Thursday, July 26, 2012

Kajian : Pengundi cenderung pilih BN di S'gor

Umno dan BN mempunyai kelebihan untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) dan merampas kembali beberapa negeri yang ditadbir pembangkang, demikian menurut kajian yang dilakukan beberapa ahli akademik.

Prof Madya Dr Fuad Mohd Jali dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata kajian itu, yang dilakukan terhadap 1,400 responden di Kedah dan Selangor pada Mac hingga Mei tahun ini, menyimpulkan bahawa rakyat Malaysia setakat ini memilih BN.

"Di Selangor, pengundi cenderung untuk memilih BN manakala di Kedah kedudukannya 50-50 tetapi ia mungkin berubah," katanya pada Perbincangan Meja Bulat 'PRU 13: Malaysia Pilih Siapa' anjuran Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN) di Kuala Lumpur hari ini.

Pengerusi Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran UKM itu berkata PRU 13 merupakan satu kemuncak kepada penilaian prestasi bagi BN dan pakatan pembangkang di empat negeri sama ada mereka boleh kekal memerintah ataupun BN berjaya merampas kembali keempat-empat negeri berkenaan.

Secara keseluruhannya, beliau berkata 69.6 peratus responden menyatakan bahawa BN akan memenangi PRU 13 iaitu 37.5 peratus menyatakan bahawa BN akan menang dengan 2/3 majoriti manakala 32.1 peratus pula menang dengan majoriti mudah.

"Di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), 54.1 peratus responden akan memilih BN, 14.4 peratus (PAS), tiga peratus (PKR) dan selebihnya tidak pasti, manakala di peringkat Parlimen, 57 peratus memilih BN, 20.6 peratus (Pakatan Rakyat) dan 22.4 peratus tidak pasti," katanya.

Di Selangor, Dr Fuad berkata kajian simulasi berdasarkan kepada keputusan PRU 11 dan PRU 12, profil pemilih berdaftar terkini dan reputasi BN mendapati bahawa BN akan menang di 40 kerusi DUN.

Di Kedah, seramai 50.7 peratus responden memilih PAS untuk menang di peringkat DUN, 49.3 peratus (BN) dan selebihnya tidak pasti, katanya.

Beliau berkata kepimpinan dan populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang diterima dan terus mendapat sokongan juga menjadi antara faktor kelebihan BN untuk memenangi PRU 13.

"Purata 87.4 peratus mereka yang berumur 21 hingga 60 tahun menyokong kepimpinan Najib. Tujuh puluh enam peratus menyatakan imej Najib amat baik berbanding Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," katanya.

Beliau berkata sokongan golongan muda pada tahun 2008 agak merosot, justeru, Najib membuat pendekatan 'modul magnet' bagi menarik semula sokongan dengan melakukan pembaharuan yang bersifat populis dan praktikal menerusi media sosial dan transformasi politik.

Profesor Madya Dr Rohana Yusof dari Universiti Utara Malaysia (UUM) yang menjalankan kajian ke atas 10,800 responden di Kedah pada November 2011 sehingga Februari 2012 menunjukkan bahawa rakyat Kedah menolak kerajaan PAS Kedah kerana gagal menunaikan janji yang dibuat pada pilihan raya umum lepas.

"Sebanyak 54 peratus responden menyatakan bahawa kerajaan PAS sedia ada tidak wajar dikekalkan manakala 58 peratus mengatakan bahawa kerajaan BN di peringkat persekutuan perlu dikekalkan," katanya.

Rakyat Kedah kini lebih menerima dasar-dasar kerajaan persekutuan berbanding kerajaan negeri dan cara terbaik ialah dengan memberi ruang kepada BN untuk kembali memerintah Kedah, katanya.

Rohana berkata mereka juga memerlukan seorang Menteri Besar yang mampu menyelesaikan masalah rakyat, mudah dihubungi dan rajin turun padang bertemu rakyat dan ini memberi gambaran terhadap ketidakupayaan Menteri Besar sekarang, Datuk Seri Azizan Abdul Razak melaksanakan tanggungjawab yang diharap oleh rakyat.

"Calon Menteri Besar Kedah yang dipilih sekiranya Umno berjaya merampas Kedah ialah rata-rata memilih Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir.

"Ini menunjukkan bahawa mereka perlukan muka baru yang lebih muda untuk mentadbir negeri," katanya.

- Bernama

22 comments:
Write comments
  1. byk isu dan skandal di Selangor seperti isu pasir, ini menyebabkan rakyat selangor makin kurang percaya pada PKR dan peluang BN makin cerah.

