Saturday, July 21, 2012

Aisyah: Saya Pilih Pas Kerana Islam



“Saya memilih Pas kerana Islam. Saya ingin berdakwah melalui Pas kerana parti ini mempertahankan agama Islam dan saya selesa bersama barisan kepimpinan Pas.”

Itu pengakuan penyanyi Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Arifin yang diundang menjayakan ceramah ‘Bilo Selebriti Dah Join Pas’ di Dataran Al- Ikhwan di Air Mawang, petang kelmarin.

Aishah berkata, walaupun baru dua bulan menyertai Pas, dia yakin dan bersemangat untuk terus berjihad di jalan ALLAH SWT.

“Ini bukan bermakna semasa saya menjadi penyanyi, saya tidak mendekati ALLAH SWT tetapi selepas memilih Pas, saya lebih bersemangat ingin berjuang dan berdakwah ke jalan yang diredhai. Lagipun kita sudah sedia maklum, perjuangan Pas salah satunya adalah Islam.

“Bukan hanya seorang ulama sahaja yang boleh berdakwah, seorang penyanyi juga mampu melakukannya,” katanya.

Menurutnya, asas pertama dia memilih Pas kerana Islam itu sendiri dan kerana kesucian agama Islam.

“Saya hanya nampak Pas sahaja yang mampu pertahankan agama Islam.

“Walaupun saya tidak belajar tinggi hingga ke Universiti Al-Azhar tetapi saya tidak jahil agama Islam, malah selepas masuk Pas, mereka banyak membantu dan memberi sokongan kepada saya untuk terus berdakwah kepada masyarakat terutama peminat saya,” katanya.

Dalam pada itu, Aishah turut memuji keterbukaan Pas menerima golongan artis sebagai ahli.

Sementara itu, bekas kumpulan XPDC, Azua Md Tasi berkata, dia memilih Pas kerana mahu berhijrah.

“Dulu saya lalai dengan duniawi semata-mata tetapi sejak awal 90-an, saya sudah mula berjinak-jinak dengan aktiviti keagamaan.

“Saya sering bertemu imam dan pendakwah. Dari situlah, hati saya mula terbuka untuk memilih Pas. Kita mestilah berhijrah daripada tidak baik kepada baik, daripada kurang baik kepada lebih baik,” katanya.

Menurutnya, jika mahu berubah, ia bermula dari diri sendiri.

“Jangan salahkan bidang nyanyian jika kita lalai, sebaliknya diri sendiri perlu berpendirian teguh.

“Bila waktu solat, kita solat. Jadi tiada masalah untuk kita meneruskan profesion dalam dunia nyanyian,” katanya.

26 comments:
Write comments
  1. betul dah tu. alhamdulillah...ajak ramai2 lagi kwn seartis dan minta Tuhan buka pintu hati mereka jua utk bersama gerakan islam bg mendaulatkan syiar islam dMsia.

    ReplyDelete
  2. Syabas aisyah. Anda mampu berceramah dipentas politik sebaris dgn veteran politicians even dlm PAS atau BN. Fakta yg saudari gariskan dlm ceramah/pidato politik dpentas PAS amat saya kagumi. Penuh dgn gaya bahasa menarik, driftong dan konsonan saudari serta mampu menyebut beberpa ayat alqur'an serta hadis. Terserlah juga tahap professionalisma sdri dlm berpidato serta luas pengalaman mengenai pola kepimpinan dunia.

    ReplyDelete
  3. Berita Pelik !!!! Bukan Islam pun dah nak sokong Hukum Hudud
    Posted on Saturday, July 21 @ 11:00:00 PDT
    Dilulus untuk paparan oleh lararatu

    Oleh: abuluqman

    "
    Datuk Lee Hwa Beng

    Tahniah Datuk Lee Hwa Beng,[Bekas ADUN MCA], anda seiringan dengan kami.

    Nota: ADmin TG Nik Aziz
    Dari tweet@hwabeng "At this point nothng much to ponder. 4 hudud, no one is affected if u do no wrong but all will be affected with 'ketuanan Melayu'... bukan HUDUD yg perlu takut.

    ReplyDelete
  4. “Saya yang tidak pernah mengundi parti selain Pas sejak kali pertama membuang undi, kini menyedari pilihan saya ini adalah salah. Memang sejak mula mengundi pada usia 21 tahun saya tidak pernah ambil tahu siapa pun wakil parti lain, yang saya tahu cuma Pas.
    "Sokongan saya tidak pernah berubah tetapi akhirnya saya tidak mendapat apa-apa manfaat sedikit pun selain janji mereka, jadi kenapa masih perlu bersama Pas sedangkan saya tidak lagi yakin dengan apa yang mereka boleh lakukan," kata Raja Ali Raja Mat, 45 tahun, yang berasal dari Kampung Hujung Tanjung. BELIAU KELUAR DARI PAS DAN KINI UMNO.

