Gerakan Selamatkan Felda (GSF) hari ini berkata polis memberi kebenaran untuk mengadakan perarakan ke Istana Negara dalam Himpunan Oren esok.
Koordinator GSF Mazlan Aliman berkata peserta dibenarkan untuk berbuat demikian dengan kawalan ketat pasukan polis dan Unit Amal PAS sehingga jarak 600 meter daripada pintu Istana Negara.
Mazlan (berbaju warna jingga) berkata demikian selepas perbincangan dengan pihak polis di Balai Polis Kepong selama hampir dua jam petang ini.
Difahamkan, perarakan sejauh lebih 3 kilometer itu akan bermula di perkarangan letak kereta kompleks mahkamah Jalan Duta, melalui Jalan Sri Hartamas dan seterusnya menuju pintu ketiga Istana Negara.
Menjelaskan laluan perhimpunan itu, Mazlan berkata pihaknya akan berhimpun di tempat letak kereta di luar kompleks mahkamah Jalan Duta selepas solat Zohor dan hajat kemudian disusuli dengan ucapan pemimpin GSF dan wakil peneroka sebelum berarak ke Istana Negara.
"Kita tidak berada di laluan utama, kerana mungkin menyebabkan gangguan jalan raya... Jalan tak ditutup," kata Mazlan sambil menambah sebanyak 1,000 anggota Unit Amal dikerahkan mengawal lalu lintas.
Mazlan yang juga presiden Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) berkata daripada jarak 600 meter itu, seramai lapan orang wakil mereka yang dipersetujui oleh pihak Istana akan diiringi polis untuk menyerahkan memorandum tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong.
Katanya, polis juga membenarkan pemberita berada di pintu Istana itu dan GSF akan mengadakan sidang media selepas menghantar memorandum tersebut di situ.
"Atas persetujuan bersama, kalau ada unsur provokasi daripada pihak luar, kita menyerahkan (perkara itu) kepada polis untuk mengambil tindakan tegas," katanya.
Mazlan berkata polis dalam pertemuan tersebut pada awalnya tidak mahu mereka berarak, namun kemudiannya bertukar pandangan apabila wakil GSF menekan bahawa mereka tidak mempunyai pilihan lain, selepas lebih lapan bulan "gagal mendapat respon daripada kerajaan".
Sehubungan itu, Mazlan mengucapkan terima kasih kepada pihak polis khususnya kepada Ketua Polis Sentul Zakaria Pagan dan Ketua Polis Brickfields Wan Abd Bari berhubung kebenaran tersebut.
Mazlan turut menjelaskan, polis juga membenarkan peserta meletak kenderaan di tempat letak kereta di bangunan Matrade yang akan dan dipantau keselamatannya.
GSF merancang perhimpunan tersebut bagi menyerahkan memorandum untuk memohon Yang di-Pertuan Agong campurtangan berhubung isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings.
-MK
Penyenaraian fgvh adalah satu lagi projek mentekedarah rakyat & menguntungkan kroni2 tajaan bn. Adakah ini yg maknanya slogan, 'janji ditepati'? Tun razak pasti menangis jika dpt saksikan apa yg berlaku skrg, felda yg diasaskannya demi menolong warga2 felda, sudah pun digadai pihak2 berkepentingan. & yg lebih malang, anaknya terlibat. Cuba kita analisa sedikit apa yg terjadi disebalik penyenaraian fgvh:
ReplyDelete-Tanah2 peneroka sudah pun separuh tergadai. Krn bila penyenaraian ini gagal/rugi, sudah tentu tanah2 ini tergadai.
-Berapa byk peneroka2 dpt saham? 800 shm. Pengurus2 felda dpt 16,000 shm, ceo dpt 160,000 & yg pengerusi (isa samad) dpt 180,000. Sedangkan mereka yg dpt byk, x pun berpenat lelah membangunkan tanah2 tersebut. Peneroka2 yg sudah byk berpenat lelah, hanya dpt 800 shm jer. x ker kerja giler tu!!
-Dlm erti kata lain, peneroka kena skrg, & bakal kena pulak kemudian (ataupun menjadi mangsa), sedangkan merekalah yg membangunkan tanah2 tersebut, & berpenat lelah deminya.
Inilah sistem yg zalim, menipu pihak2 dibawah & menguntungkan pihak2 diatas. Pihak2 diatas untung berganda2 & x menghadapi risiko, smentara pihak dibawah bukan sj mendapat shm ciput, bahkan berhadapan risiko kehilangan pemilikan tanah buat selama2nya...
Isa Samad buta-buta dapat beratus2 ribu ringgit dlm saham felda global ini baru2 ni. Org kanan beliau pun dpt lebih kurang sama. Padahal takdak satu sen pun pegangan saham sebenarnya dlm felda sebelum nih. Aduh Najib,brengset kau, yahh.
