KIRA-KIRA setahun yang lalu, sewaktu umat Islam di negara kita sedang sibuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (Mat Sabu) pula sedang enak 'dilanyak' oleh media perdana mengenai isu Mat Indera dan komunis.
Mat Sabu menekankan isu lain, tetapi dek kerana manipulasi media pemerintah, rakyat tertumpu kepada isu komunis pula yang kemudiannya menyaksikan perbicaraan mahkamah yang cukup melucukan dan masih berlangsung sehingga sekarang.
Jika diimbas kembali, Mat Sabu mengkritik bagaimana sambutan Hari Kebangsaan 'disabotaj' oleh parti pemerintah seolah-olah Umno dan Barisan Nasional (BN) sahajalah yang berjuang memerdekakan negara.
Walaupun propaganda ini tidak dizahirkan sekurang-kurangnya melalui logo dan tema Hari Kebangsaan, tetapi mesej ini tetap meniti bibir-bibir pak menteri, bagaimana tanpa perjuangan Umno dan BN (dahulunya Parti Perikatan), rakyat negara kita ini masih duduk di atas pokok.
Teguran Mat Sabu ternyata tidak diambil endah oleh parti pemerintah malah makin menjadi-jadi perangainya untuk sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini. Buat julung-julung kalinya, parti pemerintah telah membuat kesilapan hatrick (setakat inilah) dalam menangani isu sambutan Hari Kebangsaan yang ke-55.
Kesilapan pertama bermula dengan pemilihan tema Hari Kebangsaan iaitu "Janji Ditepati". Meskipun kritikan lantang diberikan di atas pemilihan tema yang mirip kempen pilihanraya ini, tapi para pemimpin parti pemerintah tetap tegar mempertahankan tema ini (syok sendiri barangkali?).
Hatta bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir juga meluahkan rasa 'meluat'nya dengan pemilihan tema yang jelas tidak neutral dan "tidak mengalu-alukan" penglibatan semua rakyat termasuklah penyokong parti pembangkang.
Belum selesai kesilapan pertama, kesilapan kedua dilakar pula dengan pemilihan logo Hari Kebangsaan yang begitu hodoh, "selekeh" dan menjadi bahan sendaan rakyat jelata di internet.
Kali ini rakyat di atas pagar juga tertanya-tanya, apa sudah jadi dengan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini? Tema yang syok sendiri dan logo yang menyedihkan tidak cukup untuk memberi pengajaran kepada parti pemerintah.
Diundang pula kesilapan ketiga dengan pemilihan lagu tema Hari Kebangsaan yang selayaknya menjadi lagu tema kempen pilihanraya BN! Liriknya yang 'murah' dan tiada jati diri membuatkan rakyat kebanyakan sekali lagi tertanya-tanya, apa kaitan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan perjuangan Tunku Abdul Rahman memerdekakan negara? (Walaupun sarjana kangkung mengatakan negara tidak pernah dijajah).
Patutkah kita salahkan Tun Abdul Razak kerana di zaman beliau tiada Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) seperti yang di'rap'kan dalam lagu nukilan Rais Yatim itu? Rasanya baru sahaja Perdana Menteri Najib Tun Razak mengingatkan bahawa zaman bodek sudah berlalu, tetapi nampaknya lagu tema Hari Kebangsaan tahun ini adalah manifestasi 'bodek tahap tertinggi' yang dipamerkan oleh Rais Yatim.
Kesilapan-kesilapan hatrick ini tidak mampu untuk dibetulkan lagi. Menteri Penerangan yang sudah begitu veteran sudah tidak mampu memahami bahasa rakyat yang celik maklumat.
Tidak keterlaluan jika dikatakan Perdana Menteri berjaya dimalukan dengan aksi tempang anak-anak buahnya. Benarlah kritikan Mat Sabu bahawa sambutan Hari Kebangsaan sudah dimonopoli oleh parti pemerintah semahu-mahunya.
Lagu tema pun sudah menjadi lagu manifesto BN. Jika begini gaya Perdana Menteri ingin melangkah ke gelanggang pilihanraya umum ke-13, rasa-rasanya tidak salah jika kita katakan inilah sambutan Hari Kebangsaan terakhir yang dikendalikan oleh Umno dan BN.
Salam Hormat,
ANTI MANIPULASI
Sunday, July 29, 2012
Benar Sungguh Kritikan Mat Sabu?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kan bekas polis bngsa india yg buat repot polis tentang mat sabu nih secara gentlemen minta maaf direct dgn abg mat dlm mahkamah di Butterworth tempohari. Bekas polis tu kata dia hanya bca utusex jer dan amik berita dr 'suara syaitan' tu lalu marah pd abg mat. Tup tup masa trial case d court tu buat u turn 360* dan siap angkat tgn minta ampun lagi.
ReplyDeleteYg penting paling akhir aku lekatkan bendera negara di kereta aku sekitar lewat 90an dan seawal tahun 2000. Lepas isu liwat 1 cipta Fir'aun 1Malaysia keatas DSAnwar, aku jadi malu dan tak 'patriotik' lagi nsk psg bendera. Kalu dulu tu,paling sikit pun 5 bendera aku lekatkan. Pernah JKK Umno Putrajaya nak pasang bendera kat kereta aku, laju aku kejar JKK tu dan amik bandera tu. On the spot aku buang dlm tong.
ReplyDeleteSatu fakta menarik..ada seorg kawan yg kerja sbg Pegawai Belia Daerah ( satu daerah di Hulu Selangor) dapat untong atas angin RM7000 hasil dr pesanan bendera negara saiz L dan S utk diagih dperingkat daerah t/jawab.Itu dlm 20 tahun lampau ler.
haiya... apa suda jadi kita punya pak2 menteri lain kali fikir dulu sebelum buat keputusan membari malu saja tngok orang hantam sama kita....berunding dulu dengan budak2 di bawah...! susahla bagus masuk PA
ReplyDeletehari kebangsaan pada tahun ini nampaknya kontroversi.
ReplyDeletePelik semacam saja kemerdekaan tahun ni.
ReplyDeleteKerajaan boleh hasilkan tema dan logo serta lagu kemerdekaan yang lebih bersikap neutral?
ReplyDeleteApa tema merdeka yang sesuai?
ReplyDeleteKritik lebih senang dari melakukan pekerjaan tu..
ReplyDeletelogo kemerdekaan akan ditukar tapi tema,lagu akan tetap tidak berubah.
ReplyDeletetu lah semua mau dipolitikkan..persediaan kemerdekaan pun banyak kritikan
ReplyDeleteSegala kritikan jadikan untuk memperbaiki sesuatu.
ReplyDeleteHarap hal ini diberi perhatian sepenuhnya.
ReplyDeleteDiharapkan isu tema Kemerdekaan tidak akan dipolitikkan untuk kebaikan sesetengah pihak.
ReplyDeleteHari Kemerdekaan hanya satu perayaan untuk mengingati kemerdekaan negara.
ReplyDeleteMat Sabu menyokong komunis? Betulkah? Tapi macam ada kebenaran juga.
ReplyDelete