atuk Seri Najib Tun Razak mengajak semua rakyat negara ini mengemukakan sebarang cadangan serta idea yang bernas bagi Bajet 2013. Oleh kerana Negara kita sudah terkenal dengan 1Malaysia seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Klinik 1Malaysia dan sebagainya, maka kita cadangkan agar kerajaan perlu memberi kepada semua rakyat Petrol 1Malaysia atau Petrol 1 liter 1 Ringgit 1Malaysia (P1L1R1M). Dengan harga petrol 1 liter 1 ringgit maka semua rakyat akan menikmati hasilnya, bukan hanya segelintir saja seperti pemberian BR1M.
Dengan penurunan harga petrol maka segala Kos pengangkutan sudah pasti dapat dikurangkan dan dengan ini harga barang keperluan juga boleh diturunkan. Punca utama harga barangan naik adalah disebabkan Kos
pengangkutan yang mahal disebabkan harga bahan api yang digunakan oleh kenderaan pengangkutan juga mahal.
Kalau kerajaan mampu menurunkan harga petrol, kita yakin tiada sebab untuk para peniaga menaikan harga barang keperluan dan sudah pasti kehidupan rakyat akan seimbang dengan pendapatan harian mereka.
Beranikah Datuk Seri Najib mengumumkan harga Petrol 1Malaysia seperti yang dicadangkan seperti diatas? Kalau kerajaan Najib mampu membuat demikian, sudah pasti rakyat akan menikmati kehidupan yang lebih baik dan mampu memiliki barang keperluan yang sepatutnya.
Sekarang hampir semua barang keperluan naik, seperti Kos harga rumah yang melambung terlalu tinggi sehingga golongan pendapatan rendah dan sederhana tidak mampu memiliki rumah yang mencecah harga setengah juta ringgit sebuah. Punca pendapatan yang tidak seimbang dengan keperluan seharian menyebabkan rakyat Malaysia dilanda masalah hutang yang berpanjangan.
Adakah kerajaan pernah memikir masalah dan nasib rakyat yang tidak mampu memiliki rumah sendiri di seluruh Negara? Harga rumah mahal begitu juga dengan harga kenderaan sehingga sukar untuk rakyat
memilikinya tanpa berhutang berpanjangan. Ada diantara mereka terpaksa meminjam wang dengan 'Along' untuk memiliki barang keperluan tersebut dan ada yang terpaksa menjualkan harta pusaka semata-mata untuk
membayar hutang yang berpanjangan.
Kalau kerajaan benar-benar ikhlas hendak membantu rakyat, barang keperluan inilah yang sepatutnya diberi keutamaan kepada rakyat. Antara lain, kalau di Sarawak jalan penghubungan, tanah untuk pertanian, tempat kediaman dan juga infrastruktur perlu diberi keutamaan bukan hanya memberi barang keperluan sekali saja. Ini bukan jalan penyelesaian yang terbaik tetapi lebih bersifat sementara saja seperti pemberian BR1M dan sebagainya.
Rakyat perlu diberi pendidikan serta kursus kemahiran agar mereka boleh berdikari tanpa memerlukan bantuan kerajaan sepenuhnya tetapi dengan syarat kerajaan perlu memberi tempat ruang perniagaan serta
tempat untuk mereka menggunakan kemahiran mereka tanpa sebarang sekatan yang boleh membantutkan usaha mereka.
Apa yang dilakukan kerajaan selama ini menyebabkan rakyat terbantut fikiran mereka dan terus bergantung hidup dengan kerajaan terutama sekali penduduk diluar bandar. Mereka diugut dengan kata-kata yang menakutkan mereka, seperti sekiranya rakyat tidak menyokong pemerintah segala bantuan dan kemudahan akan ditarik balik dan rakyat akan hidup susah kalau memilih kerajaan lain selain kerajaan BN. Kata-kata inilah yang telah merosakkan pemikiran rakyat yang kurang berpelajaran termasuk juga mereka yang ada kepentingan dalam urusan peniagaan dengan pihak kerajaan.
