Saturday, July 28, 2012

PRU13: Pengundi Cina tersinggung, BN sukar

Barisan Nasional (BN) bakal menghadapi kesukaran untuk menang majoriti dua pertiga termasuk menawan negeri pantai barat berpunca daripada undi daripada kaum Cina dalam pilihan raya umum akan datang.

Ahli Panel, Zainon Ahmad (gambar) dari akhbar The Sun berkata, kesukaran ini berlaku akibat kelantangan pemimpin Umno dan BN yang menyatakan mereka boleh mendapat majoriti dua pertiga hanya berbekalkan undi Melayu selepas menang besar dalam pilihan raya umum 2004.

Menurutnya, ini membuatkan bangsa lain tersinggung dan mengubah landskap politik negara dalam pilihan raya umum 2008 apabila BN kehilangan empat negeri.

“Parti pemerintah harus memberikan perhatian mengenai perkara ini, jika tidak ada negeri yang akan kecundang seperti Negeri Sembilan, Johor dan gagal untuk merampas semula negeri ditawan pembangkang.

“Kegagalan ini juga berpunca daripada janji BN tidak ditunaikan, kerana leka dengan kemenangan diperoleh,” katanya dalam persidangan Meja Bulat anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) pusingan ketiga yang bertajuk ‘Dari PRU-12 ke PRU-13: BN lawan PR, Satu Penilaian’.

Sementara itu ahli panel terakhir, Prof Dr Teo Kok Seong berkata, masyarakat Cina sukar untuk menerima perkara berkaitan dengan perkauman ditimbulkan mana-mana pihak sama.

Katanya, bagi masyarakat itu, sistem pendidikan bahasa Cina amat dititik beratkan dan harus diberi keutamaan.

“Selama ini masyarakat beranggapan bahawa kaum Cina lebih mementingkan ekonomi daripada pelajaran dan ia tidak benar kerana bagi mereka sistem pendidikan Cina harus diberi keutamaan.

“Bagi mereka ekonomi adalah keperluan kedua, walaupun banyak pihak menyatakan kaum Cina lebih mementingkan ekonomi,” katanya.

Kok Seong berkata, perkara ketiga menjadi keutamaan kaum tersebut adalah isu berkaitan dengan perkauman.

Menurutnya, walaupun pelbagai sistem diperkenalkan oleh kerajaan yang memperuntukkan pembahagian kepada semua kaum, tetapi masyarakat Cina masih beranggapan ia tidak adil.

“Mereka beranggapan sistem yang diperkenalkan itu lebih menjurus kepada Umno kerana majoritinya bangsa Melayu yang menguasainya.

“Ini termasuk jawatan di dalam Kabinet, sistem pentadbiran negara atau apa jua jawatan yang diperkenalkan kerajaan,” katanya. -SH

16 comments:
Write comments
  1. UMNO dah tak pakai lagi undi cina ke india ke. Sebab mereka dah ada Nyammar,Nepal, Pakistan,Indon,undi pos ( undi pos kepala hotak dia), undi dr hantu raya serta orang kuat mereka. Sapa lagi kalu bukan Suruhnajaya Penipu Rakyat ( SPR).

    **Yassir arafat

    ReplyDelete
  2. malay 1st maa, lain2 etnik adalah pariah!!!

    ReplyDelete
  3. Semua kaum perlu dilayan dengan adil.

    ReplyDelete
  4. Peluang untuk satu2 jawatan biarlah berdasarkan merit.

    ReplyDelete
  5. Dalam perlembagaan, orang Melayu memang diberi hak keistimewaan.kaum lain tak boleh pertikaikan.

    ReplyDelete
  6. 1Malaysia tak akan bezakan kaum mahupun agama seseorang.

    ReplyDelete
  7. dlm pengangkutan awam, ada tempat duduk KHAS utk org melayu laaa? perlembagaan bertulis mana yg memberi hak istimewa melayu? 20 perkara adalah dokumen bertulis yg lebih jelas memberikan sabah KUASA AUTONOMI!!!

    ReplyDelete
  8. Malaysia penuh dengan hantu, pengundi hantu dan yang menyuruh bunuh Altantuya pun HANTU SEGALA HANTU!

    ReplyDelete
  9. benarkah mereka tersinggung,? Najib pernah katakan bahawa pengundi cina amat penting dan mereka tidak akan diabaikan.

    ReplyDelete
  10. 1M'sia ba, PM pasti tidak abaikan kaum2 lain

    ReplyDelete
  11. Semua kaum pun penting juga dalam pembangunan negara.

    ReplyDelete
  12. Semua kena dilayan sama dan sebaik mungkin

    ReplyDelete
  13. Bersedialah menghadapi PRU yang akan datang.

    ReplyDelete
  14. Lantas menunaikan konsep 1 Malaysia, layanan setaraf kepada semua bangsa dalam negara.

    ReplyDelete
  15. Diharapkan kerajaan akan melayan semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama, kita 1 keluarga, 1 Malaysia.

    ReplyDelete
  16. Yang pasti Kerajaan telah pun mencuba yang terbaik. 1 Malaysia untuk semua kaum dan bukannya kaum tertentu saja.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.