    Sementara itu, Che Awadi Che Su, 31, dari Kampung Babong pula berkata, dia memilih menjadi ahli UMNO selepas membuat pemerhatian dan perbandingan antara parti yang ada di negara ini.
    "Soal sokongan memang keluarga saya menyokong Pas sejak lama dulu, tetapi hasil pemerhatian saya mendapati UMNO adalah parti terbaik untuk rakyat.
    "Sebab itulah saya bersama rakan-rakan memilih untuk bersama UMNO dan insya-Allah selepas ini kesemua ahli keluarga saya juga akan melakukan perkara sama," jelasnya.

    Pendapat tersebut dikongsi seorang lagi pengundi muda, Fadzil Ismail, 36, yang mengakui tidak pernah merasai sedikit pun bantuan daripada pemimpin Pas sepanjang hidupnya.
    "Mungkin ada orang lain yang dapat, tetapi bagi saya secara jujurnya saya tidak pernah menikmati apa pun bantuan daripada wakil rakyat Pas.
    "Setiap kali ada bantuan diterima, ia adalah yang diberikan Kerajaan Pusat, maka saya tahu inilah parti yang patut disokong dan hari ini kami menjadi ahli UMNO secara sah. Seluruh keluarga saya akan undi BN biarpun 3 Aisyah,Abby mahupun Mustafa Kamal gembira masuk Pas. Tapi kami ini orang susah, orang kampung yang sentiasa ditipu Pas" katanya.

    ReplyDelete
  5. Satu teguran 'halus' kepada ahli2 PAS... jgn gembira sgt kemasukan artis ke dalam PAS...

    jgn seronok sgt jaja muka artis yg sokong PAS dalam banner2 ceramah...

    sampai org naik meluat.. ala kadar sudah laa..

    ReplyDelete
  6. Legenda rock tanah air, Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abd Rahman, menyertai Umno kerana yakin perpaduan orang Melayu hanya mampu dikekalkan jika parti itu terus mentadbir negara......

    Hanya Umno sahaja yang mampu membuat rakyat kembali bersatu. Saya lihat Umno merupakan sebuah parti yang mampu menjamin masa depan negara dan rakyat melalui segala usaha yang dilakukan pemimpin-pemimpinnya," kata Amy, 54, kepada pemberita selepas menyerahkan borang keanggotaan menyertai Umno bersama Mus May atau Mustaffa Din dan Ibnor Riza Ibrahim di ibu pejabat Umno di ibu negara hari ini....

    Ditanya tindakan sesetengah artis menyertai PAS atas alasan agama, beliau berkata Umno juga memperjuangkan agama dengan cara lebih baik dan tidak terlalu ekstrem.

    "Bagi saya, jika nak perjuangkan agama tidak semestinya menyertai PAS. Umno juga memperjuangkan agama, dan dalam pentadbiran, Umno juga tidak mengetepikan golongan ulamak. Jika nak perjuangkan agama, bagi saya tidak semestinya sokong parti yang ahlinya berjubah sahaja," katanya.

    Sementara itu, Mus, 44, berkata beliau menyertai Umno selepas menyedari hanya parti itu mampu memberikan yang terbaik untuk negara selama ia memerintah.

    "Umno sudah matang dan sudah lama memerintah negara... Sudah banyak yang dilakukan kerajaan bagi menjaga dan memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia,"katanya.

    Bagi Ibnor Riza, 51, beliau telah lama bercadang untuk menyertai Umno setelah sedar akan kemampuan parti itu dalam memberi masa depan yang cerah, khususnya kepada pembangunan negara.

    Borang mereka diterima Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh, dan ketiga-tiga artis akan menjadi anggota Umno Cawangan Dataran Merdeka dalam bahagian Bukit Bintang.

    Ab Rauf berkata Umno sentiasa menyokong langkah penggiat seni tanah air menyertai parti itu, dan mereka boleh bertindak sebagai duta Umno.

    "Penggiat seni tanah air yang menyertai Umno ini saya lihat akan menjadi duta kepada Umno dalam menarik minat masyarakat di luar sana untuk masuk ke dalam keluarga Umno," katanya.

    Kini terdapat 43 anggota Umno Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang yang terdiri daripada artis, antaranya Tan Sri Jins Shamsudin dan Jamal Abdillah.

    Tun Faisal..mana isyarat nih? dah banyak fakta2 kami kumpul, tp xtau nak terjah katner?

