Sekumpulan lebih 100 orang penyokong kerajaan negeri Selangor berhimpun di hadapan pejabat Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) di Shah Alam hari ini sebagai sokongan kepada kerajaan negeri untuk mengambil alih pemegang konsesi air tersebut.
Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, termasuk ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei dan MP Shah Alam Khalid Samad memimpin perhimpunan yang bermula jam 12 tengahari itu.
Selain pemimpin parti Pakatan Rakyat, turut hadir dalam perhimpunan itu adalah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri, wakil Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan pemimpin Gabungan NGO Selangor.
Kumpulan berkenaan membawa kain rentang dengan slogan "Kembalikan air kepada rakyat", "Hentikan catuan air", dan "Pecat Tan Sri Rozali Ismail".
Sebelum itu, Khalid ketika berucap di hadapan bangunan SYABAS itu meminta agar Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings dan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB), Tan Sri Rozali Ismail supaya tidak bermain politik dan menjaga air Selangor dengan baik.
"Dia dibayar gaji yang tinggi tetapi tidak jalankan tugas dengan baik. Sebagai (pengerusi eksekutif) SYABAS, perlu menjaga air di Selangor. Jangan main politik. Tunaikan amanah dengan baik. Alasan nak bawa air mentah dari Pahang terbukti alasan tak berasas," katanya.
Lima memorandum turut diserahkan kepada wakil SYABAS dalam perhimpunan berlangsung selama kira-kira 45 minit itu.
Memorandum tersebut, yang diterima oleh pengarah eksekutifnya Ismail Hashim, menggaris tujuh perkara yang antara lainnya membantah cadangan SYABAS untuk mencatu bekalan air.
Memorandum itu juga menuntut supaya SYABAS berhenti daripada mensabotaj kerajaan negeri Selangor dalam isu bekalan air dan turut menyatakan bantahan keras ke atas pembinaan Loji Langat 2.
Memorandum daripada AMK Selangor itu membantahan catuan air di beberapa kawasan di negeri Selangor kerana menyebabkan kesusahan kepada penduduk di kawasan berkenaan dan mengganggu aktiviti kehidupan harian.
Ia turut menuntut supaya SYABAS berhenti daripada mensabotaj kerajaan negeri Selangor dalam isu bekalan air. Hal ini kerana, SYABAS dilihat tidak profesional dan tidak mengutamakan keperluan pengguna.
"SYABAS dilihat tidak profesional dan tidak mengutamakan keperluan pengguna yang lebih bersifat kepada tindakan sabotaj kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menjelang pilihan raya umum ke-13 bagi mengikis keyakinan rakyat terhadap kerajaan pakatan.
"Selangor kehilangan 60 projek pelaburan akibat perkhidmatan bekalan air yang tidak memuaskan. Sebanyak 162 buah projek pembangunan di Selangir tidak diluluskan SYABAS dan membuktikan SYABAS tidak layak menguruskan air di negeri ini," memorandum itu dipetik.
Memorandum berkenaan juga menyatakan bantahan keras ke atas pembinaan Loji Langat 2. Menurut memo itu, projek Langat 2 dilihat akan membebankan rakyat dengan kenaikan tarif air sehingga 70 peratus.
Kos penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor dan pembinaan Langat 2 menelan perbelanjaan RM8.65 bilion itu akan 'dipaksakan' ke atas rakyat Selangor, memorandum itu dipetik.
-MK
Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sedang dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri Selangor untuk menuntut PAMPASAN KERANA MENANGGUH-NANGGUHKAN PELARASAN TARIF AIR.
ReplyDeleteKetua Pegawai Operasinya Datuk Lee Miang Koi berkata sehingga hujung tahun ini, pampasan yang perlu dibayar kepada Syabas dijangka mencecah RM1 bilion.
"Syabas akan tuntut pampasan, kami sedang menimbang untuk ambil tindakan undang-undang, ikut perjanjian konsesi kami memang berhak ambil tindakan undang-undang," katanya ketika menjawab satu soalan yang dikemukan pada majlis Wacana Intelek Negara anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di Memorial Tunku Abdul Rahman di sini malam Rabu.
Beliau berkata Syabas sudah MENGHANTAR TUNTUTAN MENGENAI PAMPASAN ITU bagaimanapun sehingga sekarang, masih TIADA MAKLUM BALAS DARI PIHAK KERAJAAN NEGERI.
