Saturday, July 14, 2012

Jenayah memang meningkat, kata Musa Hassan

Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan mendakwa kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.

“Rakyat perlu tahu perkara sebenar, tidak perlu sorok-sorok tentang masalah jenayah.

“Sewaktu saya memikul tanggungjawab sebagai KPN dahulu, saya sering sebut tentang peningkatan kadar jenayah,” kata Musa dalam wawancara bersama The Malaysian Insider semalam.

Bekas KPN itu turut mengakui kadar jenayah di Malaysia pada hari ini berada di tahap yang membimbangkan.

“Jika jenayah tak teruk, tak perlulah menteri-menteri dan orang kaya guna ramai ‘bodyguard’.

“Kerana banyak jenayahlah menteri-menteri dan orang-orang besar perlukan ‘bodyguard’,” kata Musa.

Musa Hassan telah berkhidmat untuk Polis Di Raja Malaysia (PDRM) selama empat dekad dan memimpin pasukan tersebut selama empat tahun semenjak tahun 2006 sebelum digantikan oleh Tan Sri Ismail Omar pada 13 September 2010.

Walaupun berlakunya kes serangan, rompakan dan penculikan, polis, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dan kementerian dalam negeri (KDN) mengeluarkan statistik kadar jenayah negara telah menurun semenjak kerajaan memperkenal Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Unit Pencegahan Jenayah Pemandu dalam majlis bersama media semalam — langkah untuk mengurangkan kerisauan orang ramai, menyatakan statistik kadar jenayah menurun sebanyak 10.1 peratus pada lima bulan pertama tahun ini.

Sebelum ini, Unit Pencegahan Jenayah Pemandu telah mengeluarkan angka untuk menunjukkan penurunan indeks jenayah sebanyak 11.1 peratus dari 2010 sehingga tahun lalu manakala jenayah jalanan menurun 39.7 peratus pada tempoh sama.

Pemandu turut merayu agar media membantu mereka mengubah persepsi rakyat dan mendesak agar laporan seimbang diberikan.

Ketika ditanya mengenai kenyataan Pemandu berkenaan statistik jenayah yang menurun, Musa mencadangkan kerajaan agar melantik pihak ketiga yang lebih bebas seperti universiti untuk memberikan data seperti statistik jenayah kerana mereka lebih bebas.

“Sewaktu zaman saya dulu, saya minta Universiti Sains Malaysia untuk keluarkan statistik jenayah.

“Ini turut dilakukan oleh pasukan polis di Amerika yang sering menggunakan universiti agar data yang diperolehi tepat dan tidak menyorokkan apa-apa fakta,” kata Musa lagi.

Menurut bekas KPN itu lagi, kadar jenayah diseluruh dunia meningkat akibat daripada kemerosotan ekonomi dunia akibat dariapada kemelesetan ekonomi yang berlaku di Eropah.

“Globalisasi menyebabkan sukar untuk sesebuah negara untuk mencegah berlakunya jenayah.

“Globalisasi menyebabkan ramai orang luar masuk ke Malaysia, yang kita tak tahu latar belakang dia, ‘especially’ dari Nigeria tentang kehidupan dadah mereka.

“Ini adalah diantara punca berlakunya peningkatan jenayah dalam negara,” kata Musa lagi.

Untuk mencegah masalah jenayah yang berleluasa hari ini, bekas KPN mencadangkan agar polis membuat penambahbaikan dari segi mengubah teknik dalam memerangi jenayah sekarang ini kepada ‘intelligence procurement’ atau ‘perolehan risikan’.

“Kita perlu mendapatkan maklumat-maklumat risikan terdahulu.

“Jika maklumat risikan polis bagus dari segi perolehannya, mempunyai hubungan rapat dengan penguatkuasa luar negara, maka kita boleh mengetahui awal berkenaan latarbelakang seseorang dan boleh memantau jika mereka penjenayah.

“Sama seperti dalam negara kita, kita perlu pantau geng-geng jahat dan penjenayah-penjenayah ni,” kata bekas KPN itu lagi.

-TMI

25 comments:
Write comments
  1. 'Bercakap dalam sidang media di Cheras hari ini, Ismail berkata kadar jenayah masih dalam kawalan dan polis sedang memantau keadaan.

    Hahaha..Kononnya "Kadar jenayah masih dalam kawalan Polis". Hebat polis boleh mengawal kadar jenayah..

    ReplyDelete
  2. kerajaan mengurus persepsi tapi realiti jenayah terus meningkat.sebulan yg lepas KP SELANGOR kata jenayah meningkat pasal pesalah ordinan darurat dibebaskan selepas akta itu mansuh,sebaliknya KPN menafikannya dan berkata jangan buat spekulasi.hal ini jadi panas bila MUSA HASSAN kata jangan sembunyi fakta berkaitan jenayah.sumber dari media massa lain dan TV3....

    ReplyDelete
  3. dalam kaum melayu, cina dan india ada penjenayah....jenayah yg dilakukan oleh kaum2 ini polis pun tak sempat nak kawal.mari pula penjenayah import yg dibawa masuk dari luar negara spt bangla, indon, myamar, vietnam, cina, afrika, nigeria, filiphina, iran......dulu jenayah tidak seteruk begini kalau penyeludup dadah yg ditangkap, dadah dlm tangan pun paling berat sekilo shj tetapi sekarang boleh dibawa dgn kontena dan kilang proses dadah pun bersepah dimalaysia mcm columbia..penjenayah ramai polis sibuk dgn nak kawal ceramah parti pembangkang.menteri dlm negeri pula rela makan 'lamb chop' dari mengawal kegiatan jenayah.

    ReplyDelete
  4. semacam nak 'tackle' PAS je ayat bekas KPN nih. Yg penting beliau dah dilantik sebagai Ahli Majlis Perajaan Neg oleh Sultan Kelantan, selepas beliau brjaya gagalkan usaha bekas Tuanku Raja Perempuan Kel.utk melarikan bekas sultan ke S'Pura (khabarnya bg tujuan tertentu mengenai takhta negeri).

    ReplyDelete
  5. 2 X 5 = 10... dua dua sama jer.... sorang kata kadar jenayah masih tinggi.. sorang lagi kata terkawal.. Kalau kadar jenayah terkawal, mengapa masih ader rakyat yang tinggal dalam kereta kerana takutkan keselamatan keluarga mereka ? Dan pihak polis juga telah menggunakan kaedah " Shot to kill " bukan nyer lagi " shot to injured suspect" saperti maner yang termaktub dalam buku panduan mereka....

    ReplyDelete
  6. Semoga pihak polis Malaysia akan berusaha menurunkan kadar jenayah dalam negara demi keselamatan rakyat.

    ReplyDelete
  7. Usaha untuk banteras jenayah perlu berterusan.

    ReplyDelete
  8. Rakyat juga boleh melaporkan masalah jenayah menerusi program Rakan Cop, ini satu usaha kerjasama antara orang ramai dengan pihak polis supaya boleh menangani masalah jenayah dengan lebih berkesan.

    ReplyDelete
  9. Harap kerajaan dan polis tidak sembunyikan perkara sebenar.

    ReplyDelete
  10. Mcm mana nak kurang kadar jenayah sebab bila tngkap pengedar dadah, mereka pula kautim dgn ketua pengedar, bila tangkap minah China,Vietnam ke apa mereka pula panggil tauke utk buat bayaran dan lepaskan ayam2 tadi, bila buat repot polis tentang jenayah mereka cakap siapa yg buat repot dan teruk pula kena belasah orh yg buat aduan polis, masuk penjara..warder penjara pula seludup dadah masuk dlm sel penjara dan paling akhir NGO pula marah jika makanan dlm lokap ke penjara tak sedap. Kan tolol dan bahalol undang2 Mesia. Penguatkuasa undang2 makin kaya dgn permainan undang2 kita

    ReplyDelete
  11. Jenayah semakin meningkat kerana ramai yang tidak mempunyai kehidupan yang teratur.

    ReplyDelete
  12. Selain itu punca kepada peningkatan jenayah adalah kerana faktor kos kehidpan yang sudah meningkat.

    ReplyDelete
  13. usaha membanteras jenayah kena diteruskan.. selain itu kena tau punca kepada peningkat jenayah dan atasinya.

    ReplyDelete
  14. apa mau harap klu polis yg piara along/sindiket nombor black market???

    ReplyDelete
  15. Rakyat akan lebih alert dan berhati2 jika mengetahui keadaan sebenar kadar jenayah yang berlaku sekarang.

    ReplyDelete
  16. Pihak penguatkuasa perlu berusaha mengurangkan kadar jenayah di M'sia.

    ReplyDelete
  17. Rakyat ada hak untuk mengetahui statistik yang sebenar.

    ReplyDelete
  18. Pihak berkuasa harus mencari jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah kes jenayah yang semakin meningkat sekarang ini.

    ReplyDelete
  19. aik.. macam lain saja bunyi kenyataan Tan Sri Musa Hassan ni sejak bersara dari KPN.. ada maksud ka??

    ReplyDelete
  20. cuba Tan Sri Musa Hassan senaraikan mana negara yang langsung tidak ada jenayah.. jenayah ni berlaku bila2 masa dan dimana2 saja.. dalam rumah sendiri pun kadang2 tidak selamat.. lain la kalau satu rumah ada seorang polis..

    ReplyDelete
  21. Repeated sharing of crime news on Facebook and Twitter is creating a false impression that Malaysia is unsafe and is impeding the police in getting accurate figures on crime as opined by the government’s newly-minted chief in charge of cutting down crime .Former Penang police chief Datuk Wira Ayub Yaakob said that the sharing of news online had contributed to the public’s impression of a high crime rate that was not a true reflection of events. “One person mentions a crime case, that is only one case, but with the convenience of he Internet, everyone clicks a ‘share’ button, 100 people share (it online), others seeing it will think 100 crime cases have happened,” as quoted from Ayub.

    ReplyDelete
  22. His statements come almost a week after he was appointed chairman of the federal government’s National Key Results Area (NKRA) secretariat aimed to tackle national security issues in the face of mounting fears over public safety on the streets and at home. Ayub replaces Datuk Abu Samah Mat, who is now Bukit Aman CID deputy director (Investigation/Legal). The civil servant noted that some victims choose to share their experiences on social networking websites instead of making police reports, saying that this prevents the police from getting accurate news.

    ReplyDelete
  23. Ayub said that crime statistics should not be based on the number of police reports alone. He told the paper the police “will set up a more systematic website to collect public opinion and set up more channels to report crime”. “No matter what, our biggest goal now is to let the people feel that being in Malaysia is the safest, it’s not easy to restore the people’s confidence, the most pressing thing is to reduce crime rate,” the former policeman was quoted as saying. “I don’t dare to say that we want to get zero crime rate, that is not possible, even if we spend a lot of money on installing close circuit televisions (CCTVs), no country can have a perfect society with zero crime rate.”

    ReplyDelete
  24. He was reported previously to have said that crime statistics do not reflect the actual situation, adding that the real challenge for the police was in ensuring the public feels safe. Last month, the federal government’s efficiency unit PEMANDU defended itself from public criticism after the recent spate of crime incidents seem to contradict with the image painted by its crime statistics. The agency, along with the police and Home Ministry, had continued to stand by its claim that the country’s crime rate has dipped considerably since initiatives under the Government Transformation Programme (GTP) were put in place two years ago.

    ReplyDelete
  25. PEMANDU’s crime reduction NKRA director Eugene Teh had in July released fresh statistics to show that index crime in Malaysia dropped by 10.1 per cent from January to May this year when compared to the same period last year. PEMANDU had earlier released figures to show that index crime had dropped by 11.1 per cent from 2010 to last year while street crime dipped 39.7 per cent in the same period. Opposition politicians have accused the federal government of being preoccupied with spying on the public and tackling negative perceptions of the authorities poor skills in cutting down crime than the actual combat, pointing to the lopsided budget for criminal investigations.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.