Tuesday, July 31, 2012

Status Terakhir BB Eksekutif TV9 Sebelum Ditemui Mati

"Sabar duhai hati", adalah status BlackBerry (BB) terakhir yang sempat dicatat seorang Eksekutif Pentadbiran sebuah stesen televisyen swasta, Syaleza Jaffar, 31, sebelum ditemui mati dalam bilik di kediamannya di Apartmen Saujana, Damansara Damai, dekat sini, kelmarin.

Gambar: Status BB milik mangsa sebelum ditemui meninggal dunia.

Kejadian disedari setelah suaminya terdengar bunyi dentuman kuat, lalu bertindak pecahkan pintu bilik selepas panggilannya tidak terjawab.

Menurut sumber, pasangan itu bertengkar kira-kira jam 7 malam, menyebabkan mangsa merajuk dan mengunci dirinya di dalam bilik.

“Suami mangsa menghubungi ambulans yang tiba jam 10.30 malam. Pemeriksaan lanjut mendapati dia telah meninggal dunia,” katanya.

Difahamkan jiran mangsa juga terdengar bunyi pertengkaran beberapa jam sebelum kejadian. Ia berkemungkinan berpunca daripada suami mangsa pulang lewat dari kerja luar kawasan.

Pasangan berkenaan mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun dan menyewa di situ sejak tiga bulan lalu.

Suami mangsa yang bekerja di syarikat petroleum di ibu kota, buat laporan dan memberi keterangan kepada polis.

Mayat Syaleza dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan kejadian itu.

"Peringkat awal kes diklasifikasikan mati mengejut, namun siasatan diteruskan sama ada terdapat unsur jenayah atau tidak,” katanya. -SH

13 comments:
Write comments
  1. Banyak sudah kejadian ngeri melibatkan k/tgn TV 3 serta TV 9. Kenapa? Balasan 'senyap' ke atau apa trhadap entiti penyiaran ini? Kalau TV 3 suku tu tk der benda lain yg barlaku kalau tidak cerai berai keluarga, gaduh sana sini dn mcm2 benda pelik yg tak masuk aqal org beriman.

    ReplyDelete
  2. Ada dua kemungkinan la ni kan. Bunuh diri atau dibunuh.

    ReplyDelete
  3. Macam2 saja yang berlaku sekarang ni. Takziah.

    ReplyDelete
  4. apa punca kematian.. kena disiasat ni?

    ReplyDelete
  5. Takziah, diharap punca sebenar kematian dapat diketahui

    ReplyDelete
  6. Perlu tahu motif kejadian tu

    ReplyDelete
  7. Takkan pendek akal sampai bertindak bunuh diri??mesti banyak kisah2 lain kalau dikorek.

    ReplyDelete
  8. xperlu buat andaian, biar polis buat siaatan akhirnya diketahui juga

    ReplyDelete
  9. Kesihan, jadikan ini sebagai pengajaran, kepada mreka yang berumah tangga jaga hati msing2

    ReplyDelete
  10. Pergaduhan harus ditangani dengan lebih baik.

    ReplyDelete
  11. Diharapkan penyiasatan akan dibuat mengenai kematian mengejut Syaleza Jaffar.

    ReplyDelete
  12. Semoga kebenaran akan didedahkan mengenai kes ini sama ada melibatkan unsur jenayah ataupun tidak.

    ReplyDelete
  13. Siasatan sememangnya perlu dibuat mengenai perkara ini.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.