Berita mengenai dua ekor panda yang dipinjamkan oleh Kerajaan China kepada Malaysia dua tiga minggu lalu sebenarnya masih lagi menjadi percakapan umum terutamanya di kalangan pegawai tinggi kerajaan. Kesediaan Najib menerima hadiah yang dipinjamkan sempena meraikan empat dekad hubungan mesra Malaysia - China itu menimbulkan beberapa persoalan tentang kebijaksanaan Najib dalam membuat keputusan.
Dengan bersedia menerima panda itu yang dijangka akan ditempatkan di Taman Wetland, Putrajaya, ia bukan saja menyebabkan kita terpaksa menyediakan prasarana khusus yang menyerupai habitat asal panda yang hidup dalam iklim sejuk tetapi juga terpaksa mengimport buluh khas daripada China sebagai makanannya.
Kita juga dikatakan terpaksa menghantar beberapa kakitangan menjalani latihan ke China untuk menjalani latihan berkaitan panda serta memahami secara menyeluruh mengenai kehidupan panda itu. Dalam masa yang sama, beberapa kakitangan daripada China's Wulong Panda Research Institute, badan yang bertanggungjawab menyewakan panda itu, akan turut ditempatkan di negara ini bagi mengawasi kehidupannya sepanjang panda tersebut berada di negara ini.
Secara keseluruhannya, sebagaimana yang pernah dilaporkan oleh akhbar berbahasa Cina, kerajaan Malaysia terpaksa menanggung kos RM20 juta sepanjang 10 tahun dua ekor panda itu ditempatkan di negara ini.
Perkara yang menimbulkan persoalan di kalangan pegawai tinggi kerajaan ialah tentang kebijaksanaan Najib menerima permintaan China untuk memelihara panda itu. Mereka berpandangan sebaiknya Najib menolak permintaan China itu dengan baik sambil mengambil kira faktor cuaca, makanan dan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung itu.
Bagi pegawai tinggi kerajaan, masih banyak perkara lain yang boleh dilakukan untuk meraikan hubungan mesra yang telah terjalin selama 40 tahun antara Malaysia dengan China, selain daripada memelihara panda. Jika pun ingin sangat meraikan hubungan diplomatik yang mesra itu, ia juga boleh dilakukan dengan mengadakan pertukaran rombongan kebudayaan, pertukaran pelajar, lawatan belia sambil belajar secara tetap dan sebagainya.
Dalam kedudukan Najib sendiri dipertikaikan oleh rakyat, memelihara dua ekor panda dengan kos RM20 juta melalui wang pembayar cukai selama 10 tahun tentulah memburukkan lagi persepsi beliau di mata rakyat.
Rasa tidak setuju rakyat terhadap panda itu terserlah bilamana Najib dalam laman facebook bahasa Cinanya meminta rakyat turut memberi nama kepada dua ekor panda itu, ia akhirnya menjadi persendaan maya di mana antara nama yang dicadangkan ialah cin cin & beg beg, Altantuya & Scorpene dan sebagainya.
Para pegawai tinggi kerajaan juga bimbang hubungan Malaysia dan China akan terjejas serta menjadi isu besar di antara kedua negara sekiranya panda itu mati dan sebagainya berikutan persekitaran habitatnya yang dibina nanti tidak bersesuaian.
Selain isu panda, pegawai tinggi kerajaan juga menyifatkan tindakan pentadbiran Najib mengadakan pelbagai program melibatkan rakyat hampir setiap minggu dan sepanjang masa sejak beberapa bulan lalu sebagai meletihkan kakitangan kerajaan.
Secara umumnya, pegawai kerajaan memang sedia berkhidmat dan menurut arahan daripada pemerintah tetapi yang menjadi persoalan ialah program-program itu sudah berjalan secara marathon sejak beberapa lama dan masih tidak ternampak tanda-tanda Najib akan mengadakan pilihanraya dalam waktu yang terdekat ini.
Mereka juga dapat merasakan pastinya dalam bulan Ramadan dan Syawal nanti, program-program yang melibatkan rakyat akan berlipat kali ganda lagi dari segi bilangan dan saiznya kerana Najib nampaknya masih berusaha meraih sokongan sebanyak-sebanyaknya sebelum mengadakan pilihanraya.
Para pegawai kerajaan kini mengadu sudah beberapa bulan keletihan dan tidak tahu sampai bila lagi mereka akan terus keletihan di bawah pentadbiran Najib inI
Oleh Shahbudin Husin (DD)
Sunday, July 15, 2012
Rungutan Kakitangan Kerajaan Terhadap Najib
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 lagi pembaziran dana 1Malaysia oleh UMNgOk!!!
ReplyDeleteJikalau kerajaan China mahu meminjamkan dua ekor Panda ini kepada Malaysia sebagai satu lambang hubungan mesra antara dua negara kita, takkan kita boleh menolak?
ReplyDeleteLagipun, ramai rakyat Malaysia yang tidak pernah berpeluang untuk melihat Panda yang betul-betul. Inilah satu peluang untuk orang ramai.
ReplyDeleteyg menolak tu adalah RAKYAT Malaysia dan yg menrima tu BARUA umngok..
ReplyDeleteisu sebenarnya adalah PRIORITY...tiada lagi keperluan mendesak terhadap RM oleh rakyat negara ini selain drpd peluang melihat panda??? jgn kc turun 'nilai' mesin dlm kepala...
