Timbalan Menteri Kabinet, Datuk Seri Panglima Lajim Ukim mengajak rakyat Sabah supaya meninggalkan ‘kapal Barisan Nasional (BN) yang bocor’ dan bakal tenggelam.
Pada pelancaran Pakatan Perubahan Sabah di rumahnya di Beaufort malam tadi, beliau menggesa rakyat negeri itu, khususnya pengundi Beaufort menaiki kapal baru.
“Ayuh kita masuk kapal baru. Jangan ikut kapal BN yang bocor dan akan tenggelam,” katanya depan kira-kira 20,000 penyokongnya.
Turut hadir ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Pengerusi KEADILAN Sabah, Thamrin Jaini; bekas menteri Kabinet, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir dan pimpinan KEADILAN lain.
Lajim menyifatkan tindakan itu perlu kerana Umno BN selama ini membuli rakyat Sabah dengan mengabaikan mereka lantaran menganggap mereka sebagai pengundi ‘deposit tetap’.
“Umno BN buat sesuka hati mereka sebab kita dipandang sebagai fixed deposit (deposit tetap). Saya beri amaran kepda BN, jangan buli rakyat Sabah lagi,” katanya.
Setiap kali Lajim mengajak penyokongnya menukar kerajaan, orang ramai akan bersorak dengan melaungkan ‘Tuuukar’ -slogan PPS dan Angkatan Perubahan Sabah (APS).
“Sabah kaya dengan hasil balak dan minyak banyak tapi yang kaya adalah kroni Umno di Sabah dan Semenanjung. Rakyat Sabah tetap sama – miskin,” katanya.
Lajim juga menegaskan sokongannya terhadap Pakatan Rakyat bukan untuk kepentingan diri, sebaliknya demi kebajikan rakyat Sabah.
“Saya sudah kaya tapi apakah rakyat Sabah juga kaya? Tidak. Mereka masih miskin. Dulu, saya sokong Umno masuk ke Sabah dulu, sebab mahu tolong rakyat tapi tidak, nampaknya.
“Ada yang tuduh, pembangkang beli saya. Apa sangatlah duit pembangkang. Yang sibuk mahu beli ialah BN,” katanya. -KD
Tuesday, July 31, 2012
Lajim Ukin - Tinggalkan Kapal BN Yang Bakal Tenggelam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Patut pun PM sebelum ni..selalu sgt dtg sabah. Balik jer KL lepas tu patah balik ke Sabah. Rupa2nya ada benda akan berlaku.
ReplyDeletegb bye ds lajim! eloknya kau mananti dulu sebelum siasatan ijazah palsu kau, penyelewengan2 duit, isu x menepati janji di beufort - diputuskan jk disiplin umno! bukan terus lari mcm tu aja.
ReplyDeletepatah tumbuh hilang berganti, bha..
haha! Kapal BN yang mahu tenggelam atau Lajim yang akan tenggelam?? Bersara sajalah..
ReplyDeleteTengoklah sejauh mana saja perjuangan Lajim dan Bumburing. Jika mereka tiada 'political tool' yang mantap, tiada perubahan yang akan dicapai.
ReplyDeleteTetap sokong Lajim, masanya sudah berubah. Untuk menurunkan Musa Aman yang hanya sibuk memperkayakan kroni ada baiknya UMNU dan BN ditumbangkan.
ReplyDeletelebih baik jglah Lajim keluar, dari menjadi duri dalam parti.
ReplyDeletetanpa Lajim, BN tetap akan kukuh.
ReplyDeleteLajim hanya liabiliti kepada BN, patut keluar parti.
ReplyDeletesemua ahli umno BN harus bekerjasama untuk memenangi PRU13.
ReplyDeleteTidak sehaluan dengan perjuangan parti. memang pun patut keluar ja.
ReplyDeleteBukan setakat keluar tapi terus bersara baru ngam..
ReplyDeleteSekarang sudah terang, lajim jadi katak.
