Monday, July 16, 2012

UMNO Tubuh Unit Khas Untuk Fitnah PR?

Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mendakwa kerajaan Umno-BN mewujudkan sebuah unit khas untuk menlancarkan fitnah terhadap pemimpin pembangkang.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan 6,000 orang di Himpunan Hijau Menuju Ke Putrajaya peringkat Negeri Selangor, di Stadium Kuala Selangor malam tadi.

“Mereka dah wujudkan unit khas cipta fitnah.

“Buat fitnah, fitnah, fitnah, tetapi bila keluarkan kenyataan menerangkan keadaan sebenar untuk menafikan dakwaan tersebut, tak terbit, terus dok panjangkan fitnah itu lagi,” kata Abdul Kadir.

Beliau yang juga bekas menteri Kerajaan Pusat turut menceritakan bagaimana kerajaan sekarang memaksa rakyat mengisi borang keahlian Umno sebelum boleh memohon pelbagai peruntukan dan kemudahan yang sepatutnya menjadi hak rakyat.

“Kamu lapar ya? Saya ada pinggan cantik, nasi dengan lauk yang sedap-sedap.

“Kalau kamu mahu, kamu kena merangkak ke mari dan ‘tabik’ saya dahulu, kemudian barulah saya beri nasi kamu,” kata Abdul Kadir apabila menggambarkan kesombongan Umno tatkala menghulurkan ‘bantuan’ kepada rakyat.

Beliau turut melahirkan rasa hormat dan kagum dengan pendirian ahli PAS yang tetap mempertahankan maruah mereka walaupun menerima tekanan hebat dari parti korup yang mentadbir negara selama 54 tahun itu.

“Sebab itulah saya tabik kepada ahli PAS kerana walaupun hidup susah, nak mohon peruntukan bantuan kerajaan tak boleh, tetapi tak gadai maruah mereka untuk mendapatkan ‘nasi’ itu,” katanya lagi.

Sebelum ini, sudah diketahui umum bahawa beberapa agensi kerajaan mengenakan ‘syarat tambahan’ tatkala memohon sebarang peruntukan dan bantuan yang disediakan kerajaan untuk rakyat.

Antara ‘syarat tambahan’ tersebut, pemohon tersebut diwajibkan menjadi ahli Umno atau dikehendaki mengisi borang keahlian Umno sekiranya masih belum berbuat demikian.

Antara agensi yang kerap diperkatakan di kalangan masyarakat umum negara ini adalah agensi yang terlibat dengan permohonan Pinjaman Tekun, permohonan rumah kos rendah, pinjaman pelajaran dari agensi kerajaan, permohonan tanah rancangan Felda serta Felcra dan beberapa yang lain.

Selain Abdul Kadir, turut menyampaikan ucapannya malam tadi, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Exco Kanan Selangor, Teresa Kok dan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Negeri Selangor, Iskandar Abd Samad.

Selain itu, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat turut menyampaikan amanatnya melalui tayangan video.

Dalam amanat Nik Aziz, beliau menyeru semua golongan masyarakat khususnya ahli-ahli PAS agar bersedia untuk menumbangkan kerajaan Umno-BN yang dianggapnya sebagai merosakan perpaduan penduduk negara ini.

Perhimpunan malam tadi turut dimeriahkan dengan cabutan nombor bertuah yang menawarkan hadiah telefon bimbit jenama Samsung Galaxy, basikal dan ketuhar gelombang mikro. -selangorku

20 comments:
Write comments
  1. syabas unk PAS,PKR dan DAP (PR) smoga cita2 dan penat lelah akan mendapat hasil yg baik. kami sebagai rakyat sentiasa memberikan sokongan dan undi untuk PR.

    ReplyDelete
  2. Unit Khas Untuk Fitnah PR adalah anjing UMNO!

    ReplyDelete
  3. Kadir Sheikh Fadzir bukan sudah keluar parti kah? Sekarang cuba nak memburukkan kerajaan dengan menyebar fitnah?

