Barisan Nasional (BN) boleh merampas semula negeri Selangor dan Kedah dari kerajaan Pakatan Rakyat (PR), menurut kajian dari Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), hari ini.
Kajian dari 10,000 orang yang ditemubual menunjukkan bahawa 65.3 peratus dari rakyat Selangor berpendapat bahawa pemimpin-pemimpin PR tidak bersefahaman dalam menangani isu, sementara 66.4 peratus berkata masalah sosial meningkat sejak Pakatan Rakyat mengambil alih.
Lima puluh lima peratus lagi merasakan PR tidak dapat menyelesaikan masalah seperti murtad dan masalah berkaitan dengan agama.
Kajian menunjukkan di kawasan seperti Dewan Undangan Negeri (Dun) Ijok, Dengkil dan Meru mengatakan bahawa 45.4 peratus akan menyokong BN dalam pilihan raya, 37.3 peratus akan menyokong PR sementara 17.3 lagi tidak pasti.
Sementara itu di Kedah, 51 peratus dari rakyat yang ditemubual mengatakan Menteri Besar (MB) merupakan seorang yang baik, namun, 63 peratus mengatakan bahawa tidak ada kesefahaman antara kepemimpin PAS dalam memerintah Kedah.
Enam puluh lapan peratus lagi mengatakan kerajaan Kedah tidak efisyen, dan 80 peratus mengatakan tentang kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS tidak mengambil berat tentang isu persekitaran terutamanya pembalakan.
Lima puluh lapan peratus mengatakan bahawa penyelenggaraan infrastruktur yang tidak cekap, sementara 72.8 peratus lagi mengatakan bahawa kerajaan tidak prihatin tentang isu rakyat.
Enam puluh sembilan peratus mengatakan bahawa BN akan menang pilihan raya dengan 37.5 peratus mengatakan bahawa BN akan menang 2/3 majoriti, manakala 32.1 lagi berkata BN menang majoriti mudah.
Dari segi Dun pula, 54.1 peratus akan dimenangi oleh BN, 14.4 peratus akan dimenangi oleh PAS, manakala 3 peratus lagi akan mengundi PKR.
Dari segi undi Parlimen pula, 57 peratus mengatakan BN akan menang, 20.6 peratus memilih PR sementara itu 22.4 peratus tidak pasti.
Antara sebab-sebab kenapa rakyat memilih BN kerana interaksi antara Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak melalui media sosial seperti Twitter dan Facebook, serta dasar-dasar mesra rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan sebagainya.(TMI)
Thursday, July 26, 2012
BN Bakal Rampas Selangor & Kedah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
satu pencapaian yang terbaikkkk.BN mampu ke....
ReplyDeleteantara janji PR SELANGOR
ReplyDeleteUrustadbir Berwibawa
Menyiasat penyelewengan pentadibiran tanah dan sumber negeri (dalam proses ) - ADUN PKR SELEWENG PASIR ?
Menghentikan projek-projek pembaziran dan rugi (menghentikan ditukar kepada menyambung)
Menghentikan campur tangan politik dalam perniagaan (menghentikan ditukar kepada menyambung) -
Melarang ahli-ahli Exco terlibat dalam perniagaan (dalam proses) RUMAH URUT ? PASIR ?
Sosial dan Kebajikan Rakyat
Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor (belum laksana)
Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yg dihantar ke nurseri (belum laksana)
Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah (belum laksana)
Membri hadiah RM1000 kepada setiap anak Selangor yg mendapat tawaran ke Universiti
Memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumah tangga (belum laksana)
Membuka pusat-pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia (belum laksana- buat ladang babi dulu)
Mencarum takaful bernilai RM2500 untuk warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim (belum laksana)
Memberi elaun ibu tunggal yang layak (belum laksana)
Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga (belum laksana) sepenuh masa anak-anak kecil mereka (belum laksana)
Membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri ( belum laksana- buat ladang babi dulu)
Mewujudkan institusi menyelaraskan hal-ehwal agama selain Islam (belum laksana)
Kesihatan Rakyat
Memberi wanita bekerja 90 hari cuti bersalin ( belum laksana)
Memberi 14 hari cuti kepada suami yg isterinya bersalin (belum laksana)
Memberi sebulan cuti kepada wanita yg kematian suami (belum laksana)
Menyediakan perubatan percuma untuk warga 65 tahun ke atas (belum laksana )
Ekonomi Rakyat
Menyediakan premis perniagaan yg cukup ( belum laksana RM100juta untuk ladang babi dulu )
Memberi bimbingan perniagaan kepada golongan belia dan wanita muda (belum laksana)
Memberi galakan kepada belia dan wanita muda dengan sewa minimum atau hanya perlu membayar air dan elektrik untuk dua tahun pertama (belum laksana)
Mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10% ( belum laksana)
Memberi bekalan air kegunaan domestik secara percuma bg 20 meter padu pertama setiap bulan (dilaksana bulan jun)
Menjalankan program bagi membolehkan rakyat miskin terutama petani dan nelayan mendapatkan pendapatan yg lebih tinggi di atas garis kemiskinan (belum laksana)
Keselamatan Rakyat
Menguatkusakan syarat-syarat perlindungan alam sekitar bg mengelakkan bencana seperti tanah runtuh dan banjir (belum laksana)
Menggantikan sistem Rukun Tetangga dengan sistem baru yang lebih berkesan (belum laksana )
Mewujudkan pusat khidmat sehenti bagi menangani kes-kes jenayah dan keganasan terhadap wanita ( belum laksana - mula dengan projek Rm100 juta kandang babi dulu).
