Wednesday, July 25, 2012

Krisis air boleh tumbangkan PR Selangor

Gambaran yang diberikan oleh media propemerintah kebelakangan ini memberi tanda-tanda potensi berlaku krisis air di Lembah Kelang.

Pertengkaran terbuka melibatkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, Syabas, dengan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendapat liputan media setiap hari.

Isu ini kelihatan telah mencetuskan kekeliruan disebabkan sisi politiknya yang jelas dan penglibatan banyak pihak yang berkepentingan.

Satu gambaran yang paling jelas diberikan oleh Syabas yang dilihat masih dikuasai Barisan Nasional ialah kemungkinan berlaku kekurangan air di Selangor dan juga Lembah Kelang yang mendapat bekalan air daripada Syabas, didakwa akibat sikap tidak bekerjasama menteri besar.

Sekiranya krisis ini berlaku, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor boleh dijangka akan menanggung kos politik yang besar dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, yang negeri Selangor menjadi medan persaingan utama antara BN dengan PR.

Walaupun penyokong PR mungkin boleh melihat kemungkinan permainan politik pihak Umno dan sekutu, satu jumlah besar rakyat dan pengundi mungkin tidak akan melihat dari sudut yang sama, dan mempersalahkan kerajaan pimpinan Abdul Khalid.

Pemerintah negeri Selangor dipersalahkan - sama ada betul atau tidak kerajaan PR boleh dipertanggungjawabkan sepenuhnya - boleh dijangka berlaku ekoran permainan media pemerintah dan kaitan lebih mudah kerajaan negeri dengan krisis di negeri terbabit.

Sekiranya krisis berlaku tidak lama atau sekitar masa pilihan raya, kempen negatif terhadap kerajaan negeri akan dapat dijalankan dengan lebih mudah, dengan manfaat segera, termasuk dalam bentuk undi kepada Umno dan BN, lawan kepada PR.

Satu kes yang hampir sama dari segi kesan politiknya pernah berlaku di California, Amerika Syarikat pada awal dekad lalu, bermula tahun 2000, apabila krisis elektrik di negeri berpenduduk terbesar di negara itu tercetus.

Walaupun perinciannya jauh lebih kompleks, kerajaan negeri Demokrat pimpinan Gabenor Gray Davis akhirnya menanggung kos politik kesan langsung daripada krisis itu, yang akhirnya menjatuhkan beliau dan menaikkan gabenor baharu yang popular, Arnold Schwarzenegger.

Syarikat yang bertanggungjawab dalam kes tenaga elektrik di California, Enron, lebih mudah dikaitkan dengan kerajaan persekutuan Republikan di bawah Presiden George W Bush disebabkan individu-individu yang mempunyai hubungan rapat dengan syarikat itu.

Walau bagaimanapun, kerajaan negeri lebih mudah dipersalahkan dan pengundi yang dilakukan selepas itu membuktikan kesan politik utama akhirnya ditanggung oleh pihak Parti Demokratik.

Berdasarkan kempen negatif terhadap kerajaan PR Selangor sejak merampas negeri ini pada Mac 2008, sentimen negatif terhadap kerajaan PR sehingga menjejaskan undi mempunyai potensi untuk berlaku, tambahan pula isu-isu lain yang digunakan untuk menarik pengundi pertengahan terus dijalankan oleh pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

http://siasahdaily.blogspot.com

18 comments:
Write comments
  1. BN nih memang kerja dia utk menimbulkan suasana kelam kabut pd org ramai. Kalau betul ada masalah,sebagai KERAjaan pusat, tolong bantu. Mcm Kelantan,kalau kata miskin,tolong bantu. Ini tidak,sudahlah merampas hak Kelantan dan tolong sebar fitnah pulak. Mcm mana UMNO nak menang diKelantan, main politik pon bodoh. DSelangor pun,mcm2 isu yg dicipta UMNO tapi akhir isu trsbut 'makan' UMNO balik. Tapi yg penting masalah air ke apa dSelangor tu..pd pengalaman saya selama tinggal disna, permainan kotor umngok jer melalui umngok bahagian/cawangan mereka shj.Tak lebih dr itu.

    ReplyDelete
  2. Masalah air di kawasan luar bandar di Sabah lagi teruk. Kalau BN jujr dan iklas membantu rakyat Sabah mengatasi masalah air kenapa bagi grant pinjaman untuk mengatasi masalah air di Keningau mengapa bukan dalam bentuk peruntukan. Inilah UMNO lidah bercabang!

    ReplyDelete
  3. Isu sampah sarap diShah Alam dulu adalah permainan kotor BN/UMNO yg cuba mempromosikan imej burok PKR. Sebenarnya mereka ugut pekerja majlis daerah yg datangnak kutip sampah ( sebelum ni urusan Alam Flora). Pekerja ni takut dan tak amik sampah utk 3-4 hari. Smpah berulat,terus mereka panggil TV3suku utk buat 'liputan.' Alam Flora tu memang patut diharamjadahkan pun sebab amik untong atas angin jer dan ygbuat kerja adalah sub-kon jer. Salah satu ialah Sykt Latif dan bila tiba musim nak renew perjanjian, kena belanja sakan puak2 alam flora tu smpai brpuluh2 ribu habis. Yg terima payment dr Majlis daerah adalah Alam Flora.
    Masalah air pula tak perlu lah burokkan MB PKR. Masa Khir Toyo jd MB pun, rata2 kaw.di Selangor trputus bekalan air. Faktor cuaca yg panas dan tekanan air rendah. Rakyat tak marahkan kan Khir Toyo pun masa tu. Ada usaha kerajaan negeri melalui Majlis berkaitan utk atasi nya. Rakyat diminta waspada dgn permainan kotor UMNO. Mereka akan lakukan apa sahaja asalkan terpalit pelbagai isu yg difitnah dgn PR.