    ReplyDelete
  7. sabar bro..bagitau semua kawan2, kita tunggu pembubaran dun selangor dlu..banyak berita panass termasuk skandal izzah

    silent dlu. bulan ibadat nie

    kem media baru

    ReplyDelete
  8. YG PENTING DAH MASUK PARTI POLITIK NI(NOT BADAN DAKWAH) JGN ASIK2 KUTUK,MAKI DAN TANAMKAN RASA BENCI SESAMA ISLAM.

    ReplyDelete
  9. aaiiikk ayahanda anony 2:54pm marah?? anakanda di sini banyakk citer2 psl anwar, izzah, pembohongan nik aziz, hj hadi, lim kit siang, karpal.. ayahanda dah awal2 nak marah?? sabarlah ayahanda.. tunggu nak meletup kecil2an ajerr.

    kalau marah, ayahanda akan dijual seluruhnya.. ayahanda betul2 marah???!!

    ReplyDelete
  10. semakin ramai kaum cina kenal islam dan hudud malah cuba prjelaskan kpd kaum mereka. Tapi sayang pulak..ramai juga yg mengaku islam tapi benci gerakan islam, tok guru2 ,hukum islam dan sebagainya seperti perintah Tuhan. Ini lah anak2 bangsa didikan BN yg hanya mampu dilahirkan.

    **Asal drp parti umno

    ReplyDelete
  11. Terbaru, seramai 300 penyokong setia Pas di Ulu Kusial, dekat sini bertekad menyertai UMNO kerana merasa tertipu oleh Pas lebih-lebih lagi pemimpin tempatannya yang dianggap tidak cakna rakyat.

    "kami sayang ulamak tetapi tak habis-habis tok guru berdendam dan mengajak seluruh rakyat membenci BN. Segala perkara yang dibawa BN pastinya dipandang negatif." Akibat membenci BN, Pas dilihat makin jauh dengan pemerintah. Apa yang diburu tak dapat. Yang dikejar pula entah ke mana DAP dan PKR tetap tidak mahu hudud pula! Kini kejar-mengejar artis pula. Sudahnya perpaduan umat Melayu yang memelihara Islam di Malaysia ini entah ke mana." ujar Zahari Mamat, 46, Bekas Ketua Pas Cawangan Kampung Kusial Baharu.

    Penyerahan borang keahlian mereka diserahkan sendiri kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed pada Majlis Selamat Tinggal Pas di Taman Perumahan Ulu Kusial, dekat sini malam tadi.

    ReplyDelete
  12. Lebih RM300,000 kau sapu dari Kementerian Wanita selama dua tahun.

    Boleh kau salahkah Shahrizat pasal kau sendiri tadah nonok kau tu kat orang putih. kemudian orang putih itu rosakkan anak kau dgn mengajar anak kau hisap dadah!!!!

    Salah sapa? Cuba fikir..

    Suami pertama kau orang Singapore. Bercerai kahwin kedua orang putih bermasaalah.

    Bercerai; kahwin ketiga cara FB dengan suami orang yang mana dia buat hubungan melalui FB. Bertahan hanya selama satu tahun dan diceraikan melalui SMS. Apa punya gila punya marriage.

    Dah tu dengarnya KAHWIN KEEMPAT DGN orang PAS dan naik pentas politik!! Hai PAS nak nanti jadi Arqam dan Aisyah akan di pass pass antara pemimpin PAS! Mereka ni gila perempuan. Tak sangka gila artis!!!

    Aisyah tak akan senang selama hidupnya kerana Aisyah ni angkuh dulu. tak tahu terima kasih. tak syukur dan tak ikhlas.

    Sementang Shahrizat jatuh, lagi dia nak tikam! Ada baiknya Shahrizat tau setelah Shahrizat menolong Aishah dgn macam2 bantuan.

    Tuhan akan balas orang tak kenang budi! Pasti di dunia juga ... berkali-kali kau merasa macam2 batang!! kau akan jadi minah gila batang, Aishah..kau terimalah balasan Nya!!

    ReplyDelete
  13. Lepas sorang2 mereka yg bergelar selebriti, YB2 BN, Pegawai2 knan krjaan yg brpencen masuk parti islam. Tahniah aisyah kerana sdri telah brhijrah ke jalan benar. Ingat syurga Allah diatas keredaan dan rahmatNya. Bgimana kita nak dpt syurga jika melawan syariat islam spt yg UMPORNO lakukan selama ini.

    ReplyDelete
  14. artis dah digunakan dalam politk untuk tarik sokongan.

    ReplyDelete
  15. Kenyataan bangang yg mengatakan artis sdah digunakan utk tarik sokongan. UMNO ni sebenarnya suka pusing fakta. Mereka golongn artis juga punyai otak utk brfikir mana satu parti yg telah hancur dan mana parti islam. Kalu dia masuk UMNO pun,biarkan lah dan PAS tidak cela pun. Pergilah jika itu maksud dihati.

