Sunday, July 29, 2012

Lajim Ukin Isytihar Letak Jawatan Umno

Datuk Seri Lajim Ukin, yang lima hari yang lalu mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuat kuasa serta-merta.

Beliau merupakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan tindakannya yang diputuskan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) agak mengejutkan banyak pihak.

Bagaimanapun, beliau masih kekal sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ahli Umno, dan menyerahkan kepada parti untuk membuat keputusan.

"Bagi jawatan Timbalan Menteri, saya serahkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk menentukkan kedudukan saya kerana itu budi bicara beliau.

"Bagi menentukan keahlian saya dalam Umno, saya menyerahkan kepada Majlis Tertinggi Umno untuk mengambil tindakan... kalau mereka rasa saya menyalahi peraturan parti mereka boleh pecat saya," katanya dipetik Bernama.

Beliau mengumumkan keputusannya itu ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan program khas serta pengisytiharan gerakan 'Pakatan Perubahan Sabah' (PPS) di kediamannya di Likas Jaya, dekat sini hari ini.

Pada majlis itu, Lajim turut mengumumkan senarai perwakilan PPS di 17 kawasan Parlimen di Sabah.

Bulan lalu, Lajim mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu.

“Surat peletakan jawatannya sebagai Ketua Umno Cawangan telah dihantar kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort beberapa hari lalu. Langkah pertama tidak akan pertahankan kerusi Ketua Bahagian dan langkah kedua peletakan ketua cawangan Umno dan langkah ketiga katanya tunggu dan lihat,” katanya yang dipetik portal berita New Sabah Times pada Isnin lalu.

Sebelum ini, Lajim mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Ketua Umno Bahagian Beaufort.

Lajim berkata, beliau masih ‘pemimpin kerajaan’ dan meneruskan tugasnya sebagai pemimpin dalam parti kerajaan. -SH

30 comments:
Write comments
  1. contoh pemimpin sabah yang boleh diharap..?

    ReplyDelete
  2. Syabas datuk seri lajim ukin. Apa guna kedudukan kita dlm parti, sekiranya itu x dpt membantu rakyat, sedangkan merekalah yg patut diberikan khidmat & bakti. Utk membantu & berbakti pd rakyat, kena platform yg betul, platform yg betul2 mengutamakan rakyat & bukan sebaliknya. Saya rasa itulah pertimbangan yg diambil oleh datuk lajim, sehingga membawanya meletak jawatan. Tindakan meletakkan jawatan demi perjuangan memartabatkan rakyat, adalah tindakan yg teramat mulia. Tahniah diucapkan dari kem PR...

    ReplyDelete
  3. wah!!! Sabah dah bertindak... ... jgn main main ngan Sabahan tau.. pernah ada sejarah tuuu.

    ReplyDelete
  4. Syabas Datuk Lajim..tapi jgn seperti Ibrahim Ali. Pgi bodek Nik Aziz dan lepaih menang jer MP Pasir Mas, terus lipat tengkok Nik Aziz. Berahim Ali tu sebenarnya layak dibuat 'sasaran' acara menembak pistol jer. Mungkin Datuk Lajim ndak saparti ituh,yaa. Pambangunan Beaufort pun saya nengok bole tahan jugak. tambahan pulak kalu siap jln Sapulut Kalabakan nanti, hebat lagi la pembangunannya. Cuma jalan Kalabakan Tawau jer mcm sioll. MANA S/U KERJA BN SABAH MBAH.

    ** Yassir Arafat

    ReplyDelete
  5. Kami sokong DSP lajim...kita Tumbangkan BN Sabah, tukar musa aman...

    ReplyDelete
  6. Saya dengar saja.....undi saja...saya nak cari makan saja...dorang yg kaya raya....main laga laga.....kita rakyat baisa....tengok saja

    ReplyDelete
  7. Hahahhaa.. Ya kita tengok saja dan sampai masa nanti kita pangkah saja siapa yang paling layak diundi.

    ReplyDelete
  8. Kita lihat sajalah nanti perkembangannya:)

    ReplyDelete
  9. Terpulang dari kita saja tu nak pilih siapa. Susah juga mahu cakap sebab lain orang lain pandangannya.

    ReplyDelete
  10. Saya tahu mahu undi siapa. Kamu tahukah siapa yang nak kamu undi nanti? Takkan tunggu dan lihat saja kot:P hihihi

    ReplyDelete
  11. Letak jawatan ka tak, napa pula kita nak kepoh. Lantaklah apa Lajim na buat, itukan haknya! Selebihnya biar rakyat yg tentukan masa depan politiknya.

    ReplyDelete
  12. Lajim hnya letakkan jawatannya dalm UMNO tapi dia masih lagi ahli UMNO, kenapa Lajim tak keluar saja dari UMNO jika ada niat demikian?

    ReplyDelete
  13. tidak lama lagi pasti Lajim akan umumkan keluar dari UMNO.

    ReplyDelete
  14. Lambat laun memang Lajim akan buat keputusan juga

    ReplyDelete
  15. Lebih baik Lajim buat keputusan, jangan minta simpati dari rakyat Sabah

    ReplyDelete
  16. Alang2 sudah keputusan Lajim ni. bukankah beliau sudah condong kepada PR jadi tiada sebab lagi kenapa beliau terus menjadi ahli BN dan memegang jawatan timbalan menteri perumahan. sudah nampak beliau menyalahi peraturan parti.

    ReplyDelete
  17. Biar Lajim dengan halatuju politiknya lepas ni..

    ReplyDelete
  18. kalau sudah tidak suka keluar sajalah.

    ReplyDelete
  19. terserah kepada Lajim untuk tentukan keputusan beliau yang seterusnya nanti.

    ReplyDelete
  20. tunggu dan lihat sajalah, politik ni susah mau diramal.

    ReplyDelete
  21. itu keputusan Lajim, beliau berhak tentukan keputusan sendiri.

    ReplyDelete
  22. kalau pun Lajim sertai pembangkang, susah juga mau dapat sokongan kerana parti-parti pembangkang di Sabah tidak bersatu dan masing-masing ada agenda sendiri.

    ReplyDelete
  23. Tidak hairan dengan tindakan Lajim. Beliau cuba ulangi sejarah 1994.

    ReplyDelete
  24. Daripada terus menjadi liabiliti kepada parti, lebih baik keluar.

    ReplyDelete
  25. Teruskan usaha untuk sentiasa maju

    ReplyDelete
  26. Tidak ada sebab mengapa kita harus menahan beliau daripada keluar dari BN.

    ReplyDelete
  27. Datuk Lajim tahu apa yang patut dilakukannya. Mungkin ini adalah jalan yang terbaik.

    ReplyDelete
  28. bagus juga Lajim letak jawatan ini. Sekurang-kurangnya hilang juga beban BN atas apa yang Lajim lakukan ini.

    ReplyDelete
  29. Baguslah kalau Lajim Ukin dah meletak jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional Beaufort.

    ReplyDelete
  30. BN tidak memerlukan musuh dalam selimut seperti si Lajim Ukin ini, baik keluar parti awal-awal.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.