ReplyDeleteBagus la ba tu, ada juga habitat baru di M'sia.
ReplyDeletedikasi traning lagi. Boleh tahan. Semakin berpengetahuan Orang2 Malaysia.
ReplyDeletejadi pegawai kerajaan penat? aku x pun! walau banyak kerja & sentiasa diaudit, aku hepi jew! penat apa, ek? penat bawa berita.. kot? huhu. jika x mampu, usah kerja gomen laa!! ! bagi jew jwtn tu pada org2 muda yg nak kerja dgn kerajaan! mrk juga boleh dapat gaji lumayan setiap bulan, dpt pencen, kebajikan dijaga, kesihatan dibela, senang buat pinjaman, boleh sambung study, banyak cuti, ada kerani2, bilik air cond, laptop, cuti haji, cuti umrah, cuti rehat, suara didengar, dapat mcm2 elaun, dapat bonus! bagila jwtn kat org yg memerlukan. *dah diberi betis..mcm stiasa x bersyukur aje nampaknya
ReplyDeletebro, walfitnatu ashaddu minal khotr!
kena jaga pnda tu baik2.. kalau panda tu mati.. apa akan berlaku?
ReplyDeleteHarap Najib telah mengambil satu keputusan yang tepat.
ReplyDeletealai..kalau panda tu mati maksudnya hubungan kedua2 buah negara pun outus.hehehe
ReplyDeletesdr anon july 18: 11.01 am.
ReplyDeleteBukan maksud penat tu penat lelah mcm pelari 100m tapi pebaziran yg tak sepadan dgn hasilnya. Berjuta2 ringgit dihamburkan kpd projek yg tak sepatut. Kalu RM500 tu..mngkin lah. Tiang2 lampu diPutrajaya tu kau tau brapa kosnya. Saya tanya k/tgn Perbdanan Putrajaya harganya saya sendiri tak mau prcayai sbab memang mahal utk sebatang tiang lampu. Kalu beribu2 btg,berapa harganya? Trafik light..kenapa banyak di sana? Sebab peg yg kena jg kelancaran lampu hijau kuning tu ada komisyen dlm pembaikan/maintainence lampu2 tu.
panda 100 ekor? ade aku kisahh?? yg penting gaji aku dapat setiap bulan. negara aman. aku boleh sekolahkan anak2. walau 2ribu, aku takbayo plak cukai pdptn! hehe hehehe
ReplyDeletemoga malaysia sukses bawah najib! terbuka, pemurah, sygkn rakyat, rapo yg berwibawa, mendengar, membaiki kesilapan, 1 malaysia, gigih
*pengundi atas pagar yg pastinya syg BN
tak der keja lain PM nih..aku nak baca berita nih pun malu. Nak amik Panda tu bukan keja PM tu keja peg jabatab haiwan jer atau zoo negara. aduh malu wehh dpt PM mcm nih.
ReplyDelete"SEBELUM ini Barisan Nasional cuba memainkan sentimen agama kononnya DAP mahu menjadikan Agama Kristian sebagai agama rasmi Malaysia.
ReplyDeleteNamun akhirnya propaganda itu tak laku lantaran dilihat tak masuk akal kerana pemimpin utama DAP bukan beragama Kristian. Masakan orang bukan Kristian nak jadikan Agama Kristian sebagai agama rasmi Malaysia.
Namun penemuan kali ini sangat mengejutkan apabila hasil carian di Google Map memaparkan lambang salib besar di Putrajaya. Apa tujuan lambang salib besar ini diletak di wilayah kebanggan negara?
Lambakan beban kerja dan kerap mendapat tugasan di luar waktu pejabat atau on call menyebabkan ramai anggota polis mengalami tekanan atau stres, berbanding penjawat awam di sektor lain, iaitu doktor, jururawat, guru serta bomba.
ReplyDeleteLambakan beban kerja termasuk kerja lebih masa yang perlu mereka lakukan kerana menyertai pelbagai operasi dan serbuan yang kebiasaannya dilakukan di luar waktu pejabat, iaitu antara jam 5 petang sehingga 6 pagi.
Hasil kaji selidik Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) juga mendapati responden merasai tekanan apabila dihantar ke sesuatu lokasi untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman serta menyertai pasukan pengaman di luar negara atau sering diarahkan bertugas ketika cuti umum, termasuk musim perayaan.
Kajian pada tahun 2007 hingga 2009 itu mendapati 53.7 peratus daripada 453 sampel kajian di enam balai polis di Wilayah Persekutuan, dipercayai mengalami stres di tempat kerja. Angka itu menunjukkan polis berada di kedudukan teratas mengatasi enam organisasi lain, iaitu bomba (47.3 peratus), guru (45.8 peratus), jururawat (42.3 peratus) serta doktor (40.7 peratus).
Mungkin ada pembaziran untuk pengurusan panda ini. Datuk Najib perlulah bijak menangani isu sebegini.
ReplyDeleteMungkin duit itu dapat digunakan kearah perkara yang lebih baik berbanding perkara ini.
ReplyDeleteat least panda tu boleh juga bawa pulangan dari segi ekonomi melalui sektor pelancongan.. yang kerajaan selangor biayai kos guaman adun seri muda tu macam mana pula?? itupun guna duit pembayar cukai juga..
ReplyDeletelagi bagus pelihara panda daripada pelihara LGBT di negara ini..
ReplyDelete