Kita tidak mahu rakyat hidup dalam ketakutan sehingga mereka jadi lemah dan tidak mampu berdikari disebabkan cara pemikiran mereka telah diracun oleh pemerintah yang sudah lama memerintah. Kita tidak mahu rakyat Malaysia terutama sekali orang Melayu dan juga Bumiputera jauh ketinggalan dari segi ekonomi dan terus hidup dalam kemiskinan.
Mereka hanya bergantung kepada subsidi kerajaan sehingga mereka langsung tidak mahu berubah disebabkan terlalu bergantung hidup dengan dasar kerajaan yang tidak memberi mereka ruang untuk bebas berfikir dan berdikari.
Kita harap kerajaan baru nanti dapat mengubah persepsi rakyat agar jangan hanya bergantung dengan subsidi tapi lebih kepada usaha sendiri. Kerajaan yang baru nanti perlu memberi lebih ruang untuk rakyat menjalankan usaha peniagaan mereka sendiri dan juga dapat mencipta sesuatu inovasi atau teknologi baru untuk kepentingan umum.
Harapan rakyat untuk melihat Malaysia setanding dengan Negara maju lain akan tercapai sekiranya pemerintah tidak menyekat rakyat bersuara dan membebankan rakyat dengan masalah bebanan hutang negara yang berpanjangan. Semoga impian rakyat Malaysia menjadi kenyataan pada masa hadapan dengan pemerintahan baru yang lebih baik dan adil untuk semua. Insya-Allah.
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak Deputy Commissioner iii cum PAS Miri Chief
http://pas-miri.blogspot.com
Thursday, July 19, 2012
Petrol 1 liter 1Ringgit 1Malaysia (P1L1R1M)?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
klu buat cadangan, haji logiut najib/UMNgOk akan terima? takkan otak kena ampai di lutut???
ReplyDeleteRakyat Malaysia haruslah mengambil peluang ini untuk mengemukakan idea dan cadangan yang berguna untuk Bajet 2013.
ReplyDeletePetrol 1 Liter 1 Ringgit juga satu cadangan yang agak baik, ini boleh membantu mengurangkan beban rakyat.
ReplyDeleteJofri, anda agak idealisme. takpa, apa kata RON 95 bukan sekadar harganya murah, tetapi kita tukarkan namanya kepada BN 09 (sempena tahun Najib jadi PM)! ini penting agar kerajaan BN sentiasa menjaga minyak tersebut!! lagipun, anda di sabahdaily ni sentiasa negatif..kan? bila kami puji BN susah nak masuk kali ke 2/3. kwn2 i yg lain kecewa nak berbahas dlm sabahdaily
ReplyDeletebtw, jk PR jadi pemimpin..belum tentu harga minyak akan turun! waktu itu PR yg bising bercakap sekarang akan beri alasan lain pula. x percaye? .. lu tengoklah selangor - apa jadi dgn pengurusan Unisel? cukai2 pintu tinggi, harga rumah melambung naik, sampah berulat, skim khairat, bantuan wang baby lahir, dll? begitu jg penang - kg pala, jenayah.. jika ditanya PR, mrk memaaaangg ada jawapan!! tapi yg kecewa adalah yg bertanya! pemimpin PR mahir auta jew. so, jangan terlalu suka membawa isu populis, nanti terjerat