    ReplyDelete
  4. senangnya nak menyalah..walfitnatu ashaddu minal khotr!! husnu dzon sesama kita akan menjadikan hidup kita lebih barokah

    ReplyDelete
  5. Baik kerajaan Selangor berusaha sikit untuk menyelesaikan masalah air di negeri mereka.

    ReplyDelete
  6. BN mempunyai peluang besar untuk merampas semula Selangor dan Kedah menurut kajian dari Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

    http://sabahkini.net/index.php?option=com_content&view=article&id=13859:bn-bakal-rampas-selangor-dan-kedah&catid=37:politik&Itemid=41

    ReplyDelete
  7. syabas adalah kroni UMNgOk [dpt kontrak sebelum selangor ditawan pembangkang]...

    ReplyDelete
  8. Kerajaan Pakatan Di Selangor Sedang Bahagi-bahagikan ‘Harta Perang’
    Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Dato Haji Nawawi Mohd Zin berkata, negeri Selangor membangun ketika pentadbiran BN, dari sebuah negeri pertanian menjadi sebuah negeri yang kaya raya sehingga Selangor menjadi lubuk untuk rakyat negeri lain mencari rezeki.
    “Selepas menang PRU12 lalu, apa yang kerajaan negeri buat untuk memakmurkan Selangor. Apa pembangunan yang mereka buat selama mereka mentadbir Selangor.
    “Apa jasa mereka melainkan menghabiskan harta dan aset yang telah BN tinggalkan, habis semuanya hendak digadaikan untuk memenuhkan semula kantung kerajaan negeri yang telah dibahagi-bahagikan antara mereka,” ujarnya kepada UMNO-Online bagi mengulas isu tiga bangunan komersial PKNS iaitu Kompleks PKNS Shah Alam, SACC Mall dan Menara PKNS Petaling Jaya yang kini dalam proses pengambil alihan oleh ARREIT, sebuah konglomerat pelaburan.
    Dalam masa yang sama, Nawawi turut mempersoalkan peranan dan tanggungjawab yang dimainkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.
    “Sekadar untuk menasihatkan agar jual aset sana, gadai aset sini, habiskan duit PKNS, lesapkan duit Yayasan Selangor, semua orang boleh buat tetapi apa kesannya kepada rakyat negeri Selangor.
    “Contohnya, kita difahamkan bahawa kadar sewa di Kompleks PKNS Shah Alam akan dinaikkan sehingga 100 %. Peniaga dan penjaja yang menyewa tentunya akan meraung kerana kezaliman pentadbiran Kerajaan DAP-PKR-Pas Selangor ini. Hampir 80 % peniaga dan penjaja di Kompleks PKNS Shah Alam ialah orang Melayu,” ujarnya lagi. Keduanya UNISEL. Ketiga, mempolitikkan isu air.
    Kerajaan negeri Selangor terutama PKNS tegasnya kini bukan lagi tempat untuk orang Melayu mengadu nasib untuk berjaya dalam kehidupan yang serba mencabar sekarang khususnya dalam dunia peniagaan.
    Oleh: Mohd Faizal

    ReplyDelete
  9. Baru satu negeri sudah macam2 masalah. Apa lagi kalau satu negara diperintah

    ReplyDelete
  10. Bersedialah menghadapi PRU13 ni

    ReplyDelete
  11. byk krisis di Selangor, selain airm isu pasir jg hngat. ini hilangkan keyakinan rakyat pada PR.

    ReplyDelete
  12. kalau pembangkang tidak mahu kehilangan negeri seperti yang terjadi pada PP, berwaspadalah. jaga kebajikan rakyat.

    ReplyDelete
  13. Nak minta penyangak jaga kebajikan rakyat ? Selama 55 tahun BN memerintah..apa kebajikannya yg boleh dibanggakan? PTPTN atau harga barang sentiasa naik? Begitu . Habis pasir diSelangor dsebat oleh YB UMNO/kroni dan bagai2 lagi. Di Dengkil Selangor tu..seorg balaci UMNO siap pakai pistol lagi kerana nak jadi Maharaja pasir. Undang2 ? Tak per kan kroni umno. Cuma mereka lupa.Allah Taala lagi berkuasa mnjatuhkan BN. Hah,apa lagi..menyalak lah mereka kata PR seleweng pasir.

    ReplyDelete
  14. Masalah air di Sabah tiada masalah? Kerajaan pusat bukannya bantu atasi masalah air di Keningau malah bagi hutang pada kerajaan Sabah atasi masalah air? Ini yang dibanggakan dengan UMNO?

    ReplyDelete
  15. Kerajaan Selangor perlu selesaikan masalah air di Selangor kalau tidak pasti undi berpihak kepada umno

    ReplyDelete
  16. Pembangkang hanya memerintah beberapa negeri saja tapi sukar menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat.

    ReplyDelete
  17. Itu sudah semestinya. Masalah air ini adalah antara masalah yang perlu diambil perhatian. Ini sangat serius bagi rakyat.

    ReplyDelete
  18. Tidak mustahil ini antara punca PR akan ditolak. Ditambah lagi dengan masalah kroni dan sebagainya pasti akan merosakkan lagi pentadbiran PR.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.