Saturday, July 14, 2012

55 Ahli MIC Serah Borang DHPP



Penyerahan borang keahlian Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) oleh 55 ahli MIC Ampang mem­ buktikan PAS semakin mendapat sokongan di ka­langan masyarakat bukan Melayu.

Wakil Belia MIC, Tiru Morty a/l Amasamy telah menyerahkan 55 borang ke­ ahlian DHPP kepada Ahli Dewan Negeri (Adun) Lem­bah Jaya, Kasim Abdul Aziz dalam majlis minum petangmdi kampung Tasek Permai, dekat sini, baru­-baru ini.

Menurut Kasim, konsep mesra rakyat yang diamal­kan wakil rakyat Pakatan Rakyat tanpa mengira wak­tu menjadi faktor orang bukan Melayu memberi so­kongan kepada PAS.

Sebelum Pakatan Rakyat mentadbir Selangor kata­nya, Ampang mempunyai wakil rakyat Melayu dari­pada BN yang meminggir­kan masyarakat India.

Ini katanya, berbeza de­ngan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat yang mem­bela semua kaum tanpa mengira agama dan status.

“Ada kampung di Ampang yang wakil rakyat dahulu ti­dak pernah masuk sehingga masalah banjir tidak dapat diselesaikan,” katanya.

Bagaimanapun tambah beliau, setelah Pakatan Rakyat mentabdir masalah banjir dihadapi penduduk berjaya diselesaikan de­ngan menaik taraf saliran.

“Apa yang kita buat ini bu­kan untuk memancing undi tetapi kita lakukan perkhid­matan terbaik untuk kesele­saan rakyat,” tegasnya.

Turut hadir dalam ma­jlis tersebut Ketua DHPP Ampang, Kalaimani, Ketua DHPP Selangor, Letchu­manan dan Adun Teratai, Jenice Lee.

-GB

16 comments:
Write comments
  1. Mana lembu2 fidlot umngok nak serah borang masuk DHPP ?

    ReplyDelete
  2. Kita harus menghormati keputusan mereka.

    ReplyDelete
  3. Walaupun ramai yang mengikuti Pakatan Rakyat, tapi ada juga yang masuk Barisan Nasional.

    ReplyDelete
  4. Rakyat bukan Melayu tapi beragama Islam. Apa bezanya?

    ReplyDelete
  5. Baru 55 orang..usahlah nak kecoh.

    ReplyDelete
  6. bukan baru 55 org..tapi SENTIASA ada mereka yg ingin brsama jemaah islam PAS dan bukan dgn kump sekular umno.

    ReplyDelete
  7. Tidak perlulah mendedahkan berapa ramai yang menjadi ahli pas kerana jumlah itu mungkin akan bertambah @ berkurang dalam sekelip mata sahaja.

    ReplyDelete
  8. Harap mereka yang memilih pas sudah berfikir masak2 kerana keputusan yang diambil akan mempengaruhi kehidupan seharian mereka.

    ReplyDelete
  9. PAS kurang sebarkan berita kemasukan ahli baru.. walaupun seorang.

    ReplyDelete
  10. Lebih ramai yang mengikut parti berasaskan agama kerana ingin lebih bersiap menghadapi hari akhirat.

    ReplyDelete
  11. 55 ORG JERR? BUKANKA ORG INDIA DI SITU LEBIH 200 RIBU? BTW, GD LUCK!

    **IKHLAS BERSAMA DACING

    ReplyDelete
  12. Tiada apa, boleh tahu juga tu result lepas PRU13. Betul atau tidak sokong ramai

    ReplyDelete
  13. PAS jangan nak banyak kelentong la.. baru 55 orang

    ReplyDelete
  14. Betulkah??Atau ini cuma menyenangkan hati PAS saja buat semua ini.

    ReplyDelete
  15. sebelum pilihanraya, begini la suasana dalam PAS.. semua nampak baik2 belaka.. bila pilihanraya, dapat telur juga ketika PRN Sarawak.. rajin2 la bangkitkan isu2 rakyat, bukannya angkat bakul sendiri sekadar mahu tunjuk bahawa PAS ni tersangat baik dari yang baik..

    ReplyDelete
  16. mana2 yang sudah menyertai PAS ni, baik berhati2 la dari segi pertuturan.. PAS seperti yang kita tahu tidak mengamalkan kebebasan bersuara.. mana2 ahlinya yang membuat kenyataan bertentangan dengan kemahuan parti pasti akan dipecat sebagaimana yang dilalui oleh Hassan Ali..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.