Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengecam sikap berdolak dalik Perdana Menteri terhadap apa yang dijanjikan kepada rakyat.
Terbaru, setiausaha media SMM, Ahmad Shukri Kamarudin telah disiasat bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 berhubung beberapa komentar beliau mengenai apa yang didedahkan oleh blogger 'Uncle Seekers' di laman sosial 'Facebook' dan 'Twitter'.
Pengerusi SMM, Safwan Anang berkata keterbukaan dalam memberi pandangan adalah dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 10.
“Namun, inilah sebenarnya hakikat yang berlaku dalam negara kita walaupun hanya mahasiswa yang bersuara maka ia sudah dikira mengancam keselamatan dan keamanan negara,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, berbeza pula dengan situasi 'jerung-jerung besar' yang bersuara tidak pula dikenakan apa-apa tindakan berbanding mahasiswa yang sering teranaiya oleh akta-akta yang menyekat kebebasan mahasiswa untuk bersuara.
Beliau berkata, akta baru pula yang bakal mengganti akta Hasutan 1948 ini sudah pasti satu lagi babak penting dalam karier politik regim pemerintah sedia ada bagi mengekalkan kuasa mereka.
Katanya, mahasiswa masih ragu dengan apa yang dijanjikan oleh parti pemerintah lebih-lebih lagi sejak situasi semasa yang menghampiri pilihanraya umum ke-13.
“Kami di peringkat Solidariti Mahasiswa Malaysia sudah berasa muak dengan janji-janji manis kerajaan yang kononnya mahu menunjukkan keterbukaan mereka dalam mendengar hasrat rakyat seperti pemansuhan ISA dan Akta Hasutan,” ujarnya.
Namun, katanya ternyata mereka hanya pandai menabur janji-janji retorik dan rakyat mula bangkit menilai apa yang mereka lakukan.
“Bebaskan mahasiswa bersuara dan hentikan kezaliman yang berlaku kepada tahanan ISA! Mahasiswa seru agar semua rakyat terus bersolidariti!” katanya lagi.
-HD
Saturday, July 14, 2012
Mahasiswa muak janji mansuh ISA, ganti akta
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bukan kerajaan yang berani mansuh akta ini , bahkan rakyat dan pembangkang lebih dulu berani kerana lawan akta ini sehingga didakwa dan dipenjara. Rakyat M'sia perlu bersyukur kerana Allah SWT anugerahkan keberanian kpd pejuang2 kebenaran dan keadilan dalam negara ini. Setelah 55 tahun UMNO perintah gunakan segala akta bagi mereka terus kebal berkuasa. Semoga rakyat M'sia berbahagia jalani kehidupan apabila rakyat sepakat dalam PAKATAN RAKYAT. Percayalah selagi UMNO amalkan Amar makruf , Amar mungkar , buatlah apa sekali pun selagi ianya bertentangan dgn tamaddun manusia dan ajaran Islam , UMNO wajib musnah. Itulah janji Allah pemilik segala.
ReplyDeletealamak tpm pun bekas anak cikgu lagi gok pulak.... kalau dimansuhkan tanpa sebarang akta lain itu dinamakan melaungkan tranformasi tapi dimansuhkan lepas tu ganti akta baru apa guna gok... Walau apa pun tak salahh kerajaan BN ditukarkan dan bagi PR untuk memerintah selama 2 penggal kalau mereka tak guna macam BN dah tak relavan kita ganti BN semuala lah.....
ReplyDeleteSkeg buat apapun rakyat ketawakan umno. Semua ada udang disebalik batu dan berpura-pura saja. Dah terlanjur baru nak tunjuk baik...umpama budah jahat yang selama ni buat jahat, bila tertangkap dan terkantoi baru nak tunjuk baik konon. Siapa nak caya???? hehe
ReplyDeleteKerajaan kena kotakan janji mereka.
ReplyDeleteSetiap perlakuan perlu ada batasnya.
ReplyDeleteDiharapkan pembubaran ISA dan akta hasutan akan dilaksanakan seperti apa yang dijanjikan kepada rakyat.
ReplyDeleteSemoga kerajaan akan bertindak secepat mungkin.
ReplyDeleteISA [baru] akan lebih khawww!!!
ReplyDeleteMana ada kebebasan yang mutlak. Pasti aka batasnya juga.
ReplyDeleteBebas berusara asalkan tidak bercakap tentang keburukan orang lain dan mempengaruhi orang lain untuk mempercayai cerita tersebut.
ReplyDeletekebebasan bersuara pun kena ada hadnya.. kita bukan boleh buat sesuka hati.
ReplyDeletekebebasan tertakluk juga pada undang2. bukankah ISA kini sudah dimansuhkan??
ReplyDeleteBukankah ISA sudah dimansuhkan
ReplyDeleteM'sia masih ada undang2. Kebebasan masih lagi dalam undang2.
ReplyDeleteMengenai isu ISA ini telah dijanjikan akan dimansuhkan. Mesti akan dimansuhkan juga nanti itu.
ReplyDeletemahasiswa ni sibuk saja pasal politik.. patut la ranking universiti di Malaysia ditangga tercorot.. sebab mahasiswanya juga mempunyai peikiran yang tercorot..
ReplyDeleteapa pula pandangan SMM terhadap mahasiswa yang membuat ancaman bunuh terhadap pemimpin2 kerajaan?? mahu perkara itu benar2 berlaku?? bengap sangat la mahasiswa sekarang ni..
ReplyDelete