tunai janji dulu, ye? nanti susah di akhirat! ada sapa2 dapat cerita PR menunai janji di kedah?
mmphh..tak mampu rupanya PR Selangor. tapi kenapa makin berapi2 cakapnya? bukanka dsai penasihat ekonomi? ini karismatik dsai juga. patutla baru2 ni dia letak jwtn dgn fizi ramli.. nak lari dari cacian pengundi, bha
ReplyDeletehaa..kulaan. tq! ini pula fact dari Mc,
ReplyDeletepasai pelaksanaan janji2 PR di KEDAH
* Janji memberi elaun kepada tok imam dan bilal masjid. Sampai sekarang belum beri!
* Janji untuk menubuhkan Institusi Ar-Rahn untuk golongan berpendapatan rendah. Sampai sekarang belum tubuh!
* Janji hendak tambah hasil penternak keli di bawah projek Kedah Agro. Sampai sekarang masih rugi!!
* Janji ada Dana Teroka untuk peniaga Bumiputera. Sampai sekarang tidak tahu siapa yang dapat dana tersebut!
* Janji kemungkinan untuk menurunkan caj air demi kebajikan rakyat! Apa yang berlaku ialah rakyat kena bayar bil air di pejabat SADA sahaja. Juga masalah kekurangan air di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan kadar caj air yang berbeza-beza di Kulim High Tech.
* Janji hendak beri perlindungan Takaful kepada warga emas tanpa mengira kaum. Sampai sekarang belum beri!
* Janji hendak membina kemudahan sukan khusus untuk wanita. Sampai sekarang belum bina!!
* Janji hendak tingkat aktiviti pelancongan. Yang berlaku adalah kemerosotan pelancong dari luar yang berkunjung ke negeri Kedah!
* Janji hendak beri cuti edah selama 30 hari kepada wanita yang kematian suami dan 14 hari untuk suami kematian isteri. Sampai sekarang belum ada berita!!!
INILAH NIAT BAGUS, CARA NTAH APA2, KERJA SUSAH NAK JADI, ORANG MARAH, TUHAN XSUKA, PAHALA SUSAH NAK DAPAT..SILAP2 DOSA BERGANDA!
belalang..ooh belalang!! itulah. dulu aku suruh kau jangan berjanji, kau buat janji2 manis!! satu rakyat kedah hang tipuu.. belalang... oooh belalang..marilah kat sini, belalang......
ada lagi tuu..aku dok tunggu masa aja nih. kes adun2 PR, penyelewengan di Kedah, kes Mat Sabun.. skandal pembelian saham2 fgv oleh krj negeri Kedah.. tunggu aja nak terjah. fakta adalah benar demi pengundi yg matang & bertanggungjawab!
ReplyDeletejika BN berusaha, pasti dpt merampas selangor dan kedah semula.
ReplyDeleteBahang PRU13 semakin terasa apabila semakin banyak bendera2 terpacak.
ReplyDeleteMasalah air di Selangor akan memberi peluang pada BN untuk menang.
ReplyDeleteKalau pembangkang terlalu leka dan kepentingan rakyat Selangor dan Kedah tidak dijaga, tidak hairanlah boleh jatuh ke tangan BN.
ReplyDeleteJgn pulak yg jatuh ke tgn PR adalah N9 dan Johor..Banyak2 isu yg dicipta oleh umno tu sebenarnya tak de qualiti pun utk diketengah. Tengok isu saham felda dKedah, aku tak faham ygsapu saham dr felda tu Isa Samad ( hardcore la katakan)peneroka menang kes saman dmahkamah (sebelum ni ler) tapi yg keluar citer ialah MB Kedah seleweng saham felda dKedah. Apa yg seleweng aku tak tau ler walau dok kat Aloq Setaq.Kah kah kah bangang punya citer. Lucu no 1 dlm dunia.
