Friday, July 27, 2012

Setiausaha politik MB Kedah rasuah?

Bercakap pasal Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor melantik peguam untuk mengendalikan kes fitnah mengaitkan dirinya dengan tuduhan rasuah bernilai RM1.3 juta, teringat saya dengan bekas pengarah Yayasan pembangunan Keluarga Terengganu..

Beliau (Ustaz Ismail Dagang) difitnah dengan tuduahan memakan rasuah bernilai RM 2 juta dan telah diberhentikan menjawat jawatan tersebut secara mengejut, sedangkan belum pasti sama ada terbabit dan sebaliknya.

Datuk Seri Ustaz Azizan Razak sedia maklum dengan kes bekas pengarah Yayasan pembangunan keluarga Terengganu, kerana MB dan Exco Kanan Terengganu kawan arkabnya dan pucuk kepimpinan PAS Pusat.

Yang mengecewakan Ustaz Ismail Dagang yang melentikkan jawatan guru namanya tercemar. dahlah hilangan mata pencarian punca ketidak bertanggungjawaban exco kanan kerajaan Terengganu waktu itu.

Saya bimbang takut kalau kalau kes Setiausaha politik menteri Besar Kedah akan senasib dengan bekas pengarah yayasan pembangunan keluarga Terengganu kerana terlalu mudah dan cepat percaya dengan fitnah yang dilakukan umno.

Pas Kedah kelihatan kedepan berbanding dengan PAS Terengganu dalam kes menghadap fitnah dan tuduhan liar umno, kerana Ketua Dewan pemuda PAS negeri Ahmad Yahaya menyokong Mohammad Sanusi mengambil tindakan undang undang.

Kita percaya, tindakan fitnah yang dilemparkan itu sangat berat dan memberi kesan buruk terhadap imej Kerajaan Negeri dan parti sendiri.

Tetapi Menteri Besar dan barisan Exco Kedah kena hati hati agar ia tidak berlaku dengan apa yang berlaku pada kerajaan PAS Terengganu (1999-2004) bahawa ianya adalah fitnah umno untuk mecemar reputasi kerajaan yang bermenterikan ulamak.

Oleh kerana beliau (Muhamad Sanusi) turut memegang jawatan penting dalam kerajaan dan parti sebagai Timbalan Ketua Pemuda Pas Kedah, jangan ambil mudah dan tindakan terburu buru nanti kesannya akan menyesal kemudian hari.

Kita juga kena ingat bahawa budaya fitnah-menfitnah adalah amalan yang sangat lazim dilakukan umno terhadap pas musuhnya dan amat tidak patut berlaku pada bulan mulia ramadhan ini.

Ingat, jangan mudah percaya dengan musuh kita kerana ia boleh membuat reputasi parti dan kerajaan lebih buruk. Lebih lebih lagi kes pembelian saham Felda oleh kerajaan sedang jadi isu besar.

-TKO

6 comments:
Write comments
  1. kenapa polis tutop siasatan kes Kelantan Golden Trade ( KGT) ygheboh di perkatakan oleh publik? Takut ke kerana memang takder kes tapi cuba menimbulkan fitnah baru( salah satu fitnah brsiri ) yg mampu Umngok lahirkan utk disebar oleh juak2 mereka.

    ReplyDelete
  2. Fakta 2. Pada tahun 2009 yang lalu kerajaan Pas Kedah dikatakan telah memajak tanah yang luas di Timor Leste bagi menanam padi. Tanah yang dipajak itu akan dijadikan tapak baru aktiviti penanaman padi yang kosnya jauh lebih murah berbanding di Malaysia.

    Tapi yang tak boleh blahnya Pas yang cukup dikenali dengan sifat riak takbur dan angkuh ni berkata atas hasil berkat pemerintahan Isle ala Pas Tanah yang dipajak itu ada ketulan emas yang banyak..