ReplyDeleteLajim betul-betul tiada pendirian, gila kuasa, tau beliau akal tidak di calonkan, jadi dia lompat parti lah..pemimpin seperti ini tidak boleh di pakai.
ReplyDeleteBN lebih kukuh tanpa Lajim yang hanya pentingkan diri sendiri sahaja.
ReplyDeleteLepas ni kalu kalah lagi, lompat lagi Lajim.
ReplyDeleteBanyak bising si Lajim ini, lebih baik beliau bersara sahaja.
ReplyDeleteHiduppppppppppppp
ReplyDeletepemimpin nilah yang dicari..tak kan mcm shafie afdal, Bung moktar
ReplyDeletekita kasi pencen itu BN disabah sebab terlalu korap sudah banyak project tapi tidak nampak kalau betul-betul SPRM mencegah rasuah kemungkinan penjara kepayan tidak luas untuk menampung mereka dari ketua cawangan UMNO hingga lah kepada wakil rakyaat UMNO sekali,cuba tuan/puan bayang kan jalan masih licin tapi setiap tahun di aspal sedang kan jalan kampung masih seperti jalan kerabau...bodoh punya pemimpin BN..wahai SPRM cuba lah buka mata bukan buka poket juga
ReplyDeletewalfitnatu asyaddu minal khotr.."Jgn kita brsama umno dlm menyebarkan fitnah."
ReplyDeleteBN tetap menegakkan kronisme.Contoh trbaru..sdr Rafizi PKR yg dedahkan isu NFC yg seleweng RM250 juta oleh Shahrizat telah ditangkap polis dbawah akta bank (BAFIA). Adoss,hancoss negara. Pendedah peyelewengan ditangkap, penyeleweng pula bebas brmaharajlela. Jom ramai2 humban kan BN kelongkang
ReplyDeleteSaya tetap sokong BN kerana:
ReplyDelete1. Lepas PRU13 cukai GST akan dilaksanakan jadi kita semua kena cukai
2. PATI BN lindungi contoh RCI PATI ditubuh tapi sampai sekarang tidak berfungsi
3. Janji-janji BN janji Palsu, Mana UMS Keningau, Mana Lebuhraya Tenom Beaufort, Minta buat SMK Terusmadi supaya kanak-kanak dikawasan itu dapat pendidikan dikatakan tiada peruntukan
4. BN janji atasi masalah air di Keningau tapi bukan peruntukan sebaliknya dibagi hutang pengsuni Sabah sebagai Fixed Deposit dianggap sampah.
pemikiran penduduk SABAH harus berubah dan hanya orang sabah saja yg bisa menentukan siapa parti yg harus di pilih unk memerintah SABAH...PR adalah parti yg sesuai unk memerintah negeri sabah. SABAH BOLEH BAHHH KALAU KAUUUU....
ReplyDeletesaya tidak sokong mana-mana parti...tapi saya beinci orang semenanjung yang datang Sabah berlagak bos....
ReplyDeletekepada orang semenanjung yang datang Sabah berlagak seperti TUAN pigi lah balik kampung, jangan rosakkan perpaduan yang ada di Sabah.
ReplyDeleteTanpa Lajim, rasa-rasa BN masih berkebolehan menang besar di Sabah.
ReplyDeleteKelemahan BN harus ditanggani jika tidak, memang satu kapal yang akan tenggelam.
ReplyDeleteRakyat peerlukan pemimpin yang sanggup berusaha, terbukti Lajim salah satu juga.
ReplyDeleteMasing-masing bertindak dan attack. Inilah politik Sabah & Malaysia.
ReplyDeleteBudaya lompat parti satu keadaan biasa sahaja.
ReplyDeletelepas ini Lajim akan sertai pembangkang yang dulu dia kutuk.
ReplyDeletepembangkang pula, sibuk pelawa Lajim masuk parti mereka walaupun dulu diorang tidak suka Lajim.
ReplyDeleteapa pun, pilihan ditangan rakyat. buatlah pilihan yang bijak.
