Tuesday, July 31, 2012

Abby Masuk PAS, Kontrak jadi duta tudung ditamatkan

Pelakon dan penyanyi terkenal, Abby Abadi menulis dalam laman sosial Twitter yang kontraknya sebagai duta kepada sebuah syarikat tudung, baru sahaja ditamatkan kerana penglibatannya dalam PAS.

"4 Julai 2012 - Kontrak saya sebagai duta kepada tudung mereka terbatal secara rasminya.

"Saya terima dengan hati terbuka & saya minta maaf kerana terlibat Pakatan Rakyat," tulisnya di laman Twitter pagi tadi.

Sementara itu syarikat tudung berkenaan, AlHumaira Contemporary (AHC), dalam maklum balas segera dalam facebooknya berkata, kontrak itu ditamat kerana "tidak mencapai matlamat yang diharapkan".

Tanpa menyebut nama Abby, syarikat itu menegaskan bahawa pihaknya sebenarnya berhak mengikut undang-undang untuk menamatkan kontrak pada bila-bila masa yang dianggap sesuai mengikut situasi.

"Itu ialah hak kami dan kami berharap semua pihak boleh respect (hormat) keputusan ini," kata syarikat itu pada laman Facebooknya, merujuk kepada "seorang artis yang baru beberapa bulan bertudung yang juga merupakan bekas duta AHC".

Sementara itu, pelakon dan penyanyi terkenal itu yang kini aktif berceramah - ketika ditemui Malaysiakini Jumaat lalu - menyifatkan penyertaannya ke dalam parti itu merupakan sebahagian daripada langkahnya mendekati agama.

Menurut Abby, ia bukanlah satu penghijrahan politik seperti yang dianggap ramai pihak.

"Saya tak pernah terfikir nak guna istilah penghijrahan itu sebab saya terlibat secara tak sengaja," katanya sewaktu ditemui di Shah Alam.

Menurut Abby, perubahan dirinya yang kini bertudung dan mula mendekati agama dilakukan sebelum beliau mula mendekati PAS lagi.

"Hidayah atau penghijrahan ini kita dah dapat semua sebelum masuk PAS," kata Abby.

Abby yang dahulu merupakan sebahagian daripada kumpulan Elite dan popular dengan siri drama Gerak Khas menjadi ahli PAS seumur hidup pada 19 Julai lalu.

Beliau menyerahkan sendiri borang keahliannya kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dalam satu majlis di Kota Bharu, Kelantan.

Menurutnya, beliau mula mendekati PAS selepas dijemput parti itu untuk berceramah tentang perubahan dirinya daripada seorang yang tidak bertudung kepada seorang yang bertudung.

"Saya pada mulanya dijemput untuk berkongsi tentang saya punya hijrah itu," kata Abby.

Beliau kemudiannya membuat keputusan menyertai PAS kerana tertarik dengan perjuangannya yang berteraskan agama Islam.

"Kita nampak PAS itu perjuangan dia memang perjuangkan agama. Saya sertailah sebab saya nampak benda itu memang baik untuk agama," kata Abby ringkas. -mk

15 comments:
Write comments
  1. Insyallah banyak lagi rezeki lain...ini satu ujian mungkin Allah akan menganugerahkan lagi rezeki yang lebih baik dari yg sebelumnya....!

    ReplyDelete
  2. Seorg wartawan Jepun sewaktu membuat liputan suasana perang dSyria telah trpegun dgn keharmonian dan budi bahasa umat islam disitu lantas depan mujahidin batalion MumdahJulha dGunung Turkman telah melafazkan kalimah syahadatain dgn 'gegaran' takbir. Tapi dMsia, umat islam cuba menekan individu islam yg lain hanya kerana brsama Gerakan Islam spt PAS spt yg barlaku pd sdri Abby Abadi. Pelik kan?

    **Yassir Arafat

    ReplyDelete
  3. megah membuang setempayan air bila dengar guruh di langit..?

    megah juga bila menang sorak......habis kampung digadaikan!! ke mana kamu sudahnya berjalan nie, abby?

    btw, gd luck. moga kamu bahagia dgn pilihan kamu.

    atas pagar

    ReplyDelete
  4. Abby baru saja bertudung tapi berlagak. Bertudung bukan bermaksud anda terus jadi alim ulama dan suci tanpa dosa.

    ReplyDelete
  5. Adakah Abby mahu tunjukkan yang dia lebih hebat daripada Memey??

    ReplyDelete
  6. Abby dah mula aktif berpolitik, ada niat jadi wakil rakyat ke?

    ReplyDelete
  7. Untuk mendekati agama rasanya tidak perlulah berpolitik. Perlu tahu beza dua perkara ni.

    ReplyDelete
  8. Bagus la kalau ada kesedaran untuk bertudung.

    ReplyDelete
  9. kontrak pun dikaitkan juga dengan politik??

    ReplyDelete
  10. UTK MENDEKATI UGAMA RASANYA TIDAK PERLU BRPOLITIK..

    Awass..perkataan di atas boleh membatalkan kalimah syahadah. Politik trcipta utk manusia bukan binatang DAN ugama sememangnya juga utk manusia. Kalau kedua2 utk manusia,kenapa ianya tidak brcampur?

    ReplyDelete
  11. Kenapa pula dibatalkan? apa kaitan duta tudung dengan PAS?

    ReplyDelete
  12. Bukankah PAS juga suka dengan tudung2 dan segala aktiviti keagamaan?

    ReplyDelete
  13. Memang ramai artis yang suka mengikuti parti PAS, mungkin inilah strategi PAS- menggunakan artis untuk menarik perhatian dan undian orang ramai.

    ReplyDelete
  14. Jika ini adalah keputusan Abby Abadi, apa boleh buat kan?

    ReplyDelete
  15. Biarkan saja. Tidak pasti sebab kenapa Abby mula ikut politik.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.