Friday, July 27, 2012

Orang Kedah Tolak Mukhriz?

Bukan semua ahli dan penyokong Umno di Kedah yang mahu anak mantan Perdana Menteri iaitu Datuk Mukhriz Mahathir dilantik sebagai Menteri Besar selepas pilihan raya umum 13.

Tinjauan ringkas mendapati ada pemimpin Umno di bahagian yang menentang pemilihan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah.

“Mukhriz tidak sesuai kerana orang Kedah macam orang Kelantan mahu yang lebih beragama sedikit.

“Kalau isterinya masuk kampung dengan rambut merah dan tidak bertudung, orang tidak suka,”kata seorang pemimpin Umno bahagian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan terbaru oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) bahawa ramai yang mahu Mukhriz menjadi Menteri Besar Kedah.

Kajian itu menunjukkan Mukhriz lebih popular berbanding tiga pemimpin BN lain iaitu Ketua Perhubungan, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, Ketua Penerangan Datuk Seri Mohd Jamil Khir Baharom dan Ketua Pembangkang DUN Kedah, Datuk Seri Mahadzir Khalid.

Ketua Umno bahagian Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad berkata, bercakap terlalu awal bahawa pemimpin tertentu akan menjadi Menteri Besar tidak baik kepada parti dalam menghadapi pilihan raya umum ke 13.

“Kita menyebut Mukhriz akan menjadi Menteri Besar Kedah, apa akan jadi dengan Ahmad Bashah?

“Kedua-dua mereka pemimpin utama Umno Kedah. Jadi yang lebih baik jangan bercakap orang ini atau orang itu akan menjadi Menteri Besar.

“Biar kita (Umno) menang dulu dalam pilihan raya baru berbincang untuk memilih Menteri Besar,” kata Nawawi yang juga ADUN Kuah di Parlimen Langkawi.

Seorang pemimpin lain berkata, untuk menjadi Menteri Besar Kedah seseorang itu perlu mempunyai empat kriteria iaitu baik dengan Sultan; baik dengan pegawai kerajaan negeri; baik dengan ketua bahagian Umno dan banyak wang.

Katanya, Mukhriz telah mempunyai kira-kira 50 peratus untuk menjadi Menteri Besar Kedah.

“Di kalangan pemimpin Umno Kedah yang ada sekarang, Mukhriz yang terbaik. Malangnya Kedah tidak mempunyai pemimpin muda yang ramai seperti Johor,” katanya lagi. -FMT

21 comments:
Write comments
  1. Org Sabah ni kalau cerdik macam org Kedah..tk trgadai lah negeri kpd PATI.

    ReplyDelete
  2. Hampehlah orang Kedah kalau pilih pemimpin macam ni.....banyak wang....banyak wang dari hasil rasuah....banyak wang maka anyaklah rasuah sebab wang boleh diguna untuk taat setia kpd pemimpin bukan kerana ketokohan dan keimanannya.....

    ReplyDelete
  3. don judje the book by its cover! mukhriz seorang yang berprinsip mcm bapanya! spt hishamuddin, duit bukan satu impian dlm hidupnya. dia dah ada mcm2. dia xmsuk politik pd zaman bapanya jd PM sbb xdibenar bapanya! berikan beliau peluang sebagaimana pengundi2 Kedah memberi peluang pd DS Azizan.

    PRU13 pun PR baru lagi janji2 setelah Anwar bertemu mata, berbincang, diberi idea2& dapat bonus dr NED?!!

    ReplyDelete
  4. BN (dacing) tak releven lagi sekarang. Ini zaman sistem metrik! Simpan saja UMNO dan BN di Muzium Negara!

    ReplyDelete
  5. ini kali aku & istri sokong BN, bha.. vote dacing!

    ReplyDelete
  6. A.Nisfu : Apa,berilah peluang kpd Mukhriz nak jadi MB Kedah? Mamposs.
    Apalah nasib kau Assistant Director!

    Umngok : Tak apa lah tuan, tak dpt MB pun tak per..bagi ler saya Timb

    A.Nisfu : Nak jadi timb MB..haii tengok muka..sekali orang bagi rasuah
    terus ngaapp! Sudah laluh!!

    ReplyDelete
  7. Nak pilih keturunan penyangak?

    ReplyDelete
  8. tak payah nak judge dah kami dah pun buat penilaian 50 tahun lebih hampa dok timbun suit kaya petron lah miguel lah ,kami nak mengaji pun kena hutang lepas tu kena bunga pulak ,tak kan nak bodoh ampai tua kali ini mesti pangkah pakatan

    ReplyDelete
  9. PAKATAN? BOLEH PECAYE KE? JANJI MACAM2. PANDAI ITU, PANDAI INI!! MENANG SORAK, KG TERGADAI..TENGOKLA SELANGOR, PENANG, KEDAH..ITU BELUM KELANTAN...

    DENGAR NASIHAT YAHUDI SBLM MEMERINTAH.. REGIM,PGRH STRATEGI, DASAR LUAR, DASAR EKONOMI, CUKAI BRGN IMPORT, TEKNIK KEMPEN SEBELUM/ SEMASA PRU, PENGUASAAN MEDIA PEMBANGKANG, JANJI YG MERAPU, SISTEM 2 PARTI, SUPER IMPOSE, MASALAHNYA PERKARA2 YG DITEKAN YAHUDI INI MESTI DIIKUT!!

    XCAYE? TENGOKLA NEGARA2 YG DIBIKIN OLEH YAHUDI..

    3 BILLION DUIT PETRONAS BELUM DIBERI SEMULA OLEH ANWAR!!!!!!! SAPA PENYANGAK IYE, ORANG PANDAI SANGAT??

    ReplyDelete
  10. Tunggu dan lihat siapa MB Kedah nanti.

    ReplyDelete
  11. Mukhriz bakal menjadi seperti Dr. M?

    ReplyDelete
  12. kita tgklah samada BN mampu dptkan kedah semula atau tidak.

    ReplyDelete
  13. Impian Mahathir memang mau Mukhriz pegang jawatan setinggi beliau.

    ReplyDelete
  14. Undian di tangan rakyat.

    ReplyDelete
  15. PRU13 akan menjawab segala persoalan

    ReplyDelete
  16. Jika ditolak pasti ada yang tidak kena

    ReplyDelete
  17. Cari kelemahan mana dan perbaiki agar rakyat dapat menerima seadaannya.

    ReplyDelete
  18. Ini kenalah melihat sambutan orang ramai terhadap Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar selepas PRU-13.

    ReplyDelete
  19. Jika Datuk Mukhriz Mahathir dirasai sesuai dijadikan Menteri Besar, rasanya rakyat akan memberi sokongan.

    ReplyDelete
  20. Jika begitu carilah pemimpin yang lebih sesuai untuk menjadi Menteri besar Kedah nanti.

    ReplyDelete
  21. Mungkin penduduk Kedah lebih mahukan calon yang beragama sedikit.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.