Pemuda PAS Johor hari ini mendakwa, rombakan kepimpinan Pemuda Umno Johor dengan sendirinya mengesahkan terdapat krisis kepimpinan dalam pergerakan itu seperti didakwanya sebelum ini.
"Kini dengan perubahan kepimpinan Umno negeri Johor bermula esok membuktikan kebenaran kenyataan saya sebelum ini," kata Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat (kiri).
"Mustahil bagi mana-mana parti politik membuat perubahan kepimpinan di saat-saat genting menghadapi pilihan raya terutamanya di Johor yang menjadi sasaran Pakatan Rakyat untuk menawannya."
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin semalam mengumumkan pelantikan Ketua Pemuda Parit Sulong Datuk Zulkurnain Kamisan menggantikan Mohd Fadil Muskon sebagai ketua Pemuda Negeri yang baru berkuatkuasa esok.
Menurut Khairy lagi, Mohd Fadil akan diberikan tugas baru sebagai pegawai khas bagi membantu Sekretariat Pemuda BN.
Dalam kenyataannya hari ini, Suhaizan turut menuntut penjelasan daripada pemimpin Umno negeri itu yang sebelum ini tampil menafikan dakwaannya.
"Rakyat Johor mahu tahu siapa yang menipu dalam pergolakan Pemuda Umno Johor. Adakah Pemuda Umno menipu rakyat Johor? Mereka yang menipu tidak layak menjadi pemimpin negeri dan negara ini," katanya.
Suhaizan dalam beberapa kenyataannya sebelum ini mendakwa Mohd Fadil tidak disenangi pemimpin akar umbi Pemuda yang mengkritiknya tidak menjaga kebajikan pergerakan itu di peringkat bahagian
"Sikap ‘budak baik' telah mengurangkan peluang pemimpin tertentu mendapat habuan mereka.
"Keadaan ini digunakan seteru politiknya untuk membangkitkan isu bahawa Mohd Fadil tidak menjaga kebajikan Ketua Pemuda Umno bahagian," beliau dipetik sebagai berkata oleh Sinar Harian.
Dakwaan pergolakan itu bagaimanapun dinafikan pelbagai pihak dalam Pemuda Umno.
-MK
Pakatan yang menghadapi masalah krisis dalaman yang serius cuba menutup kelemahan mereka dengan mengaitkan Pemuda UMNO Johor.
ReplyDeleteKita tunggulah dan lihat semasa PRU-13, bagaimana setiap parti menghadapi cabaran.
ReplyDeleteKenapa kena lantik Ketua Pemuda Negeri yg baru? Apa jadi dgn yg lama? Ini mesti satu masalah besar yg cuna disembunyi...lembu umngok pula cuba mengaum utk tolong cover.
ReplyDeleteMasalah berpunca kerana KJ telah hilang kredibiliti akibat dibelasah teruk oleh Sdr. Rafizi....utk menunjukkan dia masih berkuasa. maka bermulalah bab pecat.. nampak..!! dah kalah pun boleh pecat org? hehe
ReplyDeleteApa dia merepek nie. Jaga PAS baik2 lagi bagus. Jangan2 PRU13 PAS akan terlepas PAS kepada BN
ReplyDeletePakatan mempunyai masalah dalaman dan cuba mencari kelemahan pihak lawan untuk menutup masalah sendiri..
ReplyDeletebaru itu nak katta pemuda UMNO Johor ada masalah.. pandai manipulasikan keadaan.
ReplyDeleteJaga tepi kain orang, sendiri pun mengalami krisis dalaman.
ReplyDeletewalfitnatu asyaddu minal khotr..brhati2 lah meyampaikan berita,
ReplyDeletekerana musoh islam (umno) sentiasa ambil peluang utk buat fitnah kpd pejuang islam
saya ingin brcakap BUKAN mengenai PAS ke UMNO tpi isu kedaulatan Johor yg hilang Pulau Batu Putih ( Pedra Branca ) kpd Spore. Isu besar dan memalukan negara. Tpi hasil kecekapan UMNO menutop berita itu dr umum maka 'melayu mudah lupa' akan terus melupai isu negara itu. Jgn kira Pemuda umno brkrisis ke PAS brkrisis ke yg utama kedaulatan negara telah trlepas ketangan Spura dan diikuti oleh tanah KTMB di Tg Pagar.
ReplyDeleteKalau rakyat johor masih ada 'kedaulatannya'..umno tentu tenggelam dlm PRU k 13
Ingat nak baca ayat..WALFITNATU ASYADDU MINAL KHOTR..takut tak kena tempat pulak. nanti marah 'agamawan' umngok..
Selesaikan saja krisis dalaman parti itu. Setiap masalah pasti ada penyelesaian.
ReplyDeletekesian aku tengok Suhaizan ni.. banyak2 isu di Malaysia ni, menuntut penjelasan berkenaan krisis umno Johor pula yang dia concern sangat.. patut la PAS makin lama makin tenggelam..
ReplyDeletekalaupun wujud krisis dalam umno Johor, belum tentu lagi Pakatan boleh memanfaatkan krisis itu untuk memenangkan Pakatan.. dalam pilihan2 sebelum ini juga Pakatan lebih banyak berhadapan dengan krisis hinggakan ramai ahli2nya keluar parti..
ReplyDelete