Friday, July 27, 2012

Muhyiddin tak sabahr singkirkan Najib?

Gesaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya ketuanya, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak mengadakan PRU13 tahun ini juga, menunjukkan sikap terburu-buru beliau yang tidak sabar lagi hendak melihat Najib tersungkur.

AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, andaian pihak Umno-BN, iaitu jika mereka berjaya menang dengan majoriti tipis, Najib sudah tentu akan menerima nasib seperti mantan PM, Tun Abdulllah Ahmad Badawi yang dipaksa melepaskan jawatan PM dan Presiden Umno.

Itu pun kata Ahli Parlimen Kuala Selangor itu, jika BN menang tipis. Tetapi jika berlaku sebaliknya, bukan sahaja Najib, malah Muhyiddin turut sama tenggelam, apabila BN ditewaskan dalam PRU13 nanti.

“Kenyataan TPM ini mengundang banyak persepsi. Adakah beliau hendak menolak PM ataupun beliau tahu PM tidak yakin, maka beliau hendak push PM supaya buat juga PRU tahun ini?” soalnya.

Tegasnya, walaupun Najib sebelum ini berkata, beliau yakin menang 14-0 ke atas Pakatan Rakyat, namun sehingga kini beliau tidak berani membubarkan Parlimen.

“Banyak program pemberian telah dibuat misalnya BR1M. Tetapi kesannya sudah habis, parlimen tidak dibubar juga. Sekarang BN bercakap pula tentang BR1M kedua, entah bila hendak beri kita tidak pasti.

“Kita lihat transformasi ekonomi dan politik Najib banyak juga yang telah dibuat tetapi kenapa beliau belum cukup yakin? Jawabnya mudah, walaupun media dikuasai BN, mereka masih gagal meraih sokongan rakyat,” ujar beliau

Jelas, katanya, Najib tersekat kerana banyak propaganda transformasi beliau dapat dipatahkan oleh media baru, khususnya rakyat yang semakin jelas menunjukkan sokongan kepada Pakatan Rakyat.

18 comments:
Write comments
  1. Sebab apa? Sebab nya sapa2 yg dok kat atas, banyak dpt balun RM. Itujer sifir mudah dlm kerajaan. Yg kedua,faktor sampingan iaitu ROSMAH. kalau Pak Lah jatuh kerana Khairy..tak pelik Tok Jib jatuh kerana Rosmah. Asalnya Tok Jib tu team Tun M dan Muhydin tu team DS Anwar. Itu fakta.

    ReplyDelete
  2. aikk? fakta ini pulak kau bawa? awat ni sabahdaily? walfitnatu ashaddu minal khotr!!

    nak nak adu domba siapa lagi selepas nih?

    jaga hati, jaga deria..diri

    ReplyDelete
  3. Muhiyiddin kata Melayu dulu baru 1 Malaysia Najib kata 1 Malaysia tak cakap melayu. Dua pendapat yang berbeza.

    ReplyDelete
  4. sebenarnya konsep 1Malaysia ni lah yg menambah lagi parahnya melayu yg cuba dipimpin kedepan oleh DEB (walau DEB juga rosak dek rakusnya UMNO). Kaum lain akan menjerit 1Malaysia jika permintaan mereka atas nama hak mereka diketepikan. sedarlah bahwa kaum India telah lama melonjak naik ranking kedua selepas cina dr sudut ekonomi . Bukan masalah singkirkan Najib,Muhyidin atau sapa2..tapi kita perlu pemimpin yg betul dpt menaikkan martabat bangsa dan bukan sekadar RETORIK. dunia telah melihat 'kegagalan' BN dMsia yg menyaksikan jatuh tercorot walau dirantau ASIA dan bukan peringkat dunia.

    ReplyDelete
  5. betoika ni? atau berupaya mencari modal baru nak jatuhkan bn?? hahaha. takuuuttt bila sokongan PR dah merudum

    ReplyDelete
  6. Di bawah Seksyen 37 GSA, Felda hanya boleh membuat apa2 peraturan/polisi/undang2 kecil di setiap Rancangan selepas mendapat kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.

    Barang diingat, di bawah Akta GSA, hanya terdapat dua jenis pemilikan ke atas tanah, iaitu pemilikan individu(seksyen 7(2) dan 11(1) dan melalui Koperasi yang diuruskan Felda(seksyen 35)

    Ketika Tun Dr Mahathir mansuhkan pembukaan felda baru tahun 1990, beliau telah khianat pada rakyat, Kerajaan Negeri dan derhaka pada Baginda Sultan Negeri2.

    Tanah seluas 360,000 hektar dipohon daripada kerajaan negeri utk rakyat; tiba2 di buat ladang Felda. Ia bukan sahaja tidak sah, tapi khianat dengan segala persetujuan yg dimeterai perjanjiannya sejak zaman Tun Razak.

    Sebagaimana beradabnya Tun Razak dulu; mengadap ke Bawah Duli Sultan Negeri2 dan Menteri Besar utk memohon tanah dan Dasar Felda- menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan; Tun Mahathir bersikap biadap dan diktator dgn tidak menghormati hak kerajaan negeri.

    Antara Negeri yg membangkang dasar Mahathir adalah Johor. Ini diceritakan sendiri Dato Ghani Othman, MB Johor kepada saya sewaktu saya menyerahkan memorandum kpd beliau beberapa tahun lalu. Namun, siapa yg berani menentang kemahuan Tun Dr Mahathir?

    Lebih buruk dan sgt malang, tanah Felda Plantation yg seharusnya menjadi milik rakyat yg tidak bertanah; dipajak pula selama 99 tahun kpd FGVH. Bayarannya pula cuma RM251 juta setahun?

    Hak rakyat dirompak oleh Najib, Ahmad Maslan, Isa Samad dan konco2nya!!!
    Dangkalnya hujah kita,...ini tak ada kena mengena dengan rakyat, gen 2 felda!
    Sudah lah hak kita di khianati pemimpin BN, suruh bersyukur pulak.
    BERSYUKUR KEPADA PEROMPAK DAN PENYAMUN???

    ReplyDelete
  7. Muhiyddin vs Najib? Iyalah sangat. Suka hati saja sebar fitnah.

    ReplyDelete
  8. Cadang bila pilihan raya pun takkan nak diperbesarkan hal ini?

    ReplyDelete
  9. Ada juga orang dekat mengintai2 jawatan PM??

    ReplyDelete
  10. Mandat untuk adakan PRU sampai tahun depan juga.xperlulah terburu-buru..

    ReplyDelete
  11. PRU akan diadakan apabila masa benar2 sesuai tiba.

    ReplyDelete
  12. Pastikan segala perancangan perlu dilaksanakan sebelum PRU13.

    ReplyDelete
  13. Kalau Najib turun pasti Muhiydin yang ganti

    ReplyDelete
  14. Semua mainan politik, pasti ada yang kalah dan yang menang.

    ReplyDelete
  15. Tidak perlulah bermusuh antara sesama kerna perjuagan juga adalah sama.

    ReplyDelete
  16. Semua orang pun tidak sabar menunggu PRU-13, ini tidak menunjukkan bahawa Muhyiddin Yassin tidak sabar lagi hendak melihat Najib tersungkur.

    ReplyDelete
  17. Tarikh PRU-13 terletak dalam tangan Datuk Najib Razak, beliau akan membuat pengumuman pada masa yang sesuai.

    ReplyDelete
  18. Tidak perlulah cuba membatu apikan pemimpin dan fikiran rakyat. Masalah dalaman haruslah diselesaikan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.