Universiti Utara Malaysia (UUM) yang juga diajuk-ajukan sebagai Universiti Umno Malaysia telah membuat kajian politik di negeri itu untuk mengetahui pandangan orang ramai mengenai beberapa perkara. Dua perkara yang menarik serta dijadikan fokus, siapakah tokoh Umno paling layak untuk menjadi Menteri Besar Kedah, dan kedua sejauh mana sokongan orang ramai kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang dikepalai Pas kini.
Kajian itu menunjukkan Mukhriz Mahathir adalah tokoh paling layak untuk menjadi MB Kedah kerana Mukhriz dikatakan orang yang boleh menyelesaikan masalah rakyat di negeri itu. Mukhriz juga dianggap sebagai orang yang rajin menemui rakyat. Apakah penyifatan Mukhriz sebegitu hanya berdasarkan kepada 'kerajinan' calon ketua Pemuda Umno yang kalah itu semata-mata?
Pemilihan Mukhriz itu sekaligus menafikan beberapa nama lain yang disebut-sebut bakal menjadi MB Kedah sekiranya UBN menang. Mereka ialah menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga ketua penerangan Umno Kedah Mohd Jamil Khir Bahrom, Pengerusi Umno Kedah, Ahmad Bashah Md Hanafiah dan bekas Mb Mahadzir Khalid.
Keputusan mengenai kajian itu diumumkan oleh seorang profesor bernama Rohana Yusof.
Apabila membaca laporan ini saya tersenyum kambing bersendirian bukan kerana apa, nampak sangat laporan berkenaan dibuat mengikut kehendak politik pihak tertentu dan bukan kajian bebas dan adil. Apabila nama Mukhriz disebut dan layak jadi MB, saya dapat merasakan kajian itu disengajakan dan ia mempunyai motif tersendiri.
Kalau kajian setakat hendak meletakkan Mukhriz sebagai bakal MN atau pun mahu menggambarkan kerajaan Pakatan lemah sebenarnya UMM tidak payah suasah payah membuat kajian itu dan menggunakan mahasiswa serta menghabiskan.
Lama sebelum ini saya sudah membuat ramalan yang akhirnya Mukhiz si anak Mahathir Mohamad itu akan ditimbangkan sebagai bakal MB Kedah. Saya tidak mempunyai banyak teori tetapi cukup setakat melihat kepada keghairahan Mahathir dalam mencatur dari dalam rumahnya mengenai kedudukan Mukhriz di Kedah.
Secara logiknya saja Mahathir sebagai orang politik apa lagi cita-cita dan nafsu politiknya tidak pernah luput pasti mahukan ada seseorang mewarisi puasaka politiknya. Mahathir amat arif dalam dunia politik, atau dengan memiliki kuasa politik seseorang itu mendapat apa saja yang ia kehendakki hatta harta rakyat atau isteri orang.
Mahathir sudah pun mengecapi nikmati itu selama 22 tahun dan dia tidak pernah puas dengan apa yang ada. Jadi tidak hairan kalau beliau beriya mencatur dan menyediakan galah untuk anaknya panjat ke atas kemudian menjadi sepertinya. Mahathir sedar dia mempunyai berlautan harta benda yang harus dijaga sebaik mungkin. Harta yang diperoeleh dalam politik hanya perlu dijaga dan dikawal oleh kuasa politik.
Sekiranya Mukhriz naik ke atas kedudukan harta benda, maruah serta nama baiknya (yang sebenarnya jahat) dapat dipertahankan. Mahathir mempunyai harapan tinggi dengan Mukhriz bermula sebagai MB Kedah dia diharap akan menapak ke atas menjadi Timbalan Presiden Umno kemudian menjadi TPM tatkala ayam jagoh Mahathir Muhyuddin Mohd Yassin (ah terlupa Udin anak Yassin) menjadi PM kelak.
Mudah sahaja teori mengenai bagaimana Mahathir hendak meletakkan anaknya di bekas kerusi yang ditakhtai selama 22 tahun itu hendak difahami.