    ReplyDelete
  16. Tahniah aisyah kerana sdri telah brhijrah ke jalan benar. Ingat syurga Allah diatas keredaan dan rahmatNya. Bgimana kita nak dpt syurga jika melawan syariat islam spt yg UMPORNO lakukan selama ini.

    SAYA SUKA UNGKAPAN DI ATAS,UTK PERINGATAN DIRI SAYA DAN SELURUH KAUM MUSLIMIN/MUSLIMAT.

    **YASSIR ARAFAT.

    ReplyDelete
  17. patut politik tidak campuraduk dengan agama.

    ReplyDelete
  18. Apapun, semoga pilihan Aisyah ni adalah yang terbaik.

    ReplyDelete
  19. elakkan bersangka buruk.. iye sayangg. muahhs

    ReplyDelete
  20. Kalau betul kerana Islam tak masuk PAS pun tetap Islam juga.

    ReplyDelete
  21. Heran aku dengan artis ni, nak sangat glamor..

    ReplyDelete
  22. MUSIBAT - Bila Masjid Yang Menjadi Pentas Politik Pemimpin Kafir Harbi Ditengelami Air... Tazkirah Ramadhan KHAS Ahlol Ahlol Tolol PAS...!!!

    Inilah dia BALA yang diturunkan oleh Allah swt terhadap DOSA Kafir Harbi Xavier Jeyakumar yang diarahkan oleh PAS Kota Raja untuk menyampaikan TAZKIRAH Ramadhan pada bulan tahun 2009...

    Azabnya masih dirasai sehingga ke malam ini, sudah 3 malam teraweh jemaah Masjid Ar Rahimiah menanggung siksa kepayahan tidak boleh lagi menunaikan solat di dewan utama masjid berkenaan.

    Beberapa bulan yang lalu, "bencana banjir" yang menimpa masjid ini menimbulkan rasa pelik keseluruhan penduduk serta jemaah Masjid Ar Rahimiah kerana kedudukan posisinya diatas bukit iaitu Bukit Lipat Kajang mana mungkin menanggung kesan banjir ini...?

    Sedangkan Hospital Tengku Ampuan Rahimah yang bertentangan di kedudukan lebih rendah tidak mengalami banjir...!

    Apakah yang berlaku ini sebagai tanda kemurkaan Allah terhadap pimpinan PAS Kota Raja yang sanggup menyundalkan agama islam demi kepentingan politik bangang mereka sehingga tergamak membenarkan Xavier wakil rakyat DUN Sri Andalas memijak-mijak tempat sujud disaf hadapan masjid...?

    Ramai yang tidak tahu hakikat bahawa Yb PKR ini dirumahnya ada membela 3 ekor anjing German Shepherd..., tapak kakinya itu pula dibenarkan oleh pimpinan PAS untuk memijak tempat sujud solat jemaah masjid.

    Artis jadi ustazah ni mengancam juga! pass kat aku, weyy!

    PAS FOR ALL...!!! - http://wizuraikota.blogspot.com/2012/07/pentas-politik-pemimpin-kafir-harbi.html

    ReplyDelete
  23. Ada orang pernah tegur Mc.. jangan kutuk Pok Nik Aziz, dia tu Ulamak Besar. Benarkah dia Ulama Besar, bagi Mc dia hanya Ulamak Pas!! Ulamak Politik! Malah Pok Nik Aziz telah menghina Nabi Muhammad SAW. Siapa Pok Nik Aziz ni? Tinggi mana darjatnya? Hinggakan Nabi Muhammad pun dia boleh hina? Apakah kita nak biar bila ada orang hina Nabi kita?

    Menghina Nabi umpama menghina Islam! Kita marah apabila ada orang hina Nabi kita, Rasul kita, tapi bila orang tua kutuk ni hina Nabi Muhammad, siap ada video lagi. Boleh pula kita biar?

    Sampai mati pun Mc takkan maafkan orang tua ni, sebab dia kutuk Nabi Muhammad!!

    Itu artikel semalam Mc terbitkan.. dan hari ni Mc bawa pulak video Ustaz Azhar Idrus.. Ustaz pujaan puak Pas. Kali ni Ustaz Azhar pulak yang hentam Nik Aziz, kata Nik Aziz Batal Akidah serta merta!!

    ReplyDelete
  24. PAS jamin masuk syurga ke?

    ReplyDelete
  25. Biasanya yang sudah pencen2 ni yang akan masuk PAS.

    ReplyDelete
  26. Terpulang kepada Aisyah untuk memilih parti mana yang mereka rasa yang terbaik. Islam itu berada dimana-mana saja tidak semestinya PAS yang memperjuangkan Islam itu pilihan tapi Islam itu luas sebenarnya.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.