Thursday, July 19, 2012

Empat Tokoh Sertai PAS Negeri Sembilan

PAS Negeri Sembilan menerima suntikan semangat yang baru apabila empat tokoh tempatan menyertai PAS baru-baru ini.

Majlis pengumuman kemasukkan kempat-empat tokoh tersebut berlangsung di Himpunan Hijau peringkat Negeri Sembilan di Johol, Kuala Pilah malam kelmarin.

Pengumuman penyertaan empat bekas pemimpin setempat dan bekas pegawai tinggi kerajaan ini merupakan gimik dan kejutan oleh PAS Negeri Sembilan untuk Himpunan Hijau tersebut.

Mereka yang mengumumkan masuk PAS pada malam tersebut ialah bekas Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Zainal Isa; bekas Pengurus Pos Malaysia Berhad Zon Selatan, Mokhtar Musa; bekas Pembantu Exco Kerajaan Negeri Sembilan, Anuar Hashim dan bekas Pengerusi JKKK Kampung Pilin, Rembau, Ramli Jalun.

Ketika Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan, Norazman Mohamad memperkenalkan mereka secara satu persatu, lebih 3, 000 ahli PAS yang hadir bersorak dan melaungkan takbir.
Mokhtar, Anuar dan Ramli juga merupakan ahli Umno sebelum menyertai PAS
.

Seterusnya kempat-empat mereka diberikan peluang berucap. Anuar yang merupakan bekas Pembantu Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Klawang, Datuk Yunus Rahmat (Umno) menggamatkan suasana apabila tersasul menyebut kepimpinan PAS yang duduk di atas pentas sebagai kepimpinan Umno.

Zainal dalam ucapannya berkata beliau tidak pernah menyertai mana-mana parti sepanjang bertugas sebagai pegawai kerajaan.

“Walaubagaimanapun selepas bersara saya mengambil keputusan untuk menyertai PAS kerana perjuangan PAS ‘Islamik’ dan lebih kepada ‘semangat’ dan bukan hanya ‘fizikal’ semata-mata.

“Saya mempunyai kepakaran di dalam sistem perhutanan, air dan alam sekitar dan saya percaya saya boleh menyumbang sesuatu kepada PAS dalam konteks tersebut”, kata Zainal.

Kecewa dengan Umno

Mokhtar pula berkata beliau menyertai Umno pada tahun 1963 dan kini mengambil keputusan untuk menyertai PAS kerana perjuangan Umno kini sudah tidak sama seperti 50 tahun dulu.

Tanpa menghuraikan secara terperinci Mokhtar menyatakan rasa kecewa terhadap cara pentadbiran Umno ketika ini dan memilih perjuangan PAS yang beliau anggap menepati ciri-ciri Islam dan telus.

Sementara itu Norazman dalam ucapan beliau berkata penganjuran perhimpunan ini untuk menyemarakkan lagi sokongan ahli selain mengalu-alukan orang ramai memilih PAS sebagai parti politik pilihan mereka.

“Rakyat tidak perlu takut dan rasa terhutang budi kepada Umno.Apa yang Umno beri pada rakyat sememangnya merupakan hak rakyat dari duit rakyat sendiri (cukai).

“Tanamkan keyakinan tinggi kepada pemerintahan PAS dan Pakatan Rakyat kerana ia sudah terbukti di negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat seperti di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

“PAS akan berjuang habis-habisan dengan gandingan PKR dan DAP untuk mengecapi kemenangan mutlak di Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti”, kata Norazman.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar; anak kepada bekas Perdana Menteri Tun Ghafar Baba, iaitu Datuk Tamrin Ghafar; Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Dr. Mohamad Rafie Abdul Malek. -FMT

22 comments:
Write comments
  1. Walaupun PAS kelihatan mendapat sambutan yang baik, tapi semua ini tidak semestinya gerenti bahawa PAS akan mendapat kemenangan pada PRU-13.

    ReplyDelete
  2. Sama ada PAS akan menang pada PRU-13 terletak dalam tangan rakyat. Hanya pengundi sahaja yang mampu menentukannya.

    ReplyDelete
  3. Mahathir sendiri mengakui orang bijak cerdik tak lagi berminat menyertai UMNO kesian UMNO hanya diminati oleh orang-orang bodoh kan Mahathir.

    ReplyDelete
  4. suasana yg menyaksikan masyarakat cerdik telah menyertai gerakan Islam PAS dan menjauhi gerakan sekular UMNO yg dilihat spt zaman kamal atartuk menhancurkan islam di Turki. Islam mula bagkit di Turki dan bersamaan juga di Msia, insya'allah.

    ReplyDelete
  5. PAS begitu gemar menghebahkan setiap kemasukan ahli.