    ReplyDelete
  2. Isu air Selangor bila mau selesai??jatulah pembangkang Selangor kali ni

    ReplyDelete
  3. Macam nilah terjadi kalau sudah tidak dapat menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat.

    ReplyDelete
  4. Isu pasir tu bukan dsonglap zaman Khir Toyo? Berapa ringgit kantong negeri dpt RM,sikit jer sebab dah masuk poket YB Umno. Jatuh BN naik pulak PKR dgn MB sekarang dan perketatkan prosedur pengeluaran pasir. hasilnya kantong negeri bertambah dan mendadak sekali dmana tak pernah brlaku zaman BN dulu. Bila syarat ketat,menyalaklah Yb umno trbabit lalu ada pula isunya. Isu ialah PKR seleweng pasir diSelangor. Aduhh wak..wes mangan.
    fakta menarik lgi..1Rumah 20Pengundi telah brlaku dsetiap DUN/MP di Selangor. Berapa ratus pengundi baru yg BN dpt? Jgn cakap rakyat cenderung pd BN ler, yoepp!! CEO SYABAS tu elaun bulanan RM140k. Melalak lagi le umno bila kerajaan rakyat dah 'ugut' SYABAS tu. Itu baru betul supaya urusan air dlaksanakan sebaik mungkin utk rakyat negeri. Tapi timbul pula citer, PR tak pandai urus air.Aduuhh wak..wes mangan.

    ReplyDelete
  5. Masing2 punya pendapat tersendiri.

    ReplyDelete
  6. masalah air di Selangor akan menjadi punca pengundi beralih kepada umno

    ReplyDelete
  7. tu belum lagi perintah 1 negara, baguslah rakyat di Selangor undi Umno.

    ReplyDelete
  8. Biar betul ini akan berlaku di Selangor. Nampaknya kecenderungan rakyat Selangor untuk memilih kerajaan BN sebagai pilihan utama. Apa pun kita nantikan apa yang berlaku seterusnya.

    ReplyDelete
  9. Baguslah kalau macam itu. Macam cerah saja harapan BN untuk merampas semula Selangor daripada PR.

    ReplyDelete
  10. Selangor's water crisis can be solved, said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, but only when the people choose a government that can solve the water and trash problems.

    ReplyDelete

  11. "It cannot be that the federal government cannot solve the problems. We can do it.

    ReplyDelete

  12. "If we can make Malaysia the global centre for initial public offerings, how can it be we can't solve water problems?" he asked, referring to the recent Felda Global Ventures Holdings stock market launch, which was the second largest worldwide after Facebook.

    ReplyDelete

  13. "But we have to wait for the time when the people of Selangor can choose a government that can solve these problems," he said Wednesday at a breaking of fast event at the soon-to-be-constructed al-Mustaqin mosque site in Ampang here.

    ReplyDelete
  14. The Pekan MP also slammed "populist" tricks of giving out handouts and contributions, and underlined the importance of sustainable governance.

    ReplyDelete
  15. "To make promises is not difficult. What is more challenging is to ensure the handouts do not hurt the national economy but ensure its continuous growth as well as help, assist and care for the public," he said.

    ReplyDelete

  16. Najib was accompanied by his wife Datin Sri Rosmah Mansor, Selangor Barisan Nasional coordinator Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, and Ampang parliamentary coordinator Datuk Ismail Kijo.

    ReplyDelete

  17. At the event, he contributed RM100 to 100 single mothers and disabled people.

    ReplyDelete

  18. He also contributed RM2mil for the construction of the mosque, and RM1.45mil for all the mosques and suraus in Selangor.

    ReplyDelete
  19. Umno dan BN mempunyai kelebihan untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 dan merampas kembali beberapa negeri yang ditadbir pembangkang, demikian menurut kajian yang dilakukan beberapa ahli akademik.

    Nampaknya BN berpeluang untuk merampas semula kerusi di Selangor. Kita tunggulah PRU_13 dan lihat nanti.

    ReplyDelete
  20. Saya sokong 32.1 peratus yang kata BN akan menang dengan majoriti mudah. Kita tunggulah dan lihat sama ada spekulasi ini akan menjadi realiti.

    ReplyDelete
  21. Rakyat Kedah kini lebih menerima dasar-dasar kerajaan persekutuan berbanding kerajaan negeri dan cara terbaik ialah dengan memberi ruang kepada BN untuk kembali memerintah Kedah, katanya.

    Semoga pengundi Kedah akan membuat pemilihan yang dirasai sesuai untuk menjamin masa depan negeri dan rakyat.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.