    ReplyDelete
  4. Apa bukti daripada Kadir Fadzir bahawa UMNO mewujudkan sebuah unit khas untuk menlancarkan fitnah terhadap pemimpin pembangkang?

    ReplyDelete
  5. tak payah tanya bukti..kita kena waspada dgn taktik umno. Dia dlm umno 33 tahun sudah dan mungkin dia dlm umno tu ,hang tak lahirpun. Ingat tak rais yatim..dia dedahkan yg dia bakar jambatan masa dlm umno dulu dan dia cerita sewaktu dlm parti semangat 46. makna betul le tu segala pendedahan bekas2 YB UMNO tu..alahaii. benda tu senang jer beb.

    ReplyDelete
  6. c kadir sejak tak dpt jawatan.. mula memburukkan UMNO.

    ReplyDelete
  7. Minta sokongan rakyat biar dengan cara yang betul dan bukan melalui politik kotor.

    ReplyDelete
  8. Bila keluar parti memang macam2 pendedahan dibuat.

    ReplyDelete
  9. Terasa sendiri saja. Mana tau betul2 ada segelintir yang tidak suka mereka.

    ReplyDelete
  10. Jika bagus sangat kenapa tidak pernah menang dalam pilihanraya?

    ReplyDelete
  11. UMNO dalam keadaan Nazak sebab itu tabur duit sana sini pancing rakyat tapi awas lepas menang PRU13 UMNO akan sembelih kita dengan GST seperti janji Najib dan kata-kata Idris Jala yang mana kalau GST tidak dilaksanakan negara akan bangkrap kerana kebodohan BN memerintah maklumlah pemimpin-pemimpinnya mentaliti budak tadika seperti kata Mahathir golongan bijak pandai semakin kurang berminat jadi ahli UMNO.

    ReplyDelete
  12. kadir sheikh fadzir keluar umno bukan sebab tak dpt jawatan dan tanpa jawatan pun beliau kaya tapi beliau lari keluar umno kerana umno jelas jauh menyimpang dr umno yg beliau kenal masa almarhum Tunku Ab rahman sehingga zaman Tun Hussein Onn. Beliau jelaskan 100% jiwa beliau dgn PAS dan tubuhkan Parti Ikatan kerana hendak menyatukan seluruh rakyat 1Malaysia kedalam PR melalui parti Ikatan iaitu bg mereka yg masih was was dgn PR tpi benci dgn umno/BN. Beliau tegaskan parti itu sbg cabang kpd parti PAS

    ReplyDelete
  13. Sebulan RM300,000 kali 12 bulan setahun, maka RM3.6 juta diperuntukan oleh Umno setahun untuk mengupah cybertrooper mereka menyerang di internet.

    Tidak hairanlah blog-blog pro Umno bercambah bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

    Apa yang menariknya, ada sebuah blog Umno melakukan fitnah kononnya Jingga 13 kelolaan Cikgu Fariz Musa membayar upah kepada cybertrooper Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete
  14. Tidak hairan la kalau dalam sini pun ada cybertrooper PR..

    ReplyDelete
  15. Cakap si Kadir tu lidah bercabang.

    ReplyDelete
  16. apa yg lidah bercabang tak tau ler? Tapi sekurang2nya Tan sri dah tahu UMNO sekarang bukan UMNO yg beliau masuk zaman 4 PM terawal penubohan UMNO. UMNO sekarang lebih kpd menggadai negara kpd asing dan bakal memuflislkan negara jika lambat diselamatkan.

    ReplyDelete
  17. Betulkah? Atau PR yang buat semua itu. tapi di Kerajaan selangor mengenai Pasir dan Faekah itu rasanya bukannya fitnah bukan. Mengenai puak Azmin dan Khalid pun bukannya fitnah bukan.

    ReplyDelete
  18. Menfitnah itu dosa.

    ReplyDelete
  19. Guna taktik dan saluran yang betul untuk berpolitik

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.