"Tarif air perlu diselaraskan supaya dapat perolehan untuk bayar hutang yang dipinjam bagi meningkatkan mutu perkhidmatan air.
"Dengan PENANGGUHAN PELARASAN DAN PEMBEKUAN PROGRAM CAPEX oleh kerajaan negeri, taraf perkhidmatan air akan merosot," katanya.
Lee berkata Syabas juga terpaksa membayar sebahagian bil untuk dibayar kepada operator loji air. Kerajaan negeri Selangor buat tak tahu saja. walaupun mengikut perjanjian, Syabas HARUS MEMBAYAR SAMA RATA.
Menurutnya akibat penstrukturan semula air yang tidak dimuktamadkan, Syabas turut mengalami beberapa masalah dalam operasinya, termasuk sukar mendapat dana dari bank kerana syarikat itu tidak tahu hala tujunya.
"SEJAK KERAJAAN NEGERI SELANGOR AMBIL ALIH, Syabas menyuarakan beberapa isu dan masalah tetapi TIADA MAKLUM BALAS DARI KERAJAAN NEGERI sebab mereka kaitkan isu itu dengan penstrukturan semula. Akibatnya kami tidak dapat menguruskan air sepenuhnya. Berat bila Kerajaan Negeri Selangor mempolitikkan perkara ini.
"Mereka nak lihat SYABAS TAK BERJAYA DAN BOLEH AMBIL ALIH DENGAN HARGA YANG MURAH, WALAUPUN TERDAPAT PELBAGAI KEKANGAN, SYABAS MASIH PERLU BERI PERKHIDMATAN KEPADA PENGGUNA," katanya.
Lee berkata bekalan air di SELANGOR, KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA DIJANGKA AKAN MENGHADAPI KEKURANGAN MENJELANG 2012 HINGGA 2014 dan jika tidak diuruskan dengan baik, besar kemungkinan kekurangan itu akan berlaku lebih awal.
"Sekarang hanya ada rezab 240 juta liter sehari atau 5.9 peratus daripada keperluan harian, selain dari penggunaan purata, ada keperluan puncak seperti perayaan serta musim panas, dan jumlah 5.9 peratus tidak mencukupi untuk menampung ketika waktu puncak. Akibat kepentingan mendesak kepada 3 negeri, Kerajaan Pusat berusaha membantu dengan cuba mengurus air dari negeri Pahang tetapi memerlukan kebenaran dari kerajaan Selangor yang kini menguruskan loji-loji air negeri, bukan sepenuhnya oleh Syabas.
"Enam bulan lalu, penggunaan air meningkat empat peratus, jika dibandingkan dengan rezab yang ada, dalam masa setahun enam bulan rezab air akan habis dan akan mengalami kekurangan bekalan air," katanya.
**Inilah faktanya akibat terlebih pandai sentiasa menipu rakyat dan gagal menepati janji.JANGAN SEMBUNYIKAN FAKTA, SENTIASA MENANG CAKAP. NANTI RAKYAT TERTIPU.
Pembinaan Loji Langat 2 bagi menampung keperluan dan permintaan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan tetap diteruskan meskipun tidak mendapat kerjasama daripada kerajaan negeri Selangor.
ReplyDeleteTimbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya akan merujuk kepada Peguam Negara agar kemelut yang membantutkan usaha kerajaan pusat membina Langat 2 bagi mengurangkan masalah kekurangan bekalan air yang mungkin melanda pada tahun 2014 dapat diselesaikan.
"Kita minta peguam negara semak perkara itu. Dari segi perlembagaan, kanun tanah negara, undang-undang tanah dan sebagainya.
"Kerana jawatankuasa berpendapat, ini adalah satu perkara yang amat penting. Kalau tidak dilaksanakan, ia akan beri satu situasi yang amat buruk. Elakkan berpolitik dan tuding-menuding. Utamakan kepentingan rakyat. " katanya selepas mempengerusikan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Isu-isu Air Selangor di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air selama tiga jam di sini, hari ini.
Ditanya adakah ia akan mengambil masa lama kerana melibatkan soal perundangan, Muhyiddin berkata, perkara berkenaan akan disegerakan dan Peguam Negara akan memulakan mesyuarat petang ini.
Beliau juga memberitahu, tawaran tender untuk menyiapkan projek tersebut akan dibuka mulai bulan hadapan dan ia akan disiapkan dalam tempoh tiga tahun setengah.
