Tuesday, July 31, 2012

Bekas pegawai kanan Kementerian Pertanian masuk PAS

PAS Negeri Sembilan menerima suntikan semangat baru apabila bekas pegawai kanan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Mustapah Mohd Omar menyertai PAS secara rasmi kelmarin

(Mustapah menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS kepada Mohamad Sabu)

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Kawal Selia Air Selangor; Penolong Pegawai Daerah Port Dickson dan Penolong Pegawai Daerah Seremban.

Mustapah bersara pada tahun lepas.

Mustapah menyerahkan borang ahli PAS kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di majlis berbuka puasa anjuran PAS Seremban di PASTI Wildan, Ampangan, Seremban.

Turut menerima penyertaan Mustapah ke dalam PAS ialah Yang DiPertua PAS Seremban, MK Ibrahim Abdul Rahman dan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan, Mohamad Hassan Tamby.

-HD

17 comments:
Write comments
  1. Demi Islam pilihlah pemerintah sekarang. - Kazim Elias

    1-Pemerintah yang ada (UMNO) lebih mempertahankan Islam dari PAS

    2- Demi Islam, kita kena pertahankan pemerintahan yang ada (UMNO)

    3-Jika PAS menang dan ke Putrajaya belum tentu syiar Islam berdaulat lebih baik dari sekarang kerana Pakatan Rakyat bergelumang dgn Liberalisme , Pluralisme, Syiah dan Wahhabi

    4-Islam tidak dikutip dari tepi jalan

    5-Belajar ugama kena cari guru murshid .

    ReplyDelete
  2. setiap orang yang masuk PAS pasti dihebohkan.

    ReplyDelete
  3. Asal bersara saja baru mahu masuk PAS

    ReplyDelete
  4. Masuk PAS confirm masuk syurga ke?

    ReplyDelete
  5. Bersara baru nak masuk PAS, kenapa tak dari dulu..

    ReplyDelete
  6. PAS gemar buat publisiti

    ReplyDelete
  7. kalau orang2 biasa yang tiada pangkat tiadalah heboh2 macam ni.

    ReplyDelete
  8. telur sebiji riuh sekampung.hehe

    ReplyDelete
  9. Masuk UMNO memang sah ke neraka. Tolak dan prsenda hukum Islam.

    ReplyDelete
  10. Bukan nak riuh rendah, tapi nak gambarkan ramai orang2 cerdik pandai 'mendekati ' gerakan islam yg murni. Ada berapa org pencen kerajaan masuk UMngok? Yg keluar lagi ada ler.

    ReplyDelete
  11. Apa guna sokong pembangkang bagus lagi sokong UMNO yang pelihara PATI dengan baik kata tubuh RCI sampai sekarang TOR pun belum ada. Hanya BN yang kenakan pelbagai cukai kepada rakyat contoh kata Najib lepas PRU dilaksanakan GST kalau tidak negara akan bangkrap kata Idris Jala. Terima kasih UMNO?

    ReplyDelete
  12. Apa sudah jadi dengan Sabah?

    ReplyDelete
  13. Apapun itu keputusan yang dibuat pasti akan ada positif dan negatifnya.

    ReplyDelete
  14. Lompat parti bukan apa yang baru dalam politk Malaysia, tiada apa yang pelik jika Mustapah Mohd Omar menyertai PAS secara rasmi.

    ReplyDelete
  15. Mustapah bersara sebagai pegawai kanan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada tahun lepas, jadi tiada apapa masalah untuk beliau keluar parti mengikuti PAS.

    ReplyDelete
  16. Jika ini keputusan Mustapah Mohd Omar, kita haruslah menghormati pilihan beliau. Inilah kebebasan berpolitik.

    ReplyDelete
  17. Tidak ada salahnya menyertai mana-mana parti. Undian adalah rahsia. Itu perlu diketahui.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.