Thursday, July 26, 2012

PM umum bonus setengah bulan, pesara dapat RM500

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Perdana menteri yang juga menteri kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan hari ini.

Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.

"Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan," katanya.

Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Najib berkata pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara.

- Bernama

19 comments:
Write comments
  1. Terima Kasih Kepada PM yg begitu perihatin dgn masalah kakitangan awam. Pemberian Bonus Dan Bayaran Khas ini amat dihargai....

    ReplyDelete
  2. big TQ...tapi undi sy tetap PEMBANGKANG!!!

    ReplyDelete
  3. apa pun terima kasih pada PM..kalau ada tambah lagi

    ReplyDelete
  4. yang PM bagi tu duit rakyat juga bukan duit dia.

    ReplyDelete
  5. syukran..tq my luvly PM! aku vote dacing la ini kali! BN baik. slu bagi rakyat hepi.

    ReplyDelete
  6. ini berita gembira kepada penjawat awam.

    ReplyDelete
  7. Untung pekerja awam, boleh la shopping.

    ReplyDelete
  8. Pemerintah Najib menunjukan kestabilan ekonomi negara.

    ReplyDelete
  9. Takpe, najib bagi ambik. Bukan duit dia & bn pun, duit rakyat jugak. Anggap sj ini adalah bonus hari raya & tanda perpisahan kerajaan bn dgn rakyat. Dgn PR memegang tampuk pemerintahan x lama lagi insyaallah, tiap2 hari akan menjadi kelegaan pd rakyat. Bukan menjadi sperti skrg, asyik2 pnjawat awam berhajat bantuan sperti bonus ini krn gaji masih x cukup2. Tiap2 hari bawah kerajaan Pakatan adalah hariraya bagi rakyat. & hari keemasan itu bakal muncul x lama lagi, alhamdulillah. Benarlah firman Allah, "sesungguhnya bersama kepayahan itu akan dtg kesenangan" al-Insyirah..

    ReplyDelete
  10. Bertuahnya penjawat awam. bilalah tiba giliran ni..

    ReplyDelete
  11. Biar bonus ni menjadi pendorong pada penjawat awam untuk memberikan komitmen pada tugas dan meningkatkan kualiti kerja.

    ReplyDelete
  12. Tapi ikhlas cakap ler..tiada bonnus paling berharga selain dari TUMBANGKAN BN DLM PRU KALI INI.

    ReplyDelete
  13. ANWAR PUN DPT BONUS DARI YAHUDI! BACA UCAPAN BELIAU INI DI HADAPAN TOKOH2 NED.


    "RAKAN-RAKAN yang dihormati, saya berada di sini untuk beri penghormatan kepada rakan di sini dan di mana sahaja yang masih lagi berpegang teguh kepada komitmen untuk kebebasan dan keadilan. Kepada pemerintahan hebat Presiden Reagan sumbangannya yang besar dalam bidang kebebasan dan demokrasi. Dan ingin saya katakan saya berbangga....Carl (Gershman) dan rakan-rakan sekutu dengan National Endowment for Democracy (NED). Kebebasan dan demokrasi bukan semata-mata teoritikal atau doktrin moral yang abstrak. Ia perlu dikaji dengan teliti dan diperdebatkan di dalam dewan akademik atau forum intelektual. Ianya sebahagian daripada kepercayaan yang mempunyai bukti membezakan manusia dengan makhluk Tuhan yang lain. Mereka kita sayangi seperti, "Titisan merah mengunjungi hati kita dan menghidupkan kita. Terima Kasih."

    (Ucapan Anwar Ibrahim)


    *ATAS PAGAR YG KETAWA

    ReplyDelete
  14. Tak apa kata Najib sekarang aku bagi kamu macam-macam tapi awas lepas PRU13 aku sembelih kamu semua dengan cukai GST sampai kamu terkencing dalam seluar. Idris jala pun bersorak betul Bos kalau kita tidak laksanakan GST negara kita akan bangkrap kata Idris Jala bertepuk tangan! Inilah UMNO nak selamatkan negara dari bangkrap kerana amalan rasuah minta duit pada rakyat dengan cukai GST. Inilah mentaliti budak tadika umno.

    ReplyDelete
  15. Untunglah yang kerja kerajaan. Yang swasta gigit jari sajalah.

    ReplyDelete
  16. Lebih baik jika harga barang pun dapat diturunkan.

    ReplyDelete
  17. bukan anwar amik bonus dr yahudi..tapi dia kagum dgn kepimpinan hebat mengenai KEBEBASAN DAN DEMOKRASI. kalau dunia islam tiada demokrasi dan kebebasan ( ya lah kan kita ada ISA utk sumbat org islam dlm penjara), secara sinis DS Anwar gunakan nama2 pemimpin barat utk lihat gaya pentadbiranya. Ayat2 yg digariskan oleh insan brnama Anwar Ibrahim memang susah utk dimengerti oleh rakyat bawahan trutama balaci2 umno. lain yg disentuh lain yg mereka faham. Sampai ada yg kata bahwa Anwar pernah urut 'anu'nya brsama seseorg,tapi amik berita dr org lain juga, itu pun nak jadi bahan lawak jenaka. Lain kali masuk le Maharaja Lawak..

    ReplyDelete
  18. TUNGGU,................LEPAS PRU TAHU LAH AKU NAK DAPAT BALIK MAMPUI RAKYAT WA APA PADULI .....GIVE N TAKE SYSTEM

    ReplyDelete
  19. Kalau swasta pun dapat bonuskan bagus.hehe

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.