    Dari maklumat yang MTK dapat setiap apa yang terkandung dalam tanah yang dipajak tersebut menjadi milik Kedah dari perjanjian diantara Kerajaan Pas Kedah dengan kerajaan Timor Leste..

    Tapi mana perginya ketualan Emas yang dibanggakan oleh Kerajaan Pas??Sampai sekarang dah tak ada berita pasal tanah tu..Projek awal Pas kata ini satu insentif kerajaan negeri bagi tangani kekurangan beras di pasaran.Tapi sekarang ni beras pun tak nampak apatah lagi emas..

    MTK mintak kerajaan Pas Kedah jawab apa dah jadi dngan projek ini..Ini melibatkan duit rakyat kedah..Jangan cuba nak pusing kanan pusing kiri lagi..SU MB..kes ni ada jg kaitan dgn hang, kan??

    ReplyDelete
  3. Sanusi, apa cerita dengan janji hendak beri cuti edah selama 30 hari kepada wanita yang kematian suami dan 14 hari untuk suami kematian isteri. Sampai sekarang x da berita?

    tu belum janji2 yg lain!! tipuu aja

    ReplyDelete
  4. Tahniah MB Kedah yg berjaya menambahkan lagi kewangan negeri hasil dr kecekapan mentadbir yg selama ini kewangan negeri amatlah 'ciput' dsamping hutang pusat yg banyak. spt dKelantan dulu..berambusnya BN dr Tanah Islam Kelantan, PAS Neg trpaksa bayar hutang peninggalan mendiang UMNO dKelantan, tapi MB Kelantan tetap membayar spt biasa walau hak royalti minyak 5% dinafikan oleh maha Fir'aun. Berkat pemerintahan islam Kelantan banyak menjadi tiang seri tegaknya syiar islam dKelantan dan insya allah juga di Kedah. Biarkan suara2 syaitan yg melalak kerana jika kita tidak mampu melawan syaitan itu..Allah Taala tetap Maha Brkuasa Atas Segalanya. Ingat syurga Allah dibawah rahmatNya. Bagaimana kita nak dpt syurgaNya jika hidup membantu BN meranapkan hukumNya dibumi ini.

    ReplyDelete
  5. orang umngok nih..yg real depanmata mereka menteri curi duit negara, sepatah haram pun tak terkata. Tak payah jauh..Eric Chia dgn PERWAJA, Mahathir minta free RM1b drp Petronas, tarif elektrik yg mahu dinaik oleh IPP terus naik walau CEO TNB tak setuju, gula 3xsetahun naik harga setelah diserah kpd TS Syed Mokhtar, Naluri BHD hutang di write off oleh BN RM586 juta, NFC dibedal oelh Kak Izat RM250 juta dan sykt dkendali oelh anak2 & suami dgn elaun beratus ribu sebulan, air di sebat oleh SYABAS dgn gaji CEO RM140k sebulan.Kenapa MAS mapos? Tambang mahal tapi mapos manakla Air Asia,tambang dahlah free tapi untong bagai nak rak. Mcm mana tak mapos gaji utk pegwai2 kanan MAS berapa puloh ribu sebulan utk seorg. Kalu 100 org,kira la berapa. Kes dulu2, isu BMF dgn trbunohnya Datuk Jalil Ibrahim kerana beliau ke HKong nak siasat penyelewengan duit yg jahanmakan BMF. Itu semua fakta kes dan tak perlu barua2 umngok nak cover dan tolong cipta citer memburokkan PR.

    **Yassir Arafat

    ReplyDelete
  6. den lihat antara 'blogger ' PAS dan UMNO druangan inibanyak kemukakan fakta masing2 mengenai penyelwengan parti lawan masing2. cuma den perhatikan..hujah oleh 'blogger' PAS mengenai penyelewengan UMNO banyak fakta dan hujah bernas. Brbanding dgnhujah 'blogger' UMNo hanya banyak siri citer ulangan, tidok konkrit dan hujah kosong.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.