbangkan BN harus digiatka agar urusan PATI dan ic palsu kepd warga asing yg kelak digadaikan maruah bangsa oleh UMNO dpt dibentras sepenuhnya. Harus ada usaha murni utk menyedarkan melayu agar tidak trtipu oleh permainan kotor UMNO
jgnlah salah guna media untuk memfitnah dan memburukkan orang lain.
ReplyDeletewalfitnatu asyaddu minal khotr.."Jgn Kita Bersama UMNO utk lakukan fitnah."
ReplyDeletebila lagi mahu kenakan tindakan pada blogger yang suka memfitnah ni??
ReplyDeleteSalah tetap salah walaupun dalam parti politik yang sama sebab semua ajaran agama tiada yang menghalalkan fitnah.
ReplyDeleteSokong PAS boleh masuk syurga ke?? Sokong PAS nama boleh tersenarai ke?? Ramai artis yang masuk PAS. Sebab PAS memperjuangkan Islam. Betul ke?? Tapi nak juga tengok Kelantan laksanakan Hukum Hudud.
ReplyDeleteOrang yang menabur fitnah sesiapa saja la pasti akan menerima balasan.
ReplyDeleteMenfitnah tu kan dosa. Tak sedar2 lagi ke?
ReplyDeleteSesiapa saja tidak kira fahaman politiknya patut dikenakan tindakan jika didapati menfitnah
ReplyDeleteFitnah sudah semestinya tidak akan disokong sama sekali. Jadi janganlah kita percaya sangat dengan fitnah yang dipermainkan.
ReplyDelete