ReplyDeletemereka sanggup berkumpul, menghabiskan duit poket semata-mata utk mempertahankan hak peneroka2 felda.. tidakkah kamu rasa terharu? kpd peneroka2 felda yg masih diulit mimpi janji umno/bn, bangkitlah segera.. TOLONG jgn sia2kan perjuangan mereka semua...
ReplyDeletelihatlah bukti bila perhimpunan tiada provokasi oleh pihak berwajib.... biarkan perhimpunan dijalankan secara aman...i/Allah tiada sebarang insiden yg tidak diingini... lg pun penganjur tidak sewenang2nya biarkan perhimpunan tanpa kawalan begitu saja....sebaliknya Unit Amal PAS dipertanggungjawabkaan mengawal perhimpunan aman agar tiaada insiden atau provokasi berlaku.... so.... moralnya...biarkan jika perhimpunan itu aman & tidak bersifat provokasi kaum / agama...... PDRM pon senang nk pantau & kawal....
ReplyDeleteHanya nak bgtau bahawa penyenaraian itu suatu kezaliman kpd warga felda. Pakcik Makcik peneroka hanya dpt 800 unit saham sahaja (lapan ratus unit saham sahaja). Tak sampai 1 lot pun. Tetapi Isa Samad dapat 180 lot (180,000 unit). Peneroka berhempas pulas siang dan malam mengusahakan tanah tetapi hanya diberi 800 unit saham sahaja.
ReplyDeletePerhimpunan kuning, perhimpunan hijau, perhimpunan unggu, sekarang pula ada perhimpunan oren.
ReplyDeleteSemoga masalah keganasan seperti semasa perhimpunan Bersih dapat dielakkan, kerjasama antara peserta dan pihak polis perlu ada.
ReplyDeleteSkandal Felda/FGVH ni tak habis2.
ReplyDeleteHimpunan tu berjalan dengan aman ka? Lepas ni entah warna apa lagi dipakai jika ada himpunan baru.
ReplyDeleteBerarak hanya akan mememnatkan diri sahaja bukannya dapat apa2 pun.
ReplyDeleteSiapa2 belum tercemar janganlah dicemari oleh mereka2 ini kerana tidak ada faedahnya melakukan perkara seperti ini. Adalah lebih baik jika melakukan aktiviti yang sihat dan bermanfaat.
ReplyDeleteapa hasil mereka dpt dari perhimpunan tersebut?
ReplyDeletesebelum ni himpunan hijau, sekarang pula himpunan oren.yang penting jangan timbulkan huru hara.
ReplyDeleteDiharap perhimpunan oren tu dilaksanakan dengan aman dan tenang.
ReplyDeleteMoga2 usaha mereka ni menadpat perhatian..
ReplyDeleteKita harap tidak ada kekecohan seperti BERSIH yang berlaku.
ReplyDeletesi Mazlan Aliman ni sebenarnya ada hati mahu jadi CEO Felda.. sebab itu dia tidak henti2 menjatuhkan Felda yang selama ini terbukti berjaya membangunkan ekonomi rakyat dan negara..
ReplyDeletebaik adakan lagi satu perhimpunan yang bertujuan untuk menyelamatkan Felda dari orang2 seperti Mazlan Aliman..
ReplyDeleteCompanies with strong fundamentals and institutional support will be looked at favourably by retail investors, as evident from the Felda Global Ventures Bhd (FGVH) and IHH Healthcare listings, a leading corporate leader said.
ReplyDelete
ReplyDeleteSanjay Singh, vice-president for Asia-Pacific Business Financial Services, Frost & Sullivan, said with the current economic uncertainties, "we have heard about postponements of some of the mega initial public offerings (IPOs) globally - F1 and Graff Diamonds, for example. "I believe investors are very choosy about the companies they like to invest in," he said.
ReplyDeleteFGVH and IHH Halthcare went ahead with their listings despite the volatile world economic environment, which has delayed other major public offerings in Asia, including the planned US$2.5 billion (RM7.8 billion) Formula One listing in Singapore.
ReplyDeleteFGVH, the world's second largest IPO this year, surged 20 per cent on its trading debut on June 28, while IHH, Asia's biggest hospital operator and saw double listing in Malaysia and Singapore on July 25, surged more than 10 per cent upon its debut as the world's third largest IPO.
ReplyDeleteFGVH is the second largest oil palm plantation company in terms of planted area and the largest sugar refiner in Malaysia.Its 49 per cent-owned Felda Holdings Bhd is the world's largest crude palm oil (CPO) producer and second largest palm oil refiner in the country.IHH's IPO has been oversubscribed by 132 times globally and in Singapore, it has been oversubscribed by 11 times.
It is a leading player in Singapore, Malaysia and Turkey and the key markets of China, Hong Kong and India.It is also present in Vietnam, Brunei and Macedonia.The healthcare operator employs more than 24,000 people and operates moret han 4,900 beds in 30 hospitals worldwide.
ReplyDelete
ReplyDeleteFrost & Sullivan, the growth partnership company, works in collaboration with clients to leverage visionary innovation that addresses the global challenges and related growth opportunities that will make or break today's market players.