Thursday, July 26, 2012

Harga Kereta Mahal , Cadangan Syarikat Khairy?

Pakatan Rakyat akan menjadikan pengurangan harga kereta - yang dianggap barangan keperluan - sebagai sebahagian daripada manifesto pilihan raya umum akan datang.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata laporan Kajiselidik Pendapatan dan Kemudahan Isi Rumah 2009 yang baru dikeluarkan Jabatan Perangkaan menunjukkan hampir 72 peratus isi rumah menggunakan kereta sedangkan 53 peratus isi rumah Malaysia berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.

Peratusan yang tinggi itu katanya, berpunca daripada kegagalan Dasar Automatif Negara yang digubal BN pada tahun 2006.

Pada masa sama katanya, hutang kereta persendirian meningkat sebanyak RM16 bilion atau 14 peratus dalam masa 18 bulan sejak November 2010.

Ini membuktikan ia adalah isu pilihan raya yang perlu diberikan perhatian oleh parti-parti yang bertanding, kata Rafizi.

"Keadaan ini membayangkan bahawa hutang kereta yang disebabkan harga kereta yang tinggi adalah satu beban utama pada rakyat," katanya.

Menurut Rafizi, harga kereta kini tinggi kerana rakyat membayar duti eksais, cukai import dan cukai jualan apabila membeli kereta.

Harga tinggi kerana cukai, duti eksais

Pengenalan duti eksais - sekurang-kurangnya 60 peratus daripada harga kereta - pada masa itu dilakukan untuk mengimbangi cukai import yang dikurangkan kerana Asian Free Trade Agreement (AFTA), katanya.

Rafizi mendakwa tindakan itu dibuat setelah kerajaan antara lainnya menerima nasihat daripada syarikat perunding Ethos Consultancy yang didakwa mempunyai kaitan dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

"Beliau (Khairy) perlu kongsi dengan kita apakah pertimbangan pada masa itu yang membuatkan kerajaan perkenalkan duti eksais," katanya.

Duti eksais ke atas kereta juga kata Rafizi, ibarat mencukai rakyat atas pembelian barang keperluan seperti makanan, air dan elektrik.

"Anda (kerajaan) tidak sepatutnya menghukum rakyat dengan kutip cukai atas barang keperluan.

"Kalau ada ruang fiskal (belanjawan) yang perlu ditutup, kerajaan perlu cari mekanisma lain," katanya.

Justeru katanya, Pakatan akan melihat kemungkinan menghapuskan duti eksais secara berperingkat untuk mengurangkan harga kereta.

ADUN Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin dalam sidang media sama berkata pimpinan muda PKR akan membuat jelajah keliling negara untuk berdialog dan menerangkan perkara itu kepada orang ramai bermula 5 Ogos ini.

"Kita cadangkan dialog peringkat kebangsaan.

"Kita mahu dengar (cadangan) daripada rakyat dan kumpulan berkepentingan seperti Malaysian Automotive Association (MAA), berkenaan perkara ini," katanya. -mk

16 comments:
Write comments
  1. manifesto baru pakatan., kurangkan harga kereta.

    ReplyDelete
  2. Karut saja ni. Kalau tu businessman mahu rugi.

    ReplyDelete
  3. Kurangkan harga kereta adalah umpan baru PKR.

    ReplyDelete
  4. Banyak sangat janji tidak relevan pembangkang.

    ReplyDelete
  5. Pakatan Rakyat (PR) came out with another bright idea – knock down car prices so that Malaysians can have more disposable income – regardless of how the government can balance its income given there will be no taxes or the taxes on cars are reduced drastically. And when PKR strategist Rafizi Ramli announced the proposal which will take effect if PR is to take over Putrajaya in the coming general election, the opposition forgets that local car industry needs to be protected in whatever means.

    Ideas put forward by PR strategists, aimed at winning votes in the coming general election which is at present fiercely contesting, can be likened to ideas put forth by children in solving whatever problems they face at present. They never think of the impact – long term and short term – of the ideas if implemented because the oppositions will always excuses later on when they cannot meet their promises.

    Like now as they face problems in meeting their promises made during the 2008 general election where the voters, majority of the middle-income group who are now demanding but are shunned away by PR leaders. Take Selangor for example, numerous promises made have yet to be fulfilled and the PR Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim is giving the slip whenever the disgruntled voters wanted to meet him.

    Memorandums sent by these voters were only received by the secretaries of the MB while the MB divert their focus on other issues that are seen as the ‘people’s issues’. PR especially PKR is good in picking up issues to be sold for influence that make the people feel good and wanting but these have never been made good. Reducing car prices sounds good and attractive but they never care how the government is going to get back the estimated RM8 billion and Rafizi never explained except saying there are other ways the government could get the income.

    This just means he himself and his think-tank haven’t the slightest idea how except increase prices in other items – meaning whatever increase in disposable income of the people from the car tax cut will be spent on other items which prices would increase. So, whats the difference? And reducing car prices would create more jams on the road – meaning more and bigger roads need to be constructed, more parking spaces need to be constructed and many more utilities for cars need to be erected.

    On top of that, how is our local car industry going to develop when imported cars are on the same level – competition or not – countries which have car industries like Japan and Korea still protect their car industry despite them being developed in the sector. The manner Rafizi and PR leaders put forth their ideas are just like children with wild dreams, working on fantasies to comfort themselves – in this case to comfort those who support them and trying to influence others to have similar fantasies.

