Inilah fitnah dan pendustaan melampau dari dia yang bergelar Ulamak Muda UMNO di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Menuduh Ketua Pemuda PAS kononnya "rela" disolekkan oleh jurusolek ASTRO Awani dan memuji Ulamak Muda UMNO Fathul Bari kononnya memilih untuk menyolek diri sendiri kerana khuatir dan bimbang tersetuh dengan wanita.
Kemudian ditambahkan pula dengan rumusan yang meluatkan berbentuk pertanyaan: apa guna perjuangkan Islam anda! hal semudah itu tidak dapat dijaga.renung2kan.
Sedangkan hakikat (kebenaran)nya ialah seperti gambar di bawah ini:
Siapakah di dalam foto di atas yang membenarkan dirinya disolek oleh jurusolek itu? Ketua Pemuda PASkah atau Ulamak Muda UMNO, iaitu Fathul Bari namanya?
Firmanullah s.w.t:
Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10
FITNAH seakan sudah menjadi budaya dan darah daging UMNO, daripada presidennya, para menterinya, akhbarnya, bloggernya, para ulamak tua dan mudanya.
Komain lancang mulut mereka bercakap dan tangan mereka menulis fitnah-fitnah demi untuk mempertahankan nyawa parti mereka yang sednag nazak itu.
Dan GB tertanya-tanya: layakkah dia bergelar "ulamak" atau "ustaz" seandainya FITNAHnya begitu jelas dan ketara?
-GB
salam Ramadhan. saudara ku smua, Ramadhan ni lah unk kita muhasabahkan diri kita.
ReplyDeletewalfitnatul asyaddu minal khotr.." Jgn kita brsama UMNO dlm menyebar fitnah."
ReplyDeleteKalau bukan menipu bukan UMNO namanya.
ReplyDeletebro..itu baru solek2. bukan dicium2 / disalam2 / diliwat2. yg penting hati, niat, keimanan! terbukalah sikit mcm pemimpin2 kau! borang umno dari abby pun nik aziz pegang kuat2! kuil buddha terbesar di malaysia pun nik aziz + pemimpin2 pas datang. lim kit siang pun dipeluk2 oleh hj hadi!
ReplyDeleteYG PENTING NIAT, AMALAN, KEIMANAN. datanglah apa cobaan pun, kau tetap mampu handle masalah. itulah kualiti diri kau! jika kau ke luar negeri mcm aku yang atas pagar nih, lagilah banyak cubaannya. yg penting..diri sendiri. berkawan dgn org baik2. solat pastikan selalu!
apalah kau orang ini! miskin pemikiran! papa usnu dzon. inilah bahana bersangka buruk! negatif aje. JAGA IBADAT & DERIA KITA KETIKA BERPUASA NI
Jangan sekali menabur fitnah, haram itu.
ReplyDeleteDiharapkan perkara ini dijelaskan supaya pembaca tidak mudah terpedaya.
ReplyDeletehati2 menyampai berita, iye sayang? ustaz tu pun dalam keadaan terpaksa. yg penting kita semua dalam keadaan baik2. allahuakbar
ReplyDeleteAda2 saja..
ReplyDeleteMenfitnah itu satu dosa.
ReplyDeleteUstaz Fathul Bari nak mengamuk? Takdelah! Dia tidak mengamuk malahan memberi jawapan yang ilmiah dan penuh kerendahan hati setelah juak-juak "cybertroopers" pembangkang heboh bercakap nak hentam apabila Ustaz Fathul Bari disolek ketika berlangsungnya "Debat: PRU 13: Orang Muda Pilih Siapa?" yang di adakan di Karangkraf, Shah Alam pada 19 Julai yang lalu. Ini Keris kongsi jawapan beliau untuk pembaca menilai sendiri :
ReplyDelete***Bismillah,
Untuk isu "solek" yang diperdebatkan oleh pecinta kebenaran, komen saya:
1. Setiap insan pasti melakukan kesilapan termasuk diri saya dan Ketua Pemuda PAS. Maka saya akui kesilapan saya (seperti di dalam gambar) apabila disolek kali pertama di bilik mesyuarat (moga Allah mengampunkan kesalahan ini), dan saya telah memperpetulkan kesilapan tersebut ketika berada di pentas debat, alhamdulillah.
2. Maka, yang terbaik buat pesalah adalah mengaku kesalahan dan beristighfar.
3. Bagi yang memberi komentar, jagalah lisan dan perkataan. Sesungguhnya Allah itu Maha Melihat lagi Maha Mendengar.
4. Bagi pihak yang menganjurkan program yang memerlukan kepada solekan, maka tolonglah ambil serius isu perbezaan jantina antara juru solek dan yang disolek.
5. Mungkin ada yang beralasan, "tidak mengapa jika tidak menyentuh kulit", tetapi Islam memerintahkan umatnya menjaga mata pandangan. Sabda Nabi SAW: "mata juga berzina". Melihat aurat wanita adalah sesuatu yang dilarang. Bahkan melihat wanita tanpa keperluan pun kita diperintah oleh Nabi SAW agar bersegera melarikan pandangan.
6. Saya dan KP PAS (saya yakin) bukanlah sengaja menghulurkan wajah untuk disolek, tetapi keizinan untuk disolek diambil oleh kami secara spontan tanpa sempat berfikir panjang. Inilah kelemahan manusia.
7. Saya cuba disolek kali pertama di dalam bilik (seperti di dalam gambar). Pada waktu itu saya baru tiba dalam kekalutan dan kelewatan, lalu disolek buat kali pertama. Tetapi saya telah meminta daripada juru solek untuk membersihkan sendiri. Namun oleh kerana ketidak"cekapan" saya dalam menyolek menyebabkan wajah saya bertapuk lalu juru solek tersebut melakukan touch up. Manakala kali kedua ketika di pentas, saya bermuhasabah kesilapan yang lalu maka saya tidak mengizinkan wajah saya disolek olehnya sekali lagi.
8. Wall Ustaz Fauzan menurut pendapat saya bertujuan menyedarkan pelampau politik yang memaksumkan tokoh-tokoh parti mereka bahawa setiap manusia tidak akan bebas dari silap dan salah termasuk KP PAS. Moralnya: Oleh itu, jangan kita mudah menghukum orang lain kerana seluruh manusia tidak maksum kecuali Nabi.
9. Saya berterima kasih atas nasihat Ustaz Fauzan dan sahabat-sahabat atas kesilapan ini. Moga Allah memberikan kekuatan untuk kita mengharungi fitnah dunia dan akhirat. Wallaahua'lam.
*drp Fathul Bari bin Mat Jahya
K7L : Rendah hati..kalau Nik Aziz yang jawab,..dia mesti akan kata takpe..ia tak salah..haha
jgnlah kita nak memburukkan orang lain.
ReplyDeletekalau rasa diri sendiri pun tak sempurna,tak betul, janganlah tambahkan lagi dengan sikap suka memfitnah.
ReplyDeleteKalau untuk orang UMNO buat apa pun halal termasuk menayang Video lucah.
ReplyDeletePara pembangkang menganggap diri mereka malaikat
ReplyDeleteSiapa yang tabur fitnah, kadang2 apa pun boleh dimanipulasi
ReplyDeleteTidak tahulah apa sebenarnyan yang menjadi persoalan sekarang ini. Ini pun mahu jadi isu besar jugakah.
ReplyDeleteTidak baik membuat fitnah. Tambahan lagi ulama yang tahu akan hukum membuat fitnah.
ReplyDelete