Selepas diserang kiri dan kanan akhirnya Datuk Seri Rais Yatim menarik balik logo hari kemerdekaan negara yang ke 55.
Namun, Rais berhelah bahawa "Bahan hiasan (artwork) yang dipaparkan oleh sesetengah pihak setakat ini hanyalah paparan selingan bukan logo rasmi."
Rais berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menjelaskan tiada logo rasmi digunakan bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini, melainkan logo 1Malaysia sepertimana sambutan pada tahun lepas.
Beliau berkata, sambutan Hari Kemerdekaan kali ini menggunakan tema "55 Tahun Merdeka Janji Ditepati".
Rais berkata, akan ada beberapa bahan promosi lain dipaparkan menjelang Hari Merdeka 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September.
Pelbagai pihak mempersoalkan mengapa logo sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, yang memaparkan gabungan logo 1Malaysia, bendera Malaysia dan tulisan "55 Merdeka Janji Ditepati", hanya ala kadar dan tidak mempunyai nilai-nilai seni yang tinggi.
Selain logo, turut dikritik adalah lagu temanya serta temanya.
Namun sehingga kini, lagu dan slogan itu masih dikekalkan.
Lagu tema
Sejak ia dilancarkan awal bulan ini, dan dimuat naik pelbagai pihak di Youtube, hanya kritikan-kritikan pedas memenuhi ruang komen termasuk mereka yang memilih 'dislike'.
Ada antara mereka memberi komen bahawa lirik lagu tersebut langsung tidak relevan dengan kemerdekaan apatah lagi untuk menanam semangat patriotik di kalangan rakyat.
"Sepanjang-panjang lirik ini, satu pun tak ada sebut perkataan Merdeka. Kata lagu tema Hari Kebangsaan," komen seorang pengunjung youtube.
"Kalau Tunku Abdul Rahman hidup lagi mesti dia menyesal," tambah yang lain.
Tema
Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil (gambar) antara pengkritik utama tema Hari Kemerdekaan kali ini.
Kadir yang pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari Kemerdekaan berkata, tema perayaan hari kemerdekaan disifatkannya sebagai kempen pilihan raya BN.
Tema hari kemerdekaan tahun ialah Janji Ditepati.
"Ianya begitu terang dan terbuka tanpa sorok-sorok. Ini jelas membuktikan sikap kerajaan yang begitu ego dan begitu yakin tentang kedudukannya.
"Ianya tidak peduli sama sekali dengan perasaan pihak rakyat keseluruhannya. Ianya seakan-akan perayaan kemerdekaan juga telah menjadi hak BN," katanya dalam kenyataan akhbarnya.
-HD
Monday, July 30, 2012
Rais tarik balik logo Hari Merdeka
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Lebih baik tukar tema "GST akan dilaksanakan lepas PRU13"
ReplyDeletelagu tu pun kelakar ...
ReplyDeleteMasaalah besar pada AMNO, depa x focus dan concentrate. Buat kerja sambil lewa saje. Setiap kali perlu diingatkan. X tau lah... gaji yg depa terima setiap bulan utk ape. Atau asyik ingat nak mengganda kan harta, sampai tanggungjawab diamanatkan utk menjaga rakyat dan negara sering lupa. ABU jawapan-nya
ReplyDeleteSatu pengajaran utk Rais Yatim serta pemimpin UMNo/BN .....Lain kali pemimpin2 UMNO/BN jgnlah menganggap negara ini 'kepunyaan' mereka saja....jgn anggap sbg pemerintah boleh buat apa shj yg terlintas di kepala walaupun kelihatan 'janggal' serta menyerlahkan 'kebahlolan' sendiri...
ReplyDeleteS Rais ni le antara menteri paling bodoh yg aku tengok dr zaman Tun M hingga zaman Tok Jib. Takder lain kecuali yg nih. Projek bodoh yg pernah dihasilkan ialah pakai rasmi pegwai kerajaan dn lambang negara pd baju batik yg juga utk pegawai kerajaan. Baju batik tu merah menyala dan takder org berani pakai takut dikejar dek lembu giler. Lepas tu baju ala kung fu ke hapa utk dipakai oleh pegawai kerajaan kaum lelaki.Kot tidak baju melayu pun ndak. Dua2 tu habis beratus ribu kot utk fasa pengenalan. Mampos juga ditengah jln. Eh eh eh si rais nih. Oghang kampuang den kato ngabih boreh jangg, mentoghi kito soghang nih..Lopeh tu,dongar jo 'statement' dio dlm mano2 rodio memang mongampu PM jor.Takdok kojo laen jangg.
ReplyDeleteCuma satu jer,jgn Pak Rais ni syor kpd PM supaya sembahyang jumaat umat islam Msia dipindah ke hari sabtu spt yg telah brlaku di Azerbaijan. Kenapa dipindah ke hari sabtu takut melemahkan ekonomi negara. Aik,sama dgn alasan Tun M dulu yg tak mahu cuti umum hari jumaat tapi mau hari ahad sebab takut lemah ekonomi negara. Yg sebenarnya hari jumaat tu salah satu sebab ialah hari brkumpulnya umat islam dlm satu jemaah besar bak himpunan dpadang arafah.Itu ditakuti oleh yahudi. Trbawa2 oleh perangai umno.