Bagi Mahatthir game ini tidak akan menjadi kesalahan sebaliknya semacam mendacarnya. Mahathir akan merasakan dia sebagai bekas MB tidak sempurna kalau cita-cita itu tidak menjadi kenyataan. Dia selamanya akan malu dan kalau mati matanya tidak akan tertutup kalau Mukhiz tidak sampai ke tahap dikehendaki.
Dia akan merasa tercabar serta malu dengan pencapaian bekas dua PM Razak Hussein dan Hussein Onn yang mana keduanya telah berjaya meletakkan anak mereka ditempat hari ini sebagai pewarisi tahkta politik di negara ini. Razak anaknya Najib telah menjadi PM, manakala Hussein anaknya Hishamuddin kini sedang menuju ke jalan itu itu.
Kesimpulannya kajian dibuat UMM itu dengan menamakan Mukhriz sebagai layak menjadi MB Kedah adalah kajian menghabiskan beras semata-mata dan ia tidak lebih daripada kajian politik yang mungkin menerima upahan demi mencapai cita-cita Mahathir Mohamed.
Oleh Mohd Sayuti Omar
Saturday, July 28, 2012
Kajian Politik UMM Menghabiskan Beras
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Brtanding KP UMNO pun kalah, nak pasang angan2 utk jadi MB. Dah selesa dah dgn MB lama kita nih. Baguih na. Pandai urus negeri dimana Ketua Audit Negara TS Ambring Buang kata semua negeri pimpinan PR guna kewangan dgn baik. Itu pun umporno nak buat citer mengong.
ReplyDeletekajian menunjukkan "Mukhriz calon yg layak sbg MB Kedah nanti kerana boleh selesaikan masalah rakyat dan selalu jumpa rakyat."
ReplyDeleteHelloo, nak habaq sat yer..mana2 negeri pun walau ditadbir PR dan takder sabotaj umno, pentadbiran memang lancar dan brkesan. D Selangor, urusan sampah yg sepatut dilaksanakan oleh Pihak Brkuasa Tempatan, apa kejadahnya nak beri pd ALAM FLORA? Selama ni pun,aku nengok mana2 negeri pun, pihak majlis daerah dtg kutip. Bg selamatkan kantong negeri dr mengalir keluaq tak pasai2 ( pd kroni umno pun), MB dah minta PBT laksanakan sendiri. Boleh pun sebab memang ada ktgn yg dibayar gaji utk itu sebelum nih.
So.d Kedah tu, dh baguih dah MB DS Azizan urustadbir negeri dan dapat pujian pun dr pihak odit negara. SUDAH,LALUH !!!
**Yassir Arafat
Mahathir mahu ada pengganti beliau dalam arena politik iaitu anak beliau sendiri.
ReplyDeleteIa hanya kajian, bukan keputusan muktamad pun.
ReplyDeletePenglibatan Marina dalam Bersih dan keakraban dengan Ambiga salah satu yang tidak disukai Mahathir kerana tindakan tersebut akan merosakkan impian beliau terhadap Mukhriz.
ReplyDeleteUMNgOk akan menguasai kedah meeeh? suku sakat san miguel ini RELEVAN???
ReplyDeleteSemua ahli Umno BN perlu bergading bahu dan bersatu untuk menang PRU13.
ReplyDeletePRU13 akan menjadi jawapannya
ReplyDeletekita tgk brjaya atau tidak UMNO merampas Kedah.
ReplyDeleteTunggulah PRU yang akan diadakan tidak lama lagi.
ReplyDeleteHarus ada kerjasama antara semua pihak.
ReplyDeleteMemang pertanyaan yang sangat menarik, saya juga berminat nak tahu pandangan orang ramai siapakah tokoh Umno paling layak untuk menjadi Menteri Besar Kedah, dan kedua sejauh mana sokongan orang ramai kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang dikepalai Pas kini?
ReplyDeleteDiharapkan kajian politik dariapda UMM ini akan mendedahkan pilihan rakyat dalam PRU-13.
ReplyDeleteBuat kajian satu usaha yang baik. Pastikan berjaya dengan sepenuhnya.
ReplyDeleteAdakah masih Kerajaan BN mendapat sokongan daripada rakyat? Itu sudah semestinya. Kita dapat lihat sendiri.
ReplyDelete