ReplyDeletebagi ahli politik yang suka lompat parti, ini biasa saja..macam hobi..hehehe
ReplyDeleteBN harus terus berusaha untuk memajukan Sabah, itu yang penting.
ReplyDeletesejarah telah membuktikan bahawa sesiapa yg mengkhiananti bn/umno akan terus tenggelam bukannya kapal yg tenggelam.,contohnya zahid ibrahim kelantan dan bian baru sarawak.
ReplyDeleteTidak ada bezanya dengan ketiadaan Lajim
ReplyDeleteOrang ramai pandai2 la memilih kapal mana yang tidak akan tengelam.
ReplyDeleteBiasanya yg tenggelam tu individu memang brmasalah dgn duit,jawatan atau seumpamanya. Tapi kalu yg masuk PAS tu bukan kerana lain kecuali LILLAHI TA'ALA..insya allah mereka kekal brmaruah spt Datuk Kamaruddin Jaffar ( TUMPAT). Dia org kuat UMNO Kelantan sebelum ni. Tapi mereka yg bawa perangai umngok kedlm PKR/PAS memang akan tenggelam. Juga yg brlaku sudh ada contoh,siapa yg lari dr umngok tapi mengharap fulus dr pihak lawan memang salah percaturan. Juga harus diingat,pihak SB akan sentiasa mengganggu dan mengugut mereka ini sebab itu mereka dikatakan tenggelam tapi bukan tenggelam kerana apa,ugutan keatas mereka dan ahli keluarga. Akhirnya terpaksa bardiam diri shj. Senang lagi kalu ada imbuhan drp BN/UMNO supaya 'diamkan' diri, selamat dan senang. Sebab apa pernah brlaku kpd (Datuk Nasharuddin YB UMNO DUN Perak) yg istihar sokong dan masuk PKR ke PAS pd tahun lepas. Dua hari jer 'masuk' PAS terus melompat balik keddalam umno. Kata dua diberi..DATUK NAK SENANG KE NAK SUSAH? Jadi ayuh masuk umno balik le keputusannya.
ReplyDeleteItu fakta menarik yg memang manusia tak tau.
##Bekas Kor Risik Tentera.
Dari awal lagi puncak pemimpin BN-UMNO berputus untuk menjatuhkan Lajim Ukin, tiada apapa impak terhadap parti BN jika Lajim Ukin keluar parti.
ReplyDeleteBagus Lajim Ukin tinggalkan parti awal-awal daripada menjadi musuh dalam selimut dan merosakkan kesatuan dalam parti.
ReplyDeleteTiada krisis dalam BN Sabah, cuma Lajim Ukin saja yang menimbulkan krisis ini dalam parti. Baguslah sekarang Lajim sudah keluar parti.
ReplyDeleteYang bakal tenggalan dalam UMNO sebenarnya Datuk Lajim sendiri yang akan disingkirkan dari kerusi tersebut. Sebab itulah dia cepat-cepat tinggalkan parti sebelum memalukan diri sendiri.
ReplyDeleteJangan mudah terpedaya dengan permainan pembangkang./
ReplyDeleteSaya percaya pada suatu hari nanti Datuk Lajim akan menyesal seumur hidup dengan janji Anwar kepadanya.
ReplyDeletePercaya atau tidak mengenai perkara ini itu adalah benar. Lajim terpedaya dengan janji Anwar yang diberikan.
ReplyDeleteYang sedih lagi...Lajim tidak mendapat sokongan daripada penduduk Bisaya sendiri atas tindakkan beliau keluar parti.
ReplyDeletelajim dan bumburing keluar parti belum lagi PRU 13 itu kita anggap 'gentleman' kerana dia menyerahkan jatuh bangunnya ditangan rakyat... apa2 alasan sama ada org BN atau PA biarlah pengundi akan mengukurnya..'BUKA'mata buka telinga tgt apa yang berlaku d SABAH fikir2kanla adakah rezeki yang kita perolehi sekarang akan dapat dikecapi generasi akan datang! telunjuk lurus kelengking berkait....
ReplyDelete