"Langat 2 dianggap projek yang wajar dilaksanakan untuk menentukan supaya dalam tempoh pada tahun 2014, yang mana diunjurkan air akan sampai tahap kritikal, maka Langat 2 ini akan mengurangkan masalah bekalan air.
"Kerja-kerja untuk siapkan tawaran akan dibuka dalam tempoh sebulan akan datang. Akan ada syarikat yang mulakan kerja sebaik kerajaan negeri beri kebenaran dan ia akan disiapkan dalam tempoh tiga tahun setengah dari tarikh ia mula dilaksanakan," katanya. -antarapos
Urusan air ni kalu ikut prundangan Islam, ia tugas mana2 kerajaan utk jaga keperluan rakyat ini. Kenapa Umno swastakan kpd korporat? Eh lupa, korporat tu juga kroni mereka ( Tan Sri Rozali) Elaunnya RM100k sebulan. Tapi kalu swastakan utk urusan keberkesanan bekalan air kpd rakyat, itu mungkin bole dprtimbangkan. Tapi kalu utk cekik darah rakyat, susah lah nak cakap.
ReplyDeleteDasar Penswstaan Negara ( DPN ) tu sebenarnya dasar utk menteri sapu harta negara. Sebab tu nilai matawang RM makin susut brbanding rakan2 dlm asean. Dasar tu dperkenalkan masa Mahathiq jadi PM. Sebelum tu, DEB juga gagal angkara kerakusan menteri2 kita. Gagal macam mane ? Ye lar, duit habis tapi projek tak jalan. Bukan 1 tapi brpuloh2 projek dan bukan RM3000 tapi RM30 juta. Pernah juga Tun Samy Vellu declare dlm media massa pd zaman beliau jd Menteri Krja Raya.
ReplyDeletekerajaan negeri x mampu.. tu yang heboh nak beli syabas setelah syabas dibankrapkan kerajaan negeri. PEMBENTUNGAN, SAMPAH & AIR JANGAN DIPANDANG REMEH! masalah air sentiasa di politikkan! subsidi air pun ntah ke mana. dlu janji bukan2 & dakwa pemimpin PR ahli korporat.. tahu nak urus! sampai aku pun seronok, rupanya tak mampu. politik .. politik .. dan dipolitikkan aje Selangor nih.
ReplyDeletedulu negeri kaya, jalan elok, jenayah kurang.. sekarang arak merata,jenayah tinggi,rakyat suka marah2, rumah2 maksiat banyak! PAS dulu lantang bersuara pasal murtad, arak, penyelewengan.. skrg PAS pun syubhah. diam, berpeluk dan seronok bersama bukan Islam atas alasan2 yg lunak.
getik aku!!
isu air yang timbul harus segera diselesaikan.
ReplyDeleteBetul juga kerajaan neg warning pengurusan SYABAS. Dah lah amik untung atas beklan air yg jadi keperluan rakyat,umno bg pula urusan pmbekalan air kpd sykt kroni. Atas angin mereka kaut harta negeri.Lepas tu masalah AIR dan SAMPAH dSelangor tu bukan zaman ni jer..masa Khir Toyo jd MB pun pernah trputus bekalan air trutama kawasan Tmn Bukit Permai, Cheras dan kaw. sewaktu dgnnya. Penduduk tak salahkan Khir Toyo pun . Itu masalah kekurangn bekalan air oleh faktor cuaca dll. Yg BN kalah dSelangor bukan sebab air pun..tapi kebangkitan rakyat an tsunami politik Msia.
ReplyDeleteMcm mana arak tak merata2 d Selangor sebab UMNO dulu buat 2 kilang arak gergasi utk dminum oleh rakyat Msia. Mcm mana jenayah tak naik index nya, PDRM kerja nak tangkap org PAS jer atau tembak budak2. Bnayak isu2 menarik sebenarnya tak perlu dituding jari kpd PAS atau BN,sama2 kita lakukan..AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR. Boleh ke UMNO faham apa dia tu?
Isu air Selangor ni sudah berpuluh tahun tapi masih belum selesai. tidak hairanlah kalau rakyat tidak beri sokongan pada PRU nanti.
ReplyDeletemasa belum naik menyalah org lain! skrg bila disalah orang, berani lah terima! dah PR naik dgn cara mcm nie.. belajar2 la terima kritikan demi kritikan! dah raayat diajar membangkang...
ReplyDeleteanony 12.51pm, mcm tu lah pembinaan tokong buddha terbesar di asia tenggara! letaknya kat `selangor` kan? hehe
issy..yg penting pandai kelentong raayat! bagi je alasan! sifirnya syurga!
anony 12.51pm, pandai kau menyindir orang umno ye? crita bagi pihak PR yg BN/umno ni buat mcm2 yg jahat! tanpa kau sedar, jk n.ajis yg beri kebenaran & pungut cukai mcm tu, kau lah pulak jaguh mempertahankannya!
ReplyDeleteisu air + sampah pun yg salah ialah BN? buat apa pegang negeri selangor?? rumah aku di pulau meranti indah pun dah smcm airnya. sampah tak kutip ikut jadual.
ok lah. mlm ni aku cabar kau jadi imam dan bilal tarawikh utk kga kau di rumah! pastu kau sementelahan utk berwitir, kau tazkirah isteri & anak2 kau sendiri psl rukun puasa & perkara2 yang membatalkan puasa! dah hbis, bawa keluarga berbincng mengenai pencapaian islam di negara. masa nak tidur, dengar anak2 berniat puasa. di katil asmaul husna..scr ikhlas, aku nak uji kemampuan & nilai islam pada kau! org2 pas& PKR/ PR yg lain pun - buat. jika boleh, tiap2 malam!
sebab aku buatlah aku cabar kau! bukan nak berlagak..tapi mmg aku dakwah kga mcm ni. jgn hanya hudud kau pandang buruk & buruk..belajarlah husnu zon
*skeluarga ahli umno akar umbi
Minta Selcat Siasat Skandal juga Projek Pasir Hanya Satu Sandiwara (bukan hanya siasat air??)!
ReplyDeleteKerajaan negeri Selangor hanya bersandiwara dengan meminta Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan,Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) untuk menyiasat skandal perlombongan pasir negeri, kata MCA Selangor.
Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan MCA Negeri Wong Koon Mun berkata tidak mempunyai kuasa dan siasatan terhadap skandal itu tidak akan menyelesaikan masalah.
“Memandangkan kerajaan negeri tidak dapat menyelesaikan isu kecurian pasir, mereka hanya bersandiwara dengan meminta Selcat, yang tidak mempunyai kuasa, untuk menyiasat supaya orang ramai akan berfikir bahawa mereka serius dalam isu ini.
“Selain itu, mereka meletakkan tanggungjawab itu kepada saksi dengan mendakwa bahawa mereka tidak hadir dan enggan membantu pendengaran Selcat dan kemudiannya menggunakan alasan bahawa mereka tidak mempunyai bukti sebagai satu usaha untuk menutup perkara itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.
Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Kubu Baru juga berkata kerajaan negeri tidak menyiasat isu itu malah selepas mereka menerima aduan.
“Laporan Ketua Audit Negara 2009, melaporkan bahawa kes kecurian pasir menjadi serius dan selepas Kuala Semesta Sdn Bhd (KSSB) mengambil alih, satu juta tan pasir dicuri.
“Ini bersamaan dengan RM1.82 juta dalam bentuk cukai,” katanya.
Beliau mencabar kerajaan negeri supaya membuktikan Akta Kebebasan Maklumatnya adalah sah dengan membuka laporan kewangan dan audit anak-anak syarikat kerajaan negeri termasuk KSSB dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
masalah air di Selangor perlu ditangani.
ReplyDeleteIni menunjukan kepincangan pengurusan pemerintahan PKR di S'gor.
ReplyDeleteSelangor ni dari dulu ada saja masalah air.
ReplyDeleteSYABAS mahu jadi macam FELDA juga ka? Banyak isu
ReplyDeletePerlukah Syabas ini diambil alih oleh Kerajaan Negeri? Rasanya perlu ada perbincangan mengenai perkara ini.
ReplyDeleteAnonymous said... July 25, 2012 8:05 PM ni jahil ke bangang...? tu dah tahap mempersendakan Islam...Itulah kalau org Islam sendiri pun jahil Islam...aku pun masih jahil tapi x pernah terlintas dalam kepala otak aku ni nak perli perbuatan2 yang mendekatkan diri dengan Allah...aku pun sembahyang x cukup tapi hati aku tetap rasa sakit bila ada orang yang persendakan perbuatan ibadah orang Islam...Ya Allah ya tuhanku, kau sabarkanlah aku...kalau orang ini memang sengaja nak persendakan umatmu semoga kau berikanlah balasan yang setimpall...Subhanallahhhhh!!!!!!!!!
ReplyDelete