**DACING sejak dlu
hello "DACING sejak lu", u jgn compare krajaan negeri dgn pusat iaitu PR d Selangor, DAP d Penang atau seumpamanya. MB tu ketua kerajaan negeri..ok fine,tapi u jgn lupa legislatif adalah mereka yg dilantik oleh SPA/JPA iaitu PUSAT juga.Mereka niboleh sabotaj MB spt yg dilakukan oleh SUK Perak yg jadi ketua jatuhkan MB DS Nizar. SUK tuu sepatutnya dibawah MB tapi sebab lantikkan pusat( BN le tu ) mereka ni terasa lebih besar dr yg lain. DKelantan dulu, ada satu imam baca khutbah di mimbar, bila ada balaci umporno buat laporan polis isu khutbah, kena reman imam trbabit walau MB adalah TG Nik Aziz. Morale of story, u jgn sempitkan minda u dgn kuasa kjaan negeri dgn pusat. Akan tetapi, rakyat Selangor dah majoriti selesa dgn PR sama spt rakyat Perak sebelum jatuhnya MB yg sah dulu. DKelantan pula, org umno sendiri suka kepimpinan Nik aziz. So apa masalahnya yg u dok prtikai usaha kerajaan PR utk rakyat kebanyakan? Kenapa tak prtikai isu NFC.. apadia..isu NFC yg shahrizat sebat RM250 juta..'percuma' jika tidak didedahkan oleh PKR. Penyebat duit RM250 juta kah yg salah atau PKR yg tolong dedah kpd rakyat akan kegiatan 'pencuri' negara yg salah. Kalu u ada aqal, tak perlu PKR dedahkan, u sendiri boleh teliti dgn berbagai2 isu yg mutakhir ini yg dilakukan oleh pemimpin2 kita dlm BN.
ReplyDeletekalau cadangan ini dilaksanakan pasti bgs.
ReplyDeletePasti ramai yang menyokong ni cadangan. harap yang lain pun boleh cetuskan lebih banyak idea untuk bajet 2013.
ReplyDeleteCadang jangan tidak cadang. Jika boleh digunapakai pasti akan diimplimentasikan.
ReplyDeleteCadangan itu biarlah bernas dan memberi impak positif kepada semua.
ReplyDeleteMinyak akan naik sebaik saja BN menang besar dalam PRU13 macam kenaikan minyak secara mendadak sebaik saja BN menang lagi pada PRU12. Jangan tertipu lagi dengan UMNO penipu tersohor negara.
ReplyDeletesokong dgn gelaran UMNO PENIPU TERSOHOR NEGARA..
ReplyDeleteKita pengeluar minyak dunia..tapi bila minyak dunia naik kita pun naikkan harga jualan minyak negara kpd rakyat sendiri. Kan bahalol tu. Sepatutnya banyak lagi 'durian runtuh ' yg rakyat berhak dpt terutama pelajar2 kita di IPTA. Yg di IPTS tu biaq pi la. Anak2 yg masuk situ confirm dr keluarga berada,biaq pi la. TV 3suku pula bila KERAjaan nak naikkan harga,mereka 'palu gendang' lah dgn mengatakan minyak negara masih murah jika dibanding dgn Thailand / SPura atau Venezuela. Maka lena lah Melayu seperti bunga dah LAYU.
ReplyDeletepetronas jgn monopoli minyak negara...negeri2 pengeluar minyak kena trbabit sama-sama dlm petronas atau badan yg seumpama petronas kena dibangunkan bagi agihan lebih adil..
ReplyDeletezaman Mahathir, RM1b beliau minta drp Petronas utk diberi kpd anak beliau (nama drahsiakan) dan President Petronas waktu itu memang 'menolak' tapi apakan daya. Mcm juga CEO TNB..TS Ani arope, beliau tak sign surat yg mengarahkan tarif letrik naik atas kehendak IPP,lantas beliau rela 'lari' keluar dr TNB. Ada NGok Perkasam dtg bela rakyat ?
ReplyDeleteSubsidi harus diberikan kepada mereka yang memerlukan.
ReplyDeletePetronas perlu lebihkan mengambilan rakyat Sabah bekerja dengen Patronas
ReplyDeleteBagus juga dengan cadangan tersebut. Bolehkah Datuk Najib menjadikan ini satu kenyataan.
ReplyDelete