ReplyDeletesalam unk Rakyat Malaysia. untuk pihak UMNO/BN cubalah bangkit dri tiduk yg panjang, rakyat dah tak berapa suka dah dgn kau orang jadi pandai-pandailah bawa diri dan cubalah ciptakan satu lagu kemerdekaan yg berunsur patriotik dan menaikkan semangat golongan muda unk menyayangi BUMI MALAYSIA ini dan bukanya main hentam jee.
ReplyDeletelari dah konsep sambutn hari kemerdekaan negara nih dek kebejatan rais anak yatim ni. Dok kerusi Menteri Luar hilang kedaulatan negara dgn 'hanyut' Pulau batu Putih ke wilayah SPura pula. 'Boleh berjalan' pulau tu yer? Masuk ke Kementerian Kebudayaan..hahh mamposs lg imej umngok dipunahkan oleh rais ni. Mcm2 idea bodoh yg mampu dihasilkan.
ReplyDeleteAku trtengok pentomin kat Dataran Merdeka anjuran Umngok sempena bulan Kemerdekaan ke apa. Dlm pentomin tu takder langsung kebersamaan dgn slogan 'Janji Dtepati'. Nampak sgt slogan umngok cuba dselitkan dlm pentomin hari kemerdekaan.
ReplyDeletePentomin mengabih beras jer. Elok budget tu dsalur kpd golongan memerlukan.
**raja sulu'
logo 1M-HARI MALAYSIA @ HARI UMNgOK/BN???
ReplyDeletejadi bagaimana rupa logo baru?
ReplyDeleteApa lagi yang tidak dipolitikkan ni? Termasuk hari kemerdekaan? Alahai
ReplyDeleteApa definisi merdeka yang sebenarnya?
ReplyDeletefizi, kau tengokla org2 PR di laman ini! terjajah minda dgn anwar! x salah jika mo menegur, membaiki..tapi - negatif, mental block!! beberapa kawan di ipt ni yg luar parti kena serang virus, susah masuk laman ni bila buat statement ke 2/3 sokong BN! semuanya x btul sbb kemaruk & terjajah!
ReplyDeleteanwar pulak terjajah dgn.....!!?? semuanya sebab mau kuasa!
belasungkawa tanahairku..
Ok la tu tema merdeka janji ditepati, semua untuk rakyat juga
ReplyDeleteNilai 1M'sia harus diterapkan dalam masyarakat kita.
ReplyDeletePersediaan kemerdekaan tahun ni memang mendapat kritikan daripada rakyat.
ReplyDeleteTahun depan bagus logo, lagu tema dan slogan dicetus dari idea rakyat sendiri. buat peraduan.
ReplyDelete'janji ditepati' apa? hasil sabah banyak ttp dijadikan NEGARA termiskin!!!
ReplyDeleteDompok kata dalam akhbar tempatan hari ini 1/8/12 punca utama Bumburing keluar UPKO ialah masalah Imigresen ( banyak PATI) di Sabah. Dalam ertikata yang lain Dompok kata BN gagal kawal masalah PATI di Sabah. JADI KITA SOKONG LAGI BN SUPAYA PATI JADI PEMERINTAH KITA JADI PELARIAN!
ReplyDeleteTidak sabar melihat logo baru.
ReplyDeletePasti lebih cantik dan meyakinkan logo baru itu.
ReplyDeleteDefinasi Merdeka tu ialah kemerdekaan negara atau mana2 wilayah. Tapi sedarkah sdr Rafizi Khan..siapa yg mendorong kpd Kemerdekaan Negara? Bukan UMNO atau Perikatan. tapi ia merupakan kesinamnungan dr perjuangan Mat Kilau, Datuk bahaman, Tok janggut, Parti Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol ( Hj Abu Bakir).Dsamping itu, Force 136, API,AWAS dan beberapa group kecil lagi. Ini lah gerakan asal yg membangkit semangat mnentang penjajah. British yg tertekandgn gerakan rakyat itu yg akhirnya memanggil Tunku Ab Rahman ke London utk deklarasi dn triti kemerdekaan negara dgn syarat tertentu spt Jos Soli yg 'memaksa' Tanah Melayu memberi kerakyatan kpd warga China dan India.
ReplyDeleteKemerdekaan bukan ciptaan UMNO tapi perjuangan rakyat dr segenap lapisan fahaman trutama tokoh PAS/Hizbul Muslimin, Perak serta gerakan bawah tanah.
nasib baik Tunku Ab rahman yg pergi. kalu Najib yg pergi tak tau lah mcm mana umno akan heboh segenap peterakna dan wilayah akan kehbatan nya. Tunku pergi bukan atas nama UMNO pun, tapi dpanggil mengadap oleh British dan nak beri kemerdekaan bersyarat.
Kita kena faham sejarah asal.
**Yassir arafat
Datuk Rais Yatim sudah menjelaskan bahawa logo tersebut hanya paparan selingan dan bukan logo rasmi.
ReplyDeleteHarap isu logo Hari Kemerdekaan negara yang ke-55 ini tidak akan dibesar-besarkan lagi.
ReplyDeleteKerajaan Malaysia sudah membuat keputusan bahawa logo 1 Malaysia akan digunakan seperti sambutan pada tahun lepas.
ReplyDeleteLogo pun mahu bising. Kalau benar buat pertandingan mencipta logo dengan syarat mesti ada perkataan janji ditepati.
ReplyDelete