    ReplyDelete
  6. banyak projek balak tamrin di kelantan!! husam musa dah dapat syer nya! bagilah kat papa gomo sikit! sian budak tuh kena main dgn peguam2 mata duitan.

    kome sokongla PAS.. parti ini penuh kroni, rasuah, emosi, mungkir.. di kalangan pemimpinnya! bila tak dpt buat, bw firman tuhan! bawa isu baru. padahal mmg mungkir.

    yang `bawah` terjerit2 hudud, hapuskan sekular, jgn pertikai keputusan pemimpin2 PAS!!

    yg `atas` ada kira2 pencen, syer, penyelewengan, main pompuan mcm kat adun2 kedah, xnak buat hudud walaupun dah dibenar BN (kedah& selangor,perak),luluskan projek2 pd yg bg duit, xmau tau psl murtad, pejam mata psl arak, kuil besar2 di ktan, pegang parlimen & dun scr serentak, serta income sampingan scr rahsia!!

    kau ingat PR jk memerintah mau buat hudud ka? minta la elok2 dgn BN..jika pemimpin yg lepas x bagi..tp, pemimpin skrg mgkin bagi! mrk sgt ambil berat pasal kemahuan rakyat. ini tak, sentiasa nak bergaduh aje dgn BN..kemudian kutuk2 BN. cukup bulan tk tau malu ambil duit gaji. cth nik aziz. jangan ambik satu sen pun ,pok nik nyanyuk!

    ingat juga.. silent majoriti amat ramai di blkg UMNO/ BN!! tak percaya, tengokla PRU 13 nti!! adik beradik, mertua, ipar duai, sedare + anak2 aku solid mau undi dacing! itu belum kempen lg..

    banyak lagi citer pasal kepimpinan PAS nih! pemimpin yg baik, berkualiti, dah diterjah kuar..

    **pemerhati aktif yg anti mental block

    ReplyDelete
  7. Makin ramai pula yang menyertai PAS ni.

    ReplyDelete
  8. Apapun, good luck buat PAS. yang pasti di Sabah, PAS kurang sambutan.

    ReplyDelete
  9. “Rakyat tidak perlu takut dan rasa terhutang budi kepada Umno.Apa yang Umno beri pada rakyat sememangnya merupakan hak rakyat dari duit rakyat sendiri (cukai)."

    pandai nak belit!!? hangpa ingat cukai dari rakyat tu banyak ka? brapa byk hang bayaq cukai?? pi tanya LHDN berapa ramai dok bayaq? x smpai 10% yg bayaq. UMNO/BN terpaksa buat macam2 pelaburan terutama pertanian di beberapa negara jiran(sime, guthrie,lth dll)! persyarikatan malaysia (sejak Dr M), pelaburan saham di asia + pelaburan minyak (petronas umno punya tu sbb ramai staf melayu) di beberapa negara!

    plu diingat - pembayar cukai yg setia & bnyak di Malaysia ialah dari rokok, arak & judi!! itulah yg dok bayaq gaji & bajet! bayaq gaji hj hadi, husam + azizan jgk

    *di tganu + kedah+ kelantan hanya `cukai kuil`! huhu

    ###ataih pagaq lagii cerdik... suka dacing xmau `usha` bulan + naik roket dah!

    ReplyDelete
  10. bagus nampak senario sekarang.berduyun2 orang cerdikpandai,artis,kerabat draja malah YB2 drp ameno sendiri dah masuk PAS..terserlah lagi ucapan Tun M ye, yg beraqal masuk PAS dan yg dungu masuk ameno. TAKBIR 3X.

    ReplyDelete
  11. walfitnatu asyaddu minal khotr.."jgn kamu brsama umno yg sebar fitnah"

    ReplyDelete
  12. Pilihan masing2 kita tidak boleh halang.

    ReplyDelete
  13. Harap mereka membuat keputusan yang betul.

    ReplyDelete
  14. pilihan di tangan kita semua..spti kata menteri2, kita catatlah siapa yg membantu kita, menepati janji, rapo kepimpinan yg baik. moga allah sentiasa bersama kita.

    moga malaysia lebih baik di masa2 akan datang. Sabah & Swk, sy hormati konfederasi anda dlm malaysia.

    ReplyDelete
  15. Mana2 kerajaan yg mentadbir negara lebih drp 30 tahun..mereka akan 'dihiasi' dgn perangai burok spt yg berlaku pd hari ni dM'sia. seluruh dunia telah timbul kebangkitan rakyat trutama di Timur Tengah yg menyaksikan pemimpin zalim dihumban dan dibunoh oleh kebangkitan rakyat.

    ReplyDelete
  16. PAS tidak mungkin boleh menang di Sabah.

    ReplyDelete
  17. Jangan undi PAS. Undilah BN.

    ReplyDelete
  18. Undilah BN dSabah utk meramai dan memeriahkan lagi PATI. Hidup PATI

    ReplyDelete
  19. Salam, aku ada citer baru! Skandal Menantu Pemimpin Ternama PAS! Korang nak tak? Aku tunggu line clear aje nih! Memang tak sangka! Tq jgk pada kawan2 yg sent Skandal Izzah. Kita tunggu masa yang ok jew!! Aku dah tak sabar2 nih! Cepatla PRU. jangan undi sapa-sapa!! Huhu

    ReplyDelete
  20. Pendedahan trio datuk T ke M nih yer? Citer skandal nih kadang2 dah jadi lucu pulak yer!

    ReplyDelete
  21. Kita lihat saja nanti berita seterusnya mengenai penyertaan ini. Kerana jika kita lihat pun rasanya ini tidak juga menggugat sokongan rakyat kepada BN.

    ReplyDelete
  22. gd luck bg yang kuar. ulama tersohor nusantara, Ustaz Rasul Bin Dahri dikafirkan oleh pengikut PAS coz tidak menyokong PAS.. inilah antara topeng2 PAS yg tertutup.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.