Monday, July 16, 2012

Mengapa Najib sembunyi rahsia besar?

Sikap berdiam diri Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan anggota kabinet yang lain dalam isu penjualan dokumen rahsia pertahanan negara dalam kes Skandal Scorpene seolaholah menyembunyikan satu ‘rahsia besar’.

Malah, seluruh anggota kabinet seolah-olah berdiam diri dan tidak mahu respons kepada isu tersebut menimbulkan persoalan yang besar.

“Jika isu ini hanya semata- mata fitnah, PM perlu menyaman media antarabangsa yang cuba mengaitkan nama beliau. Jika tidak, ia hanya menguatkan spekulasi bahawa mungkin beliau benar-benar terlibat dalam skandal paling memalukan negara ini,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Riduan Mohd Noor kepada Harakah pada 2 Julai lalu.

Sebelum ini, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mendakwa syarikat pembuat kapal Perancis DCNS membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, untuk mendapatkan dokumen rahsia tersebut bagi tujuan kerja-kerja “kejuruteraan komersial.”

Dalam pada itu, jawapan balas Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa pihak kerajaan tiada maklumat mengenai apa-apa dokumen rahsia pertahanan yang dikeluarkan dari negara.

Mengulas lanjut, Riduan berkata jawapan kerajaan tidak berminat untuk menghantar wakil pemerhati sekiranya inkuiri kehakiman tersebut menjadi kes penuh di mahkamah Perancis amat mengecewakan.

Katanya lagi, jawapan itu menunjukkan kerajan tidak serius menangani penyelewengan dan menyiasat dakwaan itu secara menyeluruh.

Kata Riduan, Pemuda PAS kesal kerana usul mengenai isu ini ditolak oleh Dewan Rakyat bulan lalu tanpa sebarang perbahasan panjang mengenainya.

Riduan berkata dalam keadaan seluruh dunia heboh memperkatakannya malah ia mula dibicarakan di mahkamah Perancis, kerajaan Malaysia menganggap dakwaan itu kes kecil.

Lebih parah lagi kerajaan menyatakan ianya tidak ada kena mengena dengan kerajaan Malaysia, katanya.

“Tidak sepatutnya Dr Zahid menjawab dalam bentuk penafian begini lebih-lebih lagi kerana kes ini membabitkan nama pemimpin utama negara ini iaitu Perdana Menteri sendiri.

Kerajaan Malaysia sepatutnya memandang ini sebagai isu yang amat penting untuk ditangani kerana ia boleh menjejaskan kedudukan pertahanan negara.

“Menjual dokumen yang dikategorikan sebagai rahsia negara adalah satu perbuatan khianat dan pelakunya mesti didakwa dan dijatuhkan hukuman setimpal dengan kesalahannya,” katanya.

Jika dokumen rahsia pertahanan negara juga boleh dijual beli, ini petanda buruk keselamatan negara sedang diancam dan negara berada dalam keadaan bahaya kerana terdedah dengan serangan dan manipulasi oleh musuh, katanya.

-DD

18 comments:
Write comments
  1. sudah pernah jumpa kes di mana perompak MENGIKLANKAN/MENGHEBAHKAN kejayaan rompakannya???

    ReplyDelete
  2. apa citer kes zahid hamidi tumbok muka geng motorbike nyer sendiri yg khabarnya 'senget' bentuk muka kawan tu kena hayun oleh salah seorg menteri samseng nih. Ada orang umno tahu ker atau walfitnatu asyaddu minal khotr...

    ReplyDelete
  3. Tunggulah dan lihat, kebenaran pasti akan didedahkan selepas ini.

    ReplyDelete
  4. Pihak berkuasa Perancis dan Mongolia sedang menyiasat kes ini, rasanya mereka mungkin akan mendapat bukti baru dalam kes ini.

    ReplyDelete
  5. kes ini masih dalam siasatan. .belum ada keputusan lagi.

    ReplyDelete
  6. Scorpene & Altantuya..hope this case will be solved soon.

    ReplyDelete
  7. Kes ini macam tidak ada penyelesaian. Siasatan demi siasatan dilakukan tetapi penyelesaian itu belum dijumpai.

    ReplyDelete
  8. Harap kes ini dapat diselesaikan sebelum kita melangkah ke tahun hadapan.

    ReplyDelete
  9. Dalam kes altantuya kepada siasat pembunuhnya saja kenapa tak disiasat siapa yang suruh bunuh? Tak akan dua orang itu bunuh suka-suka hati?

    ReplyDelete
  10. Siapa tahu rahsianya,bw lah ke mahkamah,tak yah bising sini

    ReplyDelete
  11. “Mengikut laporan global Financial Integrity dengan tajuk Financial Flows from Developing Countries 2000-2009, Malaysia terletak pada kedudukan kelima mengikut jumlah wang haram yang mengalir keluar, iaitu di belakang China, Russia, Mexico dan Saudi,” katanya.

    Selain itu laporan yang dinyatakan Syed itu turut menyebut sejumlah USD291 billion wang haram mengalir keluar dari negara ini pada tahun 2000 hingga 2008.

    Dalam laporan yang sama turut menyebut angka tersebut mencecah antara USD337 billion atau lebih USD1 trilion pada 2009.

    ReplyDelete
  12. apa yg takut nyer tok jib? Kan ramai balaci umno 'di perbatasan', gunakan mereka dgn sedikit bayaran utk mereka menyalak. Anda kan ada utusan malaysia atau tv, pancarkan fitnah bersiri agarbalaci2anda ada modal utk serang agama islam.

    ReplyDelete
  13. Sekiranya ada bukti yang kukuh bawa la masuk mahkamah

    ReplyDelete
  14. Orang bersalah tetap akan dikenakan tindakan undang2

    ReplyDelete
  15. memang nak bawa mahkamah tapi masalahnya ada mereka kesah dgn sapina ygbakal dkeluarkan?

    ReplyDelete
  16. Kita tunggu saja siasatan dan hasil keputusan untuk semua masalah ini.

    ReplyDelete
  17. Innocent until proven guilty

    ReplyDelete
  18. Keadilan harus ditegakkan

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.