Ketua perhubungan PKR Sabah Ahmad Tamrin Jaini mengesahkan bahawa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dijemput untuk menghadiri pelancaran satu pergerakan politik baru oleh dua orang MP BN Datuk Seri Lajim Ukin (Beaufort) dan Datuk Seri Wilfred Bumburing (Tuaran).
Pergerakan tersebut dikenali dengan nama Angkatan Perubahan Sabah (Sabah Reform Front - SRF).
Tamrin ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan bahawa Anwar akan berada di Sabah pada hujung minggu ini atas jemputan tersebut.
Jelasnya acara tersebut bukan program anjuran PKR mahupun Pakatan Rakyat tetapi dianjurkan oleh dua MP berkenaan.
"Dia telah diberikan penghormatan untuk bersama di dalam pelancaran Angkatan Perubahan Sabah," katanya yang menambah, salah satu program itu akan diadakan di Tuaran dan satu lagi di Beaufort.
Ahmad Tamrin menjelaskan bahawa beliau tidak dapat memberikan komen sebelum ini kerana perkara itu masih merupakan spekulasi.
Bagaimanapun, beliau telah menerima jemputan rasmi daripada kedua-dua MP BN tersebut hari ini, katanya.
"Ini adalah perkembangan yang baik untuk Pakatan. Ini menunjukkan mereka sedia untuk meninggalkan BN dan bekerjasama bersama Pakatan untuk menjatuhkan BN di Sabah," katanya.
-MK
Tipu saja bah kali itu kan ( untuk menyedap hati orang-orang UMNO )
ReplyDeleteNanti ada liputan TV3 dan TV1 kah?
Nanti pencacai UMNO kata ini pun perjumpaan rasmi bukan apa-apa sangat hehe betul juga kata Mahathir itu ya orang bijak pandai tak mahu masuk UMNO!
ReplyDeleteNajib tak djemput pun dah brkali2 datang Sabah. Anwar Ibrahim pulak makin umngok tuduh bukan2 sampai yg kata pernah urut 'anu'nya pun, makin djemput org . Inilah permata negara.
ReplyDeletekita kena cuba baru tahu, angin angin semananjong sudah sampai ka sabah raayat sendiri sudah tahu selok belok permainan BN banyak berbohong dan fitnah kepada apabila mesej yg di sampai, bagi anggota generasi muda yg balik di kl sampai kan mesej semua kepada pemuda pemuda di sana agar mereka sedar yg selama ini BN tak bolih pakai hanya utk kepentingan menteri BN. bn akan tumbang kali ini saperti zaman berjaya dan pbs, pr akan merampas.
ReplyDeleteBiar berkakai be end bah...bertapuk disitu dan terus berkubur bah...org sabah bolehhhhh
ReplyDeleteN Sabah TENANG, Tapi mengelabah BN akan kalah,
ReplyDeleteApalah kejadian isu ni. Macam takda pun aku dengar cerita lanjutnya.
ReplyDeleteIni kalilah... hahahhaha. Saya terhibur dengan keadaan politik hari ini. Ada saja gimik:P
ReplyDeleteBetul kah ni? Ada lah Anwar datang? Macam hujung minggu sudah ni:P
ReplyDeleteKalau betul Anwar datang, pasti bising sudah satu Sabah tu... Kalau dia datang tapi takda yang bising, maksudnya tak cukup popular la tu. hahaha
ReplyDeleteBetter kita tunggu sajalah perkembangan mengenai isu ni nanti. Lagi senang tak payah banyak fikir.
ReplyDeletekalau pembangkang menang..halau pati di sabah paling tidak pun kawal kemasukan pati...takut berjalan di negeri sendiri sbb ramai pati dari orang sendiri.sedih ulak bila pikir anak cucu kita di jajah oleh pati nati.kesihan melihat bangsa sendiri sabah di sisi terbatas sbb kesesakan pati.tidak mustahil sabah hanya nama negeri rakyatnya pati.
ReplyDeleteini gimik saja.. kan PKR mmg byk gimik.
ReplyDeletejika Lajim dan Bumburing nak tinggalkan BN, itu hak mereka.. tiada mau halang.
ReplyDeleteini gimik saja.. kan PKR mmg byk gimik ( biarkan si luncai dengan labu-labunya )
ReplyDeleteKalau dijemput memang la datang
ReplyDeleteGimik politik saja semua ni
ReplyDeleteAnwar memang tidak menolak sebab pembangkang memang sudah lama menanti-nantikan pemimpin BN keluar parti. inilah peluangnya.
ReplyDeleteMemang sah Lajim dan Bumburing dari dulu ada niat untuk keluar parti. nafi punya nafi last2 memang ada kebenarannya.
ReplyDeleteOrang barcakap menganai hak2 Sabahan..dia barcakap gimik,gimik PKR je mbah.Bodoh. Kalau ye pun otak dah bebal,jgn bg nampak pd orang laen.
ReplyDelete**raja sulu'
Banyak betul pertubuhan 'perubahan' ni. Entah betul2 dapat berfungsi ke tidak.
ReplyDeleteAnwar yang 'beli' Lajim pada tahun 1994 dulu. Macam mahu ulangi sejarah saja ni.
ReplyDeletedia datang pa ku paduli...yg penting aku tak tertipu dgn kelentongnya
ReplyDeleteJemputan itu boleh ditolak @ tidak.
ReplyDeleteSemua dalam tanggan anda untuk menerima @ tidak.
ReplyDeleteIalah tidakkan Datuk Najib dijemput pula pelancaran parti pembangkang baru ini. Tidak logik kan.
ReplyDeleteKalau macam ini rasanya tidak ada harapanlah pertandingan 1 lawan 1 nanti di Sabah. Kita tunggu saja bagaimana mereka ini merebut kerusi yang terdapa di Sabah.
ReplyDeleteLajim Ukin akan bersama Wilfred Bumburing untuk menubuhkan Sabah Reform Front? Bukan beliau mahu menubuhkan parti Sabah People Front tersendiri?
ReplyDeleteNampaknya hasrat Anwar Ibrahim untuk mengundang Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing ke partinya tidak kesampaian.
ReplyDeleteMakin banyak parti baru di Sabah, makin banyak undian berpecah.
ReplyDelete