Sunday, July 15, 2012

Selebriti Yatt Hamzah Bersama PAS



Seorang lagi selebriti telah ditemui di Himpunan Hijau Kuala Selangor hari ini. Beliau berada di celahan ribuan manusia yang membanjiri Stadium Kuala Selangor petang tadi.

Beliau ialah Yatt Hamzah yang satu ketika pernah kisahnya disiarkan di blog ini dimana kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat.

Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.

Tahniah kepada Yatt Hamzah yang telah berhijrah dan ahlan wa sahlan ke dalam saf perjuangan Parti Islam SeMalaysia.

Himpunan Hijau Ke Putrajaya - Suasana di Stadium Kuala Selangor sebentar tadi ketika azan Maghrib berkumandang untuk sama-sama menunaikan solat fardhu Maghrib

Maha suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dan segala pujian untukNya

Satu lagi sudut di Himpunan Hijau

Yatt hamzah di pentas PAS bersama pimpinan Muslimat PAS Selangor

18 comments:
Write comments
  1. Satu lagi selebriti yang mengikuti PAS.

    ReplyDelete
  2. Sudah ramai artis yang memasuki parti PAS, tidak tahu kenapa?

    ReplyDelete
  3. Yg utama kenapa mereka masuk PAS kerana keyakinan mereka kpd perjuangan PAS kerana umno dah menyeleweng dr umno yg asal. Tidak perlu kita berbicara pasal islam kerana ramai branggapan umno juga islam kerana buat masjid ( di China ada bribu2 masjid walau tiada umno). Kita hanya menyentuh pasal keyakinan masyarakat kpd PAs shj.

    ReplyDelete
  4. Tidak masuk TV3 pun

    ReplyDelete
  5. Artis tidak femes, jadi mulalah menpopularkan diri melalui politik

    ReplyDelete
  6. Kesedaran sivik kali kan...

    ReplyDelete
  7. PAS mula menarik para artis untuk sertai mereka.

    ReplyDelete
  8. Saudara-saudara sekalian percayalah,



    Kita menentang PAS, bukan kerana nama dia PAS. Kita menentang Pakatan Rakyat bukan kerana dia lama membangkang kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan pemimpin yang rendah moralnya, pemimpin yang menyokong Seks Bebas dan pemimpin yang menipu demi hendak berkuasa. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.


    Percayalah saudara-saudara sekelian,
    Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan menolak hukum Allah mengenai liwat dan zina.

    ReplyDelete
  9. Masuk parti bukan suka2, bukan nak buat publisiti.

    ReplyDelete
  10. Tidak perlulah heboh2kan perkara ni.

    ReplyDelete
  11. yatt? sapa dia ni,ya? pelakon ke penyanyi? org mana? tau ke sifat 20? faham ke rukun13? sejauh mana dia faham fardhu ain, hukum qisas / takzir selain hudud? puasa thun lepas dah habis bayar? sampai solat pun terbayang2 org lain??!! api neraka pun dia dah nampak? isshh..musykil benar aku!

    alih2 masuk parti PAS yg penuh angan2, kronisme, mental tertutup, auta, *mcm ayam! bising tp kerja x jadi2! katanya cz hy PAS mampu bawa dia ke syurga! nyarisla dia ni dok malaysia. jika dok kat kuwait @ dubai susahla msuk syurga sb di sana xda PAS!!??

    x elok buat publisiti msuk parti2 ni..ia adalah perjuangan yg penuh emosi, hasad, x bersyukur, tiada maruah jika gagal dibendung pemimpinnya! selagi kau berpolitik, kau adalah betul cz pengikut2 parti menghampirimu seumpama penagih candu. jika dikomen, marah2.

    kawen dgn TG laa. terus masuk syurga!!?? hehe hehehe

    ReplyDelete
  12. Tun M kata yg bodoh masuk umno dan yg cerdik msuk PAS

    ReplyDelete
  13. walfitnatu asyaddu minal khotr.."jgn kita brsama umno sebarkan fitnah.

    ReplyDelete
  14. “Saya yang tidak pernah mengundi parti selain Pas sejak kali pertama membuang undi, kini menyedari pilihan saya ini adalah salah. Memang sejak mula mengundi pada usia 21 tahun saya tidak pernah ambil tahu siapa pun wakil parti lain, yang saya tahu cuma Pas.
    "Sokongan saya tidak pernah berubah tetapi akhirnya saya tidak mendapat apa-apa manfaat sedikit pun selain janji mereka, jadi kenapa masih perlu bersama Pas sedangkan saya tidak lagi yakin dengan apa yang mereka boleh lakukan," kata Raja Ali Raja Mat, 45 tahun, yang berasal dari Kampung Hujung Tanjung. BELIAU KELUAR DARI PAS DAN KINI UMNO.

    Sementara itu, Che Awadi Che Su, 31, dari Kampung Babong pula berkata, dia memilih menjadi ahli UMNO selepas membuat pemerhatian dan perbandingan antara parti yang ada di negara ini.
    "Soal sokongan memang keluarga saya menyokong Pas sejak lama dulu, tetapi hasil pemerhatian saya mendapati UMNO adalah parti terbaik untuk rakyat.
    "Sebab itulah saya bersama rakan-rakan memilih untuk bersama UMNO dan insya-Allah selepas ini kesemua ahli keluarga saya juga akan melakukan perkara sama," jelasnya.

    Pendapat tersebut dikongsi seorang lagi pengundi muda, Fadzil Ismail, 36, yang mengakui tidak pernah merasai sedikit pun bantuan daripada pemimpin Pas sepanjang hidupnya.
    "Mungkin ada orang lain yang dapat, tetapi bagi saya secara jujurnya saya tidak pernah menikmati apa pun bantuan daripada wakil rakyat Pas.
    "Setiap kali ada bantuan diterima, ia adalah yang diberikan Kerajaan Pusat, maka saya tahu inilah parti yang patut disokong dan hari ini kami menjadi ahli UMNO secara sah. Seluruh keluarga saya akan undi BN biarpun 3 artis, Aisyah,Abby mahupun Mustafa Kamal gembira masuk Pas. Tapi kami ini orang susah, orang kampung yang sentiasa ditipu Pas." Katanya

    ReplyDelete
  15. Tidak ada halangan seseorang itu memilih parti diminati. Jadi kita lihat setakat mana PAS dapat melakukannya.

    ReplyDelete
  16. Apa yang hebat sangat kalau selebriti menyertai mereka. Rasanya sama saja pun. Politik dan hiburan berjauhan rasanya.

    ReplyDelete
  17. Benarlah kata Mahathir,bahwa yg cerdik masuk PAS dan yg bengap masuk umno.

    ReplyDelete
  18. teruskan usaha menggunakan pendekatan agama untuk dapatkan sokongan..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.