Friday, July 20, 2012

KDN siasat kartun 'Awang Arang' 1Malaysia

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memulakan siasatan terhadap penerbitan komik 1Malaysia yang memuatkan kartun berkaitan "Awang Arang" yang didakwa boleh mewujudkan ketegangan kaum oleh NGO dan kumpulan hak asasi.

Dalam langkah itu, akhbar The Malay Mail yang menghasilkan laporan berkaitan diminta hadir ke ibu pejabat KDN di Putrajaya bagi menyerahkan komik M1Malaysia - Majalah untuk Rakyat dalam simpaman mereka.

Menurut sumber harian itu, wartawan yang menulis berita itu diminta menyerahkan komik itu, yang merupakan edisi ketiga bersama edisi keempat yang ditemui dalam himpunan Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) di Bukit Jalil pada 25 Jun.

"Mereka (KDN) minta agar kami tidak menyentuh isu perkauman selepas ini," kata sumber itu lagi kepada Malaysiakini semalam.

Komik dengan logo 1Malaysia itu mempunyai satu bahagian bertajuk "1Malaysia vs 1PATI" yang memaparkan kanak-kanak lelaki menghargai kemajmukan masyarakat negara ini.

Namun dia digambarkan kemudiannya lari daripada sekumpulan lelaki asing berkulit gelap yang dilabelkan sebagai "Awang Arang".

Kumpulan hak asasi Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas) sebelum ini dilapor mempersoalkan pengedaran komik itu dalam acara awam dan menggesa kerajaan memohon maaf kerana ia didakwa memalukan kerana membezakan warna kulit.

Manakala NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram) pula berkata, penerbitan sebegitu boleh menyebabkan ketegangan kaum dan berbahaya, terutamanya jika dibaca oleh pelajar sekolah.

The Malay Mail pada 13 Julai melaporkan, penerbitnya Blue Pipe Studio Enterprise tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan reaksinya.

Sementara itu, Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran KDN Abd Aziz Md Nor pula sebelum ini dilaporkan berkata, penerbitan itu di luar pengetahuan mereka.

Bagaimanapun, kata Abd Aziz, mereka akan mendapatkan penjelasan penerbit dan mengharamkannya jika perlu.

Malaysiakini sudah menghubungi bahagian itu bagi mendapatkan komen sekali lagi pada hari ini tetapi belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan setakat ini.

-Malaysiakini

14 comments:
Write comments
  1. AWANG ARANG yg dimaksudkan tu adalah Mat Negro. Betul juga lakaran kartun tu yg memperli betapa ramainya mereka di M'sia dan selalu mempamirkan sikap kurang ajar mereka kpd peraturan dan masyarakat tempatan. Kenapa KDN tak nampak isu yg cuab diutarakan oleh kartunis?

    ReplyDelete
  2. Sepatutnya bukan sahaja KDN yg halang kemasukan mat2 negro ke Msia, Menteri yg terbabit KENA buat sesuatu utk halau mereka balik, dtg sini bukan bole tambah pendapatan negara hanya menambah masalah sosial terutama ARAK dan DUIT melalui internet serta dari pelajar betina yg ada biasiswa yg 'minat' dgn mat2 negro. itu fakta yg berlaku dan sentiasa brlaku. Tak tau lah takut mereka juga akan didaftar sebagai ahli umprno seumur hidup.

    ReplyDelete
  3. "SEBELUM ini Barisan Nasional cuba memainkan sentimen agama kononnya DAP mahu menjadikan Agama Kristian sebagai agama rasmi Malaysia.

    Namun akhirnya propaganda itu tak laku lantaran dilihat tak masuk akal kerana pemimpin utama DAP bukan beragama Kristian. Masakan orang bukan Kristian nak jadikan Agama Kristian sebagai agama rasmi Malaysia.

    Namun penemuan kali ini sangat mengejutkan apabila hasil carian di Google Map memaparkan lambang salib besar di Putrajaya. Apa tujuan lambang salib besar ini diletak di wilayah kebanggan negara?

    ReplyDelete
  4. jgnlah mainkan isu perkauman lagi.

    ReplyDelete
  5. Awnag arang yang dimaksudkan bukan awang hitam yang warga Afrika tu ka..

    ReplyDelete
  6. komik tu suka2 saja. sepatutnya tidak timbul isu perkauman.

    ReplyDelete
  7. Isu kaum + agama lain dimain-mainkan.

    ReplyDelete
  8. Sensitiviti perlu diutamkan, perlu peka.

    ReplyDelete
  9. PATI harus dibanteras

    ReplyDelete
  10. Apa pun siasat saja kalau benar ini mendatangkan masalah nanti.

    ReplyDelete
  11. Siasat jangan tidak siasat kartun ini yang mendatangkan masalah nanti.

    ReplyDelete
  12. Betul tu, kartun yang menyentuh isu agama dan kaum pasti akan menimbulkan kontroversi nanti. NGO dan kumpulan hak asasi pasti akan mempertikaikan isu ini jika ia tidak ditangani dengan baik. Semoga KDN akan mengambil tindakan yang betul.

    ReplyDelete
  13. Semoga penerbit Kartun Awang Arang 1 Malaysia ini akaan memberi penjelasan yang sewajarnya selepas ini.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.