ReplyDeleteTapi fakta sebenar,rakyat Selangor selesa dbawah PR sebab UMNO gila bagai nak rak ...apa lagi Penang dan Kelantan. Perak sebnornya masa aku pi sana tinjau2 rakyat kebanyakan suka akan MB DS Nizar cuma ada dua tiga YB dh kena perngkap UMNO..jadi runtuhlah kerajaan rakyat dan naik pula KERAjaan haramjadah. Kelantan tu,jgn kiralah..org umno pun suka tok guru . So morale of story,tak perlu lah dreka2 citer yg tak masuk akal utk sebar fitnah.
INGAT..WALFITNATU ASYADDU MINAL KHOTR.. "Jgn kita brsama UMNO utk sebarkan fitnah".
Betul tu.
ReplyDeletePAS---jual Islam.
UMNO jual Melayu.
PKR----lelong Melayu.
Sekarang pun dah rasa penat dgn politik Melayu yg makin celaru kerana hambatan kuasa.
Pemimpin politik Melayu sedang hambat kuasa untuk kemewahan dgn kereta besar,rumah besar,projek besar.
Dulu Islam sekarang kebajikan.
Dulu Melayu sekarang dah hilang imej Melayu.
Demi kuasa bangsa dan agama dirojakkan.
Semuanya retorik politik, bah. **aku sokong PBS / USNO
Just wait and see je
ReplyDeleteSiapa dapat undi majoriti, dialah yang menang.
ReplyDeleteSokong USNO ? Parti yg memunahranah Sabah dgn ic palsu? MAMPOS!
ReplyDeleteKonon2 umngok nak cipta dua isu besarlah nak serang Selangor. Isu pasir dan air. Aduh,bebalnya umngok. Pasir dan air dia yg sapu hasilnya.siap tuduh pulak PR menyeleweng. Pecah perut nak gelak.
ReplyDeletex salah utk mimpi...
ReplyDeleteBagus juga itu. Kalau dapat rampas ini menunjukkan rakyat benar-benar dapat menerima kerajaan BN.
ReplyDeleteBarisan Nasional (BN) stands a good chance of recapturing states currently controlled by the opposition in the coming 13th General Election. This forecast is based on findings by several universities nationwide, and spearheaded by the National Council of Professors. Kedah BN chairman Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah said the findings, which were presented last Wednesday, and entitled 'BN Performance and Potential in Four States: Who Will Be The Choice', was based on the people's voice.It was not the voice of the BN. Neither did the findings discriminate any party, he said.
ReplyDeleteAhmad Bashah said, what Datuk Seri Najib Tun Razak achieved since becoming prime minister, had garnered the people's trust as they wanted a government which could secure their well-being."They are commendable findings and describe the positive changes brought by the prime minister, thus, making an impact in the hearts of the people in the country, especially the four opposition-controlled states. He was speaking to reporters after launching a motivational seminar for SRJK Tamil students. On Kedah Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak questioning the council's action in heading the survey, Ahmad Bashah said it indicated the opposition-led state government was unstable.
ReplyDeleteHe said it also showed that Azizan needed to gain the people's trust and support for PAS, which was currently haunted with several unresolved issues. Ahmad Bashah, who is also Bakar Bata state assemblyman, said the people wanted a government which could fight for their rights, and not just deliver empty promises. Three universities -- Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Utara Malaysia and Univeristi Islam Malaysia -- handed over their findings at a session organised by the council's Political Cluster, Security and International Affairs in Kuala Lumpur.The conclusion of the findings showed BN having a good chance of winning the general election, including recapturing Selangor and Kedah.
ReplyDeleteSelangor dan Kedah akan jatuh ke tangan BN sekali lagi pada PRU-13, tunggulah dan lihat. Menurut kajian Umno dan BN mempunyai kelebihan untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 dan merampas kembali beberapa negeri yang ditadbir pembangkang.
ReplyDeleteProf Madya Dr Fuad Mohd Jali dari UKM berkata kajian itu, yang dilakukan terhadap 1,400 responden di Kedah dan Selangor pada Mac hingga Mei tahun ini, menyimpulkan bahawa rakyat Malaysia setakat ini memilih BN.
ReplyDeleteDi Selangor, pengundi cenderung untuk memilih BN manakala di Kedah kedudukannya 50-50 tetapi ia mungkin berubah.
Nampaknya BN-UMNO ada peluang besar untuk memenangi hati pengundi di Kedah dan Selangor pada PRU-13. Semoga parti terbaik akan menang majoriti.
Rakyat Kelantan juga berputus untuk memberi mandat kepada kerajaan BN-UMNO kerana kerajaan PAS gagal menunaikan perjanjian 22 perkara kepada mereka sejak PRU-12 lagi. PAS bukanlah sebaik mana yang mereka katakan. Semoga pengundi di negeri-negeri PAS akan mengundi dengan bijak.
ReplyDelete