Friday, July 20, 2012

Jawatan Kosong USM 2012

Universiti Sains Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1969, merupakan universiti kedua tertua di negara ini. Sebelum Akta Universiti dikuatkuasakan pada 4 Oktober 1971, Universiti Sains Malaysia dikenali sebagai Universiti Pulau Pinang. Kampus Induk USM terletak di bahagian pulau Pulau Pinang dengan keluasan 591.72 ekar (240.13 hektar).

USM mempunyai dua kampus cawangan iaitu Kampus Kesihatan yang terletak di Kubang Kerian (lebih kurang 300 km dari Kampus Induk) dan Kampus Kejuruteraan yang terletak di Nibong Tebal (lebih kurang 50 km dari Kampus Induk). Pusat Pengajian Sains Perubatan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan dan Pusat Pengajian Sains Pergigian terletak di Kampus Kesihatan, manakala Kampus Kejuruteraan menempatkan enam Pusat Pengajian Kejuruteraan. Hingga kini, lebih daripada 30,000 pelajar telah mendaftar di USM.

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk memohon 177 jawatan kosong di Universiti Sains Malaysia Seperti berikut :-

Atenden Kesihatan U3
Jurupulih Perubatan U29
Jururawat Masyarakat U19
Jururawat Pergigian U29
Juruteknik Komputer FT17
Juruteknologi Makmal Perubatan U29
uruteknologi Pergigian U29
Pegawai Dietetik U41
Pegawai Farmasi U41/U44/U48/U52/U54
Pegawai Keselamatan KP41
Pegawai Khidmat Pelanggan N17
Pegawai Pemulihan Perubatan U41
Pegawai Pergigian U41/U44/U48/U52/U54
Pegawai Perubatan Gred UD41, UD43/44, UD47/48, UD51/52, UD53/54
Pegawai Psikologi S41
Pegawai Sains C41
Pegawai Tadbir N41
Pegawai Teknologi Maklumat F41
Pegawai Veterinar G41
Pemandu Kenderaan R3
Pembantu Am Pejabat N1
Pembantu Hal Ehwal Islam S17
Pembantu Pembedahan Pergigian U17
Pembantu Perpustakaan S17
Pembantu Tadbir (Kewangan) W17
Pembantu Tadbir (Pekeranian/Operasi) N17
Pengawal Keselamatan KP11
Penolong Akauntan W27
Penolong Pegawai Farmasi U29
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S27
Penolong Pegawai Perpustakaan S27
Penolong Pegawai Perubatan U29
Penolong Pegawai Sains C27
Penolong Pegawai Tadbir N27
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29



MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN DAN PERMOHONAN SECARA ONLINE

Tarikh Tutup Permohonan: 30 Julai 2012

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.