Monday, July 16, 2012

Latheefa Koya Letak Jawatan Ahli MBPJ

Ketua Biro Hal Ehwal Guaman Parti Keadilan Rakyat (PKR), Latheefa Koya pada Isnin meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berkuat kuasa serta-merta.

Menerusi surat yang dihantar kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Latheefa berkata kedudukanya sebagai ahli majlis menjadi isu kepada umum dan menimbulkan pelbagai spekulasi.

"Saya faham bahawa anda dan exco mempertimbang untuk menyingkirkan saya sebagai ahli majlis dalam MBPJ.

"Ini sudah menjadi pengetahuan umum dan bahan spekulasi. Dengan keadaan ini, kedudukan saya sebagai ahli majlis MBPJ tidak dapat lagi dipertahankan," katanya menerusi surat berkenaan.

Latheefa turut menghantar salinan surat berkenaan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Bandar MBPJ.

-Mstar

12 comments:
Write comments
  1. yg letak jawatan biarkan,gantikan dgn yg kuat jati dirinya utk bertugas utk rakyat,ramai lagi yg berjuang utk refomasi tidak diperhatikan n dihargai......

    ReplyDelete
  2. Diharpkan orang ramai akan menerima baik keputusan Latheefa Koya meletak jawatan sebagai ahli MBPJ.

    ReplyDelete
  3. Siapa akan menggantikan jawatan Latheefa koya dalam Ahli Majlis Bandaraya selepas ini? Sudah ada calon?

    ReplyDelete
  4. itu keputusan dia nak letak jawatan.

    ReplyDelete
  5. PR jgn buka ruang dan masa utk BN taburkan fitnah yg jelas bakal merugikan masa depan rakyat M'sia.

    ReplyDelete
  6. Ada ura2 untuk keluar parti??

    ReplyDelete
  7. Berundur secara baik pasti tidak akan mengundang sebarang masalah.

    ReplyDelete
  8. Semoga berjaya dalam apajua yang di lakukan selepas meletak jawatan itu.

    ReplyDelete
  9. Bagus la letak jawatan daripada dilucutkan jawatan

    ReplyDelete
  10. Tindakan yang terbaik

    ReplyDelete
  11. Yang pasti PKR ramai ahli yang gilakan kuasa dan sanggup menjatuhkan kawasan sendiri untuk mendapat jawatan tersebut. Itulah sikap yang ada pada PKR sebenarnya.

    ReplyDelete
  12. Latheefa Koya adalah antara pemimpin yang idealis & berprinsip dalam PRM.
    Apabila Zuraida Kamaruddin menyeru kerajaan Negeri Selangor agar 'berhati-hati tangani isu Latheefa', ramai yang mula tertanya-tanya apakah bekas aktivis PRM itu terlalu penting hingga Ketua Wanita PKR meminta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berwaspada.
    Pendedahan terbaru Raja Petra kamaruddin (RPK) dalam rencananya bertajuk "The reason for Latheefa Koya's downfall" merungkai networking Anwar yang tersembunyi itu.

    Kesnya bermula di MBPJ (Majlis Bandaran Petaling Jaya), di mana dua peguam Latheefa Koya dan Derek John Fernandez dilantik sebagai ahli majlis.

    Derek Fernandez adalah peguam yang mewakili pihak gereja dalam kes majalah Herald Khatolik memohon kebenaran mahkamah untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mereka.

    Dalam kes itu, Derek Fernandez bersama-sama dengan Benjamin Dawson, peguam gereja yang pernah mewakili kes murtad Lina Joy.

    Selain itu, orang kuat SUARAM, Cynthia Gabriel dan orang kuat AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin juga turut dilantik di MBPJ.

    Menurut RPK, pelantikan Latheefa Koya dan Derek Fernandez sebagai ahli MBPJ disalahguna dengan melobi firma guaman mereka sebagai pilihan utama majlis itu.

    Latheefa bekerja di firma guaman Daim & Gamany yang diketuai oleh Ahli Parlimen PKR, R Sivarasa.

    Selain Latheefa, Fadiah Nadwa Fikri juga turut menjadi pekerja di firma itu yang juga merupakan firma guaman yang dilantik sebagai panel penasihat perundangan MBPJ.

    "Sebahagian baik kerja undang-undang di MBPJ telah dialihkan kepada firma Sivarasa, Surendran dan Derrick melalui pengaruh Lateefa Koya dan Derrick.

    "Semua ini menyebabkan majlis dikawal oleh PKR . Adakah ini bukan rasuah, atau sekurang-kurangnya konflik kepentingan?", soal RPK dalam pendedahan bertajuk "just do it not duit"

    Firma Surendran adalah Edwin Lim Suren & Soh dan dan firma Derrick adalah Derrick Fernandez & Selvarajah.

    Malah Sivarasa juga dilantik sebagai Ahli Lembaga Kumpulan Perangsang Selangor yang menikmati faedah dan yuran pengarah yang dianggarkan puluhan ribu sebulan, selain elaun-elaun tambahan yang lain.

    Dalam masa sama Sivarasa adalah pengasas dan tulang belakang SUARAM.

    Dalam rencananya bertajuk "RM102,800 in 2009 and RM83,900 in 2010", RPK menyertakan dokumen-dokumen yang menunjukkan ratusan ribu ringgit dituntut oleh firma Daim & Gamany kepada MBPJ.

    RPK dalam rencananya, "Again, which part is not true?" dengan menyertakan dokumen-dokumen yang menunjukkan Derrick juga bekepentingan dalam firma guaman Daim & Gamany.

    faham2 lah, ya? **vote BN

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.