    BUT ITS OK FOR MY LOVELY FERRARRI

    ReplyDelete
  6. org Msia ni tak suka beli harga murah..mereka suka harga mahal. Sebab tu proton sga dijual mahal. Kalu keta buatan sendiri patutnya, harga RM20,000 jer paling mahal. Kan bengap tu. kat Indon nun, nak naik bahan bakar ( BBM) iaitu minyak petrol pun, kerajaan tak berani sebab setiap daerahrakyat bangkit membantah. Itu brlaku masa saya dIndon dua tiga bulan lepas. Sebab tu BN menang selesa dbeberapa buah negeri,walau di janji dgn 'nasi beriani'oleh PR, mereka tetap mahu 'nasi basi' sebab apa budaya kita org melayu tak makan nasi beriani,kita makan nasi putih. Maslahnya nasi putih tu dah basi. Itu lah perumpamaan yg layak dberi. Sama dgn harga minyak,bila PR janji nak turun harga,mereka melalak tak setuju dgn katanya mana boleh. bengap punya rakyat,dia yg kata tak boleh bukan kerajaan yg kata. Alih2 BN turunkan juga harga minyak,hah,baru tau siap cerdik sapa bodoh. So dimana letaknya harga diri orang melayu dTanah Melayu ini?

    ReplyDelete
  7. kan Tun M kata yg bodoh masuk UMNO dan yg cerdik masuk PAS. Kenapa nak bising2 lagi.

    ReplyDelete
  8. Orang UMNO melalak-lalak sebab mentaliti budak Tadika yang diperakui oleh Mahathir!

    ReplyDelete
  9. Makin banyak kereta, makin sesak la jalan.

    ReplyDelete
  10. Perbaiki atau perbanyakkan sistem pengangkutan awam. Galakkan car pool

    ReplyDelete
  11. (Karut saja ni. Kalau tu businessman mahu rugi)
    Kereta naik kerana cukai kerajaan kalau cukai itu diturunkan tak adalah kereta itu mahal dan tak adalah businessman rugi. Adui pencacai umno ini patutpun mahathir kata orang bijak pandai tak masuk UMNO.

    ReplyDelete
  12. AP yg hanya menguntungkan kroni UMNgOk dgn menghisap darah majoriti rakyat!!!

    ReplyDelete
  13. Harga kereta Malaysi mahal di Malaysia namun murah di Luar Negara.

    ReplyDelete
  14. Diharapkan harga kereta buatan tempatan akan diseleraskan supaya ia lebih berpatutan dengan kemampuan rakyat tempatan.

    ReplyDelete
  15. Jika Dasar Automatif Negara yang digubal BN pada tahun 2006 tidak lagi relevan, lebih baik ia dikaji dan digubal semula.

    ReplyDelete
  16. Kereta akan susut nilai,napa jual mahal sgt sampai tak munasabah? so kenelah murah separuh harga dari harga sekarang. Bila harga kereta turun, ramai beli kereta, jadi harga spare part pun makin murah sebab permintaan tinggi. Production kilang sparepart boleh up, peluang kerja meningkat kat bengkel, kedai kereta, kilang spare part, sykt insurans. insuran kereta n kadar interest bank akan turun (or naik sikit je) sebab bnyk permintaan. diorang akan bersaing. kerajaan boleh jimat duit dari segi pemberian bantuan sebab rakyat dah boleh jimat banyak sebab bayar bulanan kereta separuh dari sekarang kan?. kesesakan jalan raya kurang sebab sykt pengangkutan awam akan improve gila2 nak tarik balik org naik transport awam spt kos tambang turun, perkhidmatan efisien.so org akan pilih transport awam g keje sebab ada duit lebih (bayar kereta separuh harga kan?) n efisien n lebih murah. kereta akan digunakan untuk shopping, travel n outing etc. so lebih banyak peluang keje di bidang pengangkutan. Bengkel, insuran, bank pun dpt lebih bnyk customer.industri pelancongan akan improve dan ekonomi runcit lebih untung sebab org ada duit lebih nak belanja n bersantai dgn keluarga. senang kata rakyat dan negara untunglah! cuma mahathir n kroni tak berapa untung sebab x leh amik duit kita lagi. Ngarut aje jalan makin sesaklah, ekonomi down lah etc. saja aje nak takutkan kita. negara lain boleh buat. ingat kita bodoh ke. so apa kata PRU13? tahun 2005 puas org membebel pasal harga kereta ni tapi BN buat derk je sampai isu ni dulu tenggelam. kali ni kita bagi diorang panas bontot.penatlah asik kene tipu aje.kat negara sendiri pun kene hanjing.dah la bwk masuk bnyk pekerja asing.sebab gaji murah tapi barang semua mahal.harga kereta mahal barang makan, perubatan swasta, semua mahal. pastu kata harga kereta murah harga barang naik? eii mmg la kene bodoh2kan aje kita.kita di negara sendiri mcm hamba dibuatnya.ni semua BN punya onar.semua jadi mahal.amanah tadbir negara yg kita bagi entah ke mana.rakyat makin susah.pastu cakap ‘kami dah berjasa bagi pendidikan buat pembangunan, bagi bantuan etc’. hello, kita ‘lantik untuk tadbir sumber negara’ okay, so itu bukan jasa, tapi tugas yang diberi rakyat. gaji diorang pun dari sumber negara okay.. cakap mcm negara ni syarikat sendirian berhad pulak? baik pecat diorang pru13 ni lantik PKR pulak (pastu nanti ada kata serah tengkok kat DAP pulak?) ada aje point dia nak takutkan rakyat. Ingat